HANYA AKU...

HANYA AKU...

Thursday 9 January 2014

Sekolah Praktikum

Aku nak menulis tentang misi mencari lokasi sekolah praktikum ni semalam, tetapi dek kerana badan terlalu letih, jadi tak dapat la aku menulis semalam. Letih kerana memandu dengan arah tujuan yang banyak kali sesat. Hahahaha. GPS pun tak boleh pakai. Bawa ke lokasi yang salah. Semalam aku dengan member aku ke Sabak Bernam untuk mencari SMK Tunku Abdul Rahman Putra. Misinya ialah mencari rumah sewa, mengintai view kawasan sekolah dan mencari lokasi skynett. 

Kami gerak dari TM sekitar 9.10 minit. Sempat jugaklah aku goreng nugget dan daging burger sebagai bekalan sarapan. Rajin sebab benda dah dalam peti sejuk dan perlu dihabiskan sebelum aku kosongkan rumah ini. 

Dugaan betul aku tengok keadaan jalan ke SB yang tidak rata. Mungkin kerana jalanraya yang digunakan untuk mengeluarkan hasil kelapa sawit. Dengan keadaan kereta yang demam sikit, lagilah menguji aku. Tetapi masalah tu aku dah selesaikan sebelum hari kami pergi. Berhenti jugaklah aku di pertangahan jalan kerana keadaan kereta yang dah mengeluarkan bunyi asing yang mnyakitkan telinga. Tp, ianya bukan disebabkan masalah hari sebelumnya. Apa yang menarik tentang jalan yang kurang kenderaan lain lalu tu ialah aku terjumpa 1 papan tanda yang jarang-jarang dapat dilihat ialah :


Agak-agak kalau aku bernasib baik mesti aku dapat tengok tapir melintas kan. Hehehe..

Kalau mengikut GPS, hanya 1 jam 37 mint untuk sampai sana. Tapi bila keadaan jalan yang teruk, ia menjadi sedikit lama. GPS pulak bawak ke lokasi sekolah yang lain. Jadi, bila dah sampai kat sana. Aku terpaksalah bertanya orang lokasi sekolah yang di tuju. Kali kedua bertanya, tiba2 kereta menjadi semakin parah. Kali ini kedepan berbunyi dan mengundur juga sama. Mujurlah pak cik yang bekerja di kedai perabot tu datang membantu. Katanya radiator dah tertanggal kerana skru yang memegang radiator tu kedua-duanya dah tanggal. Nasib kami sangat-sangat baik sebab tertanggal di sebelah bengkel. Pak cik tu yang panggilkan mekanik untuk kami. Sebelah kanan bengkel dan sebelah kiri kedai makan. Jadi sementara tunggu kereta dibaiki, kami makan dulu. Bila aku deretan lauk kat kedai tu hampir semua lauk berasaskan ikan keli. Tergamam gak aku. Lauk ayam cuma ayam goreng dan ayam masak kicap. Cabaran jugak tuk aku sebab aku tak makan ikan keli. Tapi tak tahulah kalau 4 bulan duduk SB aku boleh belajar makan ikan keli. Mungkinkah atau bolehkah? Aku yang dah 3 tahun kat TM ni masih bermasalah mencari menu ikan kecuali ikan bakar tu pun aku kena tengok dan teliti dulu. Hehehe...

Makan dah selesai, tetapi kereta belum selesai lagi. Duduklah kami menunggu sambil bergosip. Aku dah berkira-kira kos yang bakal di tanggung. Cash tak banyak. Kena cari ATM baru boleh bayar kalau mahal. Nasib baiklah tak mahal sangat. Tak sampai RM 50. Alhamdulillah. 

Pertama kali melihat sekolah, pelajar sesi pagi sedang balik sekolah. Jadi aku pun mulakan sesi mencari rumah sewa. Susahnya nak dapat rumah sewa. Lagi susah kalau nak bagi salam kat rumah orang tuk tanya rumah sewa. Berilah aku keje lain, dari keje tersebut. Payah2..Hehehe...

Selepas itu, aku gagahkan diri ke sekolah. Memang aku berhajat ke sekolah sebab aku takut aku tak de masa nak datang ke sekolah tuk tengok sekolah selepas ini. Agak besar jugak sekolah ini. Melangkahlah aku ke pejabat. 

Aku disambut baik oleh cikgu2 dan staf2 yang ada ketika itu. Bila aku nyatakan tentang masalah rumah sewa, maka mereka pun offer aku tuk duduk di asrama. Setelah beberapa ketika berbual, aku pun mintalah diri tuk balik. Apa-apa hal pun, sebelum balik kena ambil gambar dulu. 


Masalah bukan selesai di sini. Di sisi adalah bermula dilema melanda diri. Tetiba rasa ada batu besar sangat kat atas kepala. Nak menulis kat sini pun aku tak reti nak mula dari mana. Yang pastinya aku dilema nak duduk menyewa atau duduk di asrama atas sebab-sebab tertentu. Puaslah member aku memujuk dan memberikan pendapatnya serta menggesa aku meluahkan apa yang terbuku di hati sebenarnya. Hanya Allah yang tahu apa yang aku rasa ketika tu. Amik masa sikit nak cool semula.

Selepas itu, kami amik keputusan untuk balik ke TM tanpa mencari skynett.Singgah tambah minyak dahulu kerana kami ambil keputusan untuk tidak melalui jalan yang asal kami lalu tadi. Biarlah jalan jauh asalnya bentuk jalanraya elok. Sebelum tu kami solat Zohor dulu. Kami teruskan perjalanan dengan yakinnya dan sekali lagi kami sesat bila aku berhenti beli air sambil tanya orang. Kami patah balik dan sesat lagi selepas itu aku menelefon kawan kami yang tahu dan akhirnya barulah kami dapat jalan yang betul untuk balik ke TM. Sangkut sikit sebab pembinaan jalan di hadapan. Rasanya banyak masa dibuang ketika sesat. Huhuhu...Pengalaman. Sepanjang perjalanan balik, mulalah kami mereka novel dan watak-watak sendiri untuk mengisi masa sepanjang perjalanan. 

Member aku ajak singgah makan dulu bila sampai TM. Tetapi kedai yang kami nak pergi tu belum bersedia untuk membuka perniagaannya. Jadi, kami bercadang tuk solat Asar dulu. Kereta bergerak ke dalam kampus untuk ke surau. Kali terakhir bersolat di surau An-Nur untuk semester ini. Semoga ad peluang lagi untuk solat di situ lagi. In Shaa Allah. 

Selepas itu, kami menikmati nasi goreng ayam masing-masing sebelum kami balik ke rumah. Sampai jer rumah, terasa badan letik. Bila melihat barang-barang belum kemas, aku kumpulkan semuanya terlebih dahulu. Selepas solat Isyak, aku mulakan operasi mengemas barang-barang rumah pula. Peninggalkan kawan-kawan juga banyak. Lepas habis kemas, aku layan 3 cerita kegemaran aku yang bersiaran pada hari tersebut dan selepas itu masanya untuk refreshkan dan recharge semula tenaga. Dan aku pun tertidur tanpa sempat mengoffkan lappy. Terjaga sebelum subuh, dan barulah aku offkannya. 

No comments:

Post a Comment