HANYA AKU...

HANYA AKU...

Tuesday 24 September 2013

Mahluk Tuhan paling manja...

Semalam aku dapat berbual dengan salah seorang crew badan kebajikan Pusat Jagaan Kucing melalui panggilan telefon.  Lebih sejam jugalah kaki berbicara soal kucing. Banyak perkara yang crew tersebut ceritakan pada aku. Seperti yang pernah aku bagitahu sebelum ini, aku bukanlah penggemar kucing yang keterlaluan, tetapi biasa-biasa sahaja dan boleh menyayangi mahluk Tuhan ini. 

Pusat jagaan ini diterajui oleh seorang pengusaha yang masih berstatus "cik" dan rakan kongsinya. Idea menubuhkan pusat penjagaan ini adalah dari pengalaman beliau sendiri. Pernah menjaga kucing dari usia yang kecil sehinggalah dewasa. Pusat penjagaan kucing ini tidak memunggut kucing-kucing terbiar, tetapi ianya adalah satu pusat yang menerima kucing yang dihantar oleh orang ramai yang gemarkan kucing. Setiap kucing yang dihantar perlu dibayar oleh penghantar sebanyak RM 50 seekor. Kucing tersebut akan terus dipelihara oleh pusat penjagaan ini sehingga ada insan lain yang sudi menjaga mahluk comel ini. Bagi insan yang mahu mengambil dan menjaga kucing-kucing dari pusat penjagaan ini, tiada sebarang bayaran dikenakan. Hanya datang, pilih dan jaga sebaik mungkin. Tetapi datang bawa sangkar sendiri yer, kalau tak bawak, kena beli sangkar nanti. Mereka juga ada memberi perkhidmatan memberi kucing dan menerima kucing di adoption booth mereka di uptown Danau Kota Setapak (tapak atas) 9 mlm - 3 pagi dan downtown Cheras (depan medan selera) 10.30 mlm - 3 pagi.  Kebanyakkan kucing yang diterima disini adalah kucing yang dipelihara elok oleh tuan sebelumnya. Siapa sanggup kutip kucing jalanan dan serahkan ke pusat penjagaan ini kan sebab perlu membayar RM 50. Hehehe...Antara salah satu sebab kucing diserahkan ialah tuannya berhijrah ke luar negara, mempunyai bayi kecik di rumah dan sebab-sebab lain. 

Menurut cerita crew tersebut, setiap kali mereka menerima kucing, peristiwa "sebak" pasti akan berlaku terhadap tuan kucing tersebut. Bayangkanlah kucing yang telah dipelihara sekian lama, diserahkan kepada tuan sementara sebelum si comel itu menerima tuan baru yang sudi memeliharanya. Menyerahkan bukak sebab membenci, tetapi atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan. Pernah mereka menerima 1 kes. Mereka dikehendaki pergi ke sebuah rumah untuk mengambil kucing. Kucing tersebut dibela sejak dari kecil sehingga besar selama beberapa tahun. Tuannya mengandung ketika itu. Mengkhuatiri bulu kucing akan memberi kesan kepada bayinya nanti. Sebelum crew sampai ke rumahnya, tuannya telah mula menangis. Tidak sanggup dengan perpisahan yang bakal berlaku. Ketika crew cuba untuk memegang dan memasukkan ke dalam sangkar, kucing tersebut memberontak dan cuba lari. Ketika itu, tiada cara lain yang lebih sesuai selain meminta tuannya memegang kucing itu sendiri. Dalam esakkan tangis, tuannya memegang si comel itu. Tiada langsung memberontak si manja itu. Selesa dalam dakapan. Tetapi, itulah dakapan terakhir si manja sebelum ia dimasukkan ke dalam sangkar dan menerima penjaga baru. Mungkin, ia sangat redha kerana yang melepaskannya pergi adalah tuannya sendiri.

Pusat penjagaan ini juga selalu terlibat dengan adoption booth di mana-mana tempat yang ada menganjurkan event dan mengundangnya.  Dalam masa terdekat di UITM..Tp UPSI belum pernah dikunjunginya. Aku harap, mungkin 1 hr nnt ia kan sampai ke UPSI nnt. Bukan mahu membela, cukuplah sekadar menjamah mata melihat mahluk Tuhan paling manja ini.

Menurut crew tersebut, kucing-kucing yang ditangkap oleh DBKL, jika tidak dituntut oleh tuannya dalam masa 3 hari, kucing-kucing tersebut akan dibunuh. Kejam sungguh rasanya DBKL ini. Yang dibunuh nie mahluk Tuhan jugak. Minta la kerajaan buat 1 pusat penjagaan kucing. Tempatkan dan jaga. Kalau yer pun nak nampak Malaysia cantik, dan tak mahu kucing jalanan buat sepah kat tempat laluan berunsur pelancongan, bukak bunuh jalan penyelesaian.

Aku kongsikan juga pengalaman aku menjaga si kuning@cantik. Ramai org pannggilnya OKU, tetapi aku tak pernah panggilnya OKU. Dia sangat cantik dihati aku. Paling istimewa diantara banyak kucing yang pernah keluarga aku bela. Semoga dia terus membesar dengan sihat. 

So, aku kongsikan link FB pusat penjagaan kucing ini yer. Kalau korang rasa nak bantu pusat penjagaan ini, ada no akaun disediakan...


No comments:

Post a Comment