HANYA AKU...

HANYA AKU...

Thursday 16 January 2014

Biar Hati Berbicara...

Termasuk malam nie, dah 4 malam aku berada di rumah. 4 hari ini juga aku rasa jadual aku agak padat. Macam-macam yang aku fikirkan. Kerja-kerja tertangguh masih tak dapat aku selesaikan lagi. Hati sentiasa berdebar. Kesihatan mak agak merundum sedikit. Mula-mula aku sampai rumah, mak hanya batuk-batuk. Agak kerap juga mak batuk. Hari berikutnya, mak mengadu badannya sejuk. Dan mak banyak habiskan masa dengan tidur. Mak akan bangun bila nak ke tandas, solat dan makan. Selebihnya mak lebih selesa pejamkan mata menahan kesejukkan. Hari berikutnya, mak mengadu badannya sejuk dan kepala pening. Puas aku pujuk untuk ke klinik, tp mak tak nak. Jadi, aku hanya mampu beri ubat. Pelik sangat aku rasa. Mak adalah seorang yang tak takut ke klinik mahupun hospital. Malah untuk di injection juga mak tak takut. Kali ini, mak tak mahu langsung ke klinik. Mak solat pun duduk atas kerusi. Aku nak lelapkan mata pun risau. Risau kalau mak perlukan bantuan apa-apa. Mak mengadu cepat penat. Berjalan sikit pun mak dah letih. 

Hari ini pagi tadi mak dapat panggilan telefon yang besannya meninggal dunia. Mak ajak aku untuk menziarahi. Dalam keadaan yang kurang sihat, mak gagahkan diri untuk menziarah. Kami sampai kat rumah arwah ketika itu jenazah dah di bawah ke tanah perkuburan. Balik dari menziarahi, ku sangkakan mak tak mahu hadir ke majlis ilmu yang selalu mak pergi setiap Khamis petang. Tetapi, mak tetap minta aku hantarkannya ke surau. Seawal mungkin aku sampai ke surau untuk jemput mak supaya mak tak penat berjalan. Balik dari surau, mak kata tangan sebelahnya kebas. Jadi Kak Dak cuba picitkan. Kak Dak kata sebelah tangan mak sejuk dan sebelah lagi panas seperti tangan orang normal.  Dengan spontan mak menjawab, "dah nak meninggal agaknya, dah mula sejuk badan nie"...Seolah-olah darah mengalir deras dalam badan aku bila mendengar mak kata mcm tu. Hati berdengup kenyang. Jadi, aku pun rapat kat mak dan rasa tangan mak. Ya, sebelah sejuk dan sebelah lagi panas. 

Malam ini keluarga aku ada buat doa selamat, kesyukuran dan tahlil arwah kat surau. Kalau 2 hari sebelum ini mak kata dia tak larat nak ke surau. Jadi, mak arahkan sesiapa yang free tuk ke surau. Makanan dan minuman semua kami order katering. Tapi hari ini, mak kata mak mampu tuk ke surau tuk baca yassin dengan jemaah yang lain. Alhamdulillah, selesai sudah semuanya. Makanan pun cukup semuanya. 

Ya Allah, Kau berikanlah kesihatan yang baik untuk aku, mak aku dan seluruh ahli keluarga aku dan panjangkanlah usia kami untuk kami terus beribadat kepadaMu Ya Allah...Aamin.

Cuti aku berbaki 25 hari lagi. Aku rasa tak cukup cuti kali nie. Singkat sangat. Banyak kerja-kerja aku yang belum selesai. Dengan kesihatan mak yang tak menentu ini, aku tak bersedia untuk ke praktikum lagi. Banyak persediaan yang belum di buat. Rumah sewa masih lagi menjadi masalah. Ermm...Semoga semua dipermudahkan. 


Ada 3 Hal dlm hidup yg tidak boleh kembali :
1. Waktu 
2. Kata-kata
3. Kesempatan

Ada 3 Hal yg dapat menghancurkan hidup seseorg :
1. Kemarahan
2. Keangkuhan
3. Dendam 

Ada 3 Hal yg tidak boleh hilang :
1. Harapan
2. Keikhlasan
3. Kejujuran

Ada 3 Hal yg paling berharga :
1. Kasih Sayang 
2. Cinta
3. Kebaikan

Ada 3 Hal dlm hidup yg tidak pernah pasti :
1. Kekayaan 
2. Kejayaan
3. Mimpi

Ada 3 Hal yg membentuk watak seseorg :
1. Komitmen
2. Ketulusan
3. Kerja keras

Ada 3 Hal yg membuat kita sukses :
1. Tekad
2. Kemahuan
3. Fokus 

Ada 3 Hal yg tidak pernah kita tahu :
1. Rezeki 
2. Umur
3. Jodoh

TAPI, ada 3 Hal dalam hidup yg PASTI :
1. Tua
2. Sakit 
3. Kematian.


No comments:

Post a Comment