HANYA AKU...

HANYA AKU...

Friday 20 September 2013

Realiti Hidup...


Alhamdulillah..masalah setiap sem berkaitan dengan jadual sudah selesai. Sebaik mungkin memanfaatkan masa isnin-khamis sebaik mungkin. Jadi,adalah masa untuk berehat. Masa untuk diri sendiri dan masa untuk keluarga. 



Hari ini juga ada lawatan ramah mesra YAB Tan Sri Dato' Seri Diraja Haji Muhyiddin Bin Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia ke UPSI. Ini adalah peluang baik untuk seluruh warga pendidikan mengemukakan pesoalan yang membelenggu diri masing-masing.


Aku rasa terpanggil untuk pergi mendengar sendiri jawapan dari isu yang diperkatakan. Pukul 10 pg aku membuat keputusan menghadiri majlis yg diadakan di Dewan Besar UPSI. Ketika aku keluar dari rumah, terdengar la siren polis mendakan yg TPM hampir tiba. Nasib baik la kenderaan yg membawa TPM tu bergerak agak perlahan. Jadi,aku hanya follow dari belakang deretan kereta yang mengekori kenderaan TPM. Yang menariknya, semasa di trafik light, aku terserempak Yang Di Pertua MPP yg masih berpakaian biasa. Tertanya aku pada diri, kenapa dia tidak terlibat dengan majlis yang gah diadakan ini sedangkan dia sepatutnya membawa perjuangan keramat ribuan mahasiswa yang lain. Sejejak aku melangkah ke dewan, semua hadirin sedang berdiri untuk memberi hormat ketibaaan TPM ke pentas utama. Nyata TPM datang tepat pada masa yang diberitahu. Majlis dimulakan dengan nyanyian negaraku. Kata-kata aluan diberikan dan aku cukup kagum apabila keseluruhan dewan penuh dengan para pensyarah dan pelajar UPSI. Apabila hadirin dipersilakan duduk, ternyata ada 1 kerusi kosong dibahagian atas pentas. Kata-kata aluan diberikan oleh pengacara majlis. Nama Yang Di Pertua MPP juga disebut tetapi kelibatnya tiada. Selepas bacaan doa, terlihat kelibat Yang Di Pertua MPP datang dari belakang pentas berbaju melayu lengkap berwarna biru dan duduk dikerusi yang telah disediakan untuknya. Sah la dia yg aku jmp di trafik light tadi.Hehehe…

Sedikit terkilan bagi diri aku apabila slot soal jawab yang dibuka untuk TPM adalah sangat ringkas. Mungkin kerana hari ini adalah hari Jumaat. Jadi masanya amat terhad bagi memberi laluan kepada solat Jumaat. Jika masa ini dapat dipanjangkan, aku rasa banyak lagi persoalan yang dapat dijawab oleh TPM sendiri kerana beliau merupakan Menteri Pendidikan. 


Antara intipati yang dapat aku kongsikan dan aku petik dari page Upsi DiHatiku ialah :


Assalammualaikum dan selamat sejahtera…Apa yang dapat dirumuskan tentang Majlis Ramah Mesra bersama TPM yang telah selesai diadakan di Dewan Besar UPSI pagi tadi. Kesimpulan ini untuk kita bersama tahu apa yang telah diutarakan semasa sesi soal jawab bersama TPM tadi.
Soalan yang ditanya :
1. Soalan bertanya tentang masalah posting dan apa tindakan yang telah kementerian sediakan untuk pelajar dan apakah nasib graduan IPTA dan IPGM selepas ini.
Jawapan dari TPM : “Soalan yang sudah saya jangkakan”…Prosedur penempatan secara automatik sama ada pelajar ditaja atau tidak ditaja TIDAK LAGI DILAKSANAKAN dan TIADA JAMINAN POSTING. Hal yang demikian, mulai tahun 2012, semua alumni IPTA dan IPGM mesti mengemukakan permohonan kepada SPP. Setiap pelajar yang memohon perlu melalui proses tapisan dan ada temuduga. Bagi tahun 2012, seramai 7607 graduan telah berjaya ditemuduga. Pada 1 Julai 2013, seramai 3921 calon IPGM, 3686 IPTA dan 1815 graduan dari UPSI telah ditempatkan di sekolah-sekolah seluruh Malaysia. Bagi graduan yang baru menamatkan pengajian 2013, pelajar perlu mengemukan permohonan kepada SPP. Justeru itu, SPP akan melaksanakan penjadualan temuduga akan disusun secepat mungkin. Pelajar yang layak akan ditempatkan disekolah-sekolah di Malaysia. Spp mencari calon-calon bakal guru yang terbaik dan bukan berdasarkan mempunyai Ijazah Pendidikan semata-mata.

2. Soalan bertanyakan tentang apakah mekanisme yang digunakan untuk memastikan Pelan Pembangunan Pendidikan dapat dilaksanakan dengan baik.
Jawapan dari TPM : Pelan ini mempunyai tempoh pelaksanaan iaitu 13 tahun. Justeru itu, kerajaan telah menetapkan tempoh tindakan dan outcome yang akan dicapai. Pelan ini telah disusun untuk dilaksanakan sebaik mungkin. 13 tahun diperlukan untuk mengubah dasar pendidikan kepada tahap yang lebih baik.

3. Soalan bertanya tentang pamansuhan AUKU yang telah dibuat dan bolehkah pelajar terlibat dengan politik dan bolehkah pelajar mengkritik pemimpin atau pensyarah berdasarkan kebebasan AUKU ini.
Jawapan dari TPM : Pemansuhan AUKU membolehkan pelajar terlibat dengan politik diluar kampus tetapi pelajar perlu berfikir dengan bijak dengan tindakan yang hendak dibuat. Ianya perlu dilakukan dengan suasana budaya kampus dan sihat. Jika ada masalah, gunalah medium/saluran perundingan yang betul. Pelajar boleh mengkritik tetapi gunalah bahasa yang elok, tidak berdemontrasi dan tidak salah.

4.Soalan dari presiden Alumni UPSI. Soalan bertanya, beliau ada mendengar tentang kerajaan mahu wujudkan universiti pendidikan yang baru dan kerajaan ingin memnsuhkan IPGM. Cadangan beliau, IPGM jangan dimansuhkan tetapi diletak dibawah satu-satunya universiti pendidikan Malaysia iaitu UPSI. Beliau mencadangkan supaya pihak kerajaan mewujudkan sekolah makmal supaya graduan-graduan lepasan UPSI dapat mengajar disekolah tersebut sebelum di hantar berkhidmat dimana-mana sekolah dalam Malaysia. Kerajaan hanya perlu menyalurkan 41 juta sahaja berdasarkan kerangkan kerja yang beliau telah buat jika kerajaan setuju untuk melaksanakannya.
Jawapan dari TPM : “Tiada pengumuman untuk tubuhkan universiti pendidikan yang baru. Yang sedia ada dah molek dah”. Berkaitan dengan pembinaan sekolah makmal, ianya akan dikaji dan diteliti dulu cadangan tersebut.

5. Soalan dari wakil kakitangan UPSI. Beliau terbaca Sinar online hari Khamis 2 minggu lepas berkaitan penubuhan universiti pendidikan Malaysia. Selain itu tentang pergabungan 2 kementerian menjadi Kementerian Pendidikan adalah satu tindakan yang bagus. Beliau berpendapat supaya 27 IPGM distrukturkan semula dan diubah kepada IPTA dan berstatus universiti.
Jawapan dari TPM : Beliau menerima pandangan tersebut dan beliau perlu mengkaji dulu 27 IPGM bergabung menjadi 1 universiti yang besar .

Hanya ini yang dapat admin kongsikan untuk seluruh pelajar UPSI dan semua Alumni Suluh Budiman…


Melalui soal jawab yang ringkas ini, dapat aku simpulkan bahawa aku perlu menjadi pelajar yang luar biasa supaya aku boleh ditempatkan sebagai graduan yang bertuah dipostingkan. Aku akui yang rezeki Allah dah tetapkan, tetapi Allah menyuruh hambaNya berusaha untuk mencapai rezeki yang Dia telah tetapkan itu. Bak kata mak aku, bumi Allah ni luas. Kalau tak de rezeki di darat, carilah di air pasti ada rezeki untuk kita jika kita berusaha.
Baru-baru ini keluar kenyataan bahawa graduan GSTT/DPLI akan dipanggil temuduga hujung bulan ini. Bagaimana pula nasib graduan ISMP. Ramai graduan ISMP yg melenting bila membaca kenyataan ini. Kata mereka, peluang mereka dicantas oleh para guru yg asalnya bukan dari laluan pendidikan tetapi berasal dari ijazah yang pelbagai dan menyambung Diploma Pendidikan untuk menjadi guru sedangkan mereka yang belajar selama 4 tahun masih menunggu peluang maing-masing. Terbukti sudah, Allah memberi kepada yang berusaha lebih. Graduan GSTT/DPLI menuntut dan menggesa pihak kerajaan supaya mereka mendapat hak untuk menjadi guru. Meraka bergabung dibawah 1 memorendum setelah sekian lama. Alhamdulillah, hujung bulan ini ramai yang akan dipanggil. 

Begitu juga pelajat IPGM, mereka memberontak apabila jaminan posting mereka ditarik sedangkan sistem mereka, tamat belajar terus dipostingkan ke seluruh sekolah rendah dalam Malaysia. Gesaan terus dilakukan. Selepas kelewatan mendapat penempatan selama setahun, akhirnya mereka dipostingkan 1 Julai tahun ini untuk hampir keseluruhan graduan IPGM. 

Tersenyum aku melihat graduan ISMP yg dah mencecah ribuan yang menganggur. Ada diantara mereka adalah tajaan PTPTN. Suka atau tidak selepas 6 bulan perlu memulakan untuk membayar hutang. Tetapi graduan ISMP lebih suka menyatakan “rezeki Allah dah tetapkan”. Betul, Allah dah tetapkan tetapi Allah mahu hambanya berusaha. Usaha untuk menggesa kerajaan selalu dipintas apabila ramai graduan yang menyatakan, “jangan ganggu kerajaan, pandailah mereka buat kerja”…Selaku pelajar yang masih belajar dalam mencapai Ijazah Pendidikan, aku mengharapkan agar gesaan yang lebih dasyat dilakukan untuk meminta hak posting bagi ribuan graduan ISMP sekarang. Bayangkan kalau senior-senior aku yang sekarang nie masih menganggur, bagaimana pula nanti nasib aku. Adakah aku hanya mampu menambah jumlah graduan ISMP yang menganggur. Entahlah…

Aku tahu masih ramai yang sedang berusaha. Contohnya 1 page “Kami Graduan Ijazah Pendidikan Belajar Selama 4 Tahun Untuk Jadi Cikgu”. Usaha page ini sebolehnya membantu ribuan graduan ISMP untuk mendapatkan hak posting. Sampaikan page ini memohon dana dari para graduan menggangur untuk membantu mereka mendapatkan dana untuk menggerakkan usaha mereka menggesa pihak kerajaan memberikan posting kepada graduan ISMP yang terlalu ramai tidak bergelar “cikgu” lagi. RM 30 rasanya tidaklah terlalu mahal jika dibandingkan usaha mereka membuka jalan gesaan untuk meminta hak posting.

Sama-samalah kita fikirkan. Teruskan berdoa supaya rezeki menjadi pendidik menjadi hak kita. Sekarang, usaha bersungguh-sungguh kerana kementerian mencari bakal guru yang berkualiti dan bukan hanya mempunyai Ijazah Pendidikan semata-mata. Perlu menjadi graduan yang unggul. Graduan berkualiti pemangkin sistem pendidikan yang berkualiti kelak. In Shaa Allah…

No comments:

Post a Comment