HANYA AKU...

HANYA AKU...

Tuesday 21 January 2014

CCS...

Laman sosial ada macam-macam jenis. Ada facebook, ada twitter, ada intragram, ada keeks dan pelbagai jenis yang lain. Laman sosial juga seperti manusia. Ada penyakitnya.  Penyakit laman sosial nie ada macam-macam jenis. Jenis-jenis penyakit lama sosial pula seperti suka upload gambar, tulis status, share itu ini, main game dan sebagainya. Ingat, apa pun yang kita buat dengan laman sosial nie jangan sampai melalaikan, menjatuhkan maruah sendiri dan orang lain, menjadi riak dan segala perkara yang negatif. Laman sosial nie tak semuanya negatif, banyak juga positifnya seperti menjana pendapatan, merapatkan silaturrahim, menambah ilmu dan sebagainya. 

Penyakit yang sedang melanda aku sekarang ialah CCS atau nama panjangnya Candy Crush Saga. Sebenarnya, keluarga saga bukan sahaja CCS tetapi ada juga yang lainnya seperti Pepper Panic Saga, Farm Heroes Saga, Bubble Witch Saga, Papa Pear Saga, Pyramid Solitaire Saga dan segala saga-saga yang lain. Tetapi bagi aku cukuplah sekadar bermain CCS dan merupakan saga yang paling popular. 


Dulu, aku memang berkeras untuk tidak terlibat dengan game di fb sebab tak nak ketagih. Semua yang hantar request pada aku, aku biarkan sahaja sehinggalah pasa suatu hari aku melihat kawan baik aku main CCS. Dia kata susah sangat mahu lepas 1 level nie dan aku minta untuk mencuba. Percubaan pertama aku berhasil untuk ke level seterusnya. Sehingga nyawa habis aku mainkan dan CCS membuatkan aku telah mula bermain sendiri di lappy sendiri dan hp sendiri. Bermula dari situlah aku telah bermain CCS dan telah lebih setahun aku bermainnya tetapi belum lagi sampai ke level penghabisan. Malah kawan-kawan aku yang lain yang tegar bermain CCS juga tidak tahu berapa level terakhirnya. 

CCS juga ada kebaikkannya, selain mengisi kebosanan ianya juga mengeratkan silaturrahim bila kita meminta pertolongan tiket / nyawa dari kawan-kawab fb yang sama-sama bermain CCS. Selain itu, CCS menjadikan kita seorang perancang strategi untuk lepas sesuatu level dan menjadikan kita penyabar untuk menunggu sehingga masa nyawa penuh kembali iaitu 2 jam setengah. Ada juga diantara pemain CCS yang sanggup membayar menggunakan card credit kerana tidak mahu menunggu. Errrmmm...buat apa begitu, membazir jer sebab kita main CCS nie bukan dapat hadiah apa-apa pun cuma sebagai hiburan masa lapang. 

Hakikatnya, CCS ni tak boleh dicuba. Kalau di cuba pasti tergoda. Hehehe...Aku ada seorang kawan fb yang dulunya selalu membuat status tidak suka menerima "invite" untuk bermain apa juga jenis game. Malah sanggup meremove kawan-kawan fb yang berbuat demikian kepadanya. Pernah juga menukar profile picture menjelaskan yang dia tidak suka bermain game di fb. Berlaian pula sekarang apabila dia salah seorang yang meminta pertolongan untuk mendapatkan nyawa meneruskan bermain CCS. Kelakar...Hehehe...




Thursday 16 January 2014

Biar Hati Berbicara...

Termasuk malam nie, dah 4 malam aku berada di rumah. 4 hari ini juga aku rasa jadual aku agak padat. Macam-macam yang aku fikirkan. Kerja-kerja tertangguh masih tak dapat aku selesaikan lagi. Hati sentiasa berdebar. Kesihatan mak agak merundum sedikit. Mula-mula aku sampai rumah, mak hanya batuk-batuk. Agak kerap juga mak batuk. Hari berikutnya, mak mengadu badannya sejuk. Dan mak banyak habiskan masa dengan tidur. Mak akan bangun bila nak ke tandas, solat dan makan. Selebihnya mak lebih selesa pejamkan mata menahan kesejukkan. Hari berikutnya, mak mengadu badannya sejuk dan kepala pening. Puas aku pujuk untuk ke klinik, tp mak tak nak. Jadi, aku hanya mampu beri ubat. Pelik sangat aku rasa. Mak adalah seorang yang tak takut ke klinik mahupun hospital. Malah untuk di injection juga mak tak takut. Kali ini, mak tak mahu langsung ke klinik. Mak solat pun duduk atas kerusi. Aku nak lelapkan mata pun risau. Risau kalau mak perlukan bantuan apa-apa. Mak mengadu cepat penat. Berjalan sikit pun mak dah letih. 

Hari ini pagi tadi mak dapat panggilan telefon yang besannya meninggal dunia. Mak ajak aku untuk menziarahi. Dalam keadaan yang kurang sihat, mak gagahkan diri untuk menziarah. Kami sampai kat rumah arwah ketika itu jenazah dah di bawah ke tanah perkuburan. Balik dari menziarahi, ku sangkakan mak tak mahu hadir ke majlis ilmu yang selalu mak pergi setiap Khamis petang. Tetapi, mak tetap minta aku hantarkannya ke surau. Seawal mungkin aku sampai ke surau untuk jemput mak supaya mak tak penat berjalan. Balik dari surau, mak kata tangan sebelahnya kebas. Jadi Kak Dak cuba picitkan. Kak Dak kata sebelah tangan mak sejuk dan sebelah lagi panas seperti tangan orang normal.  Dengan spontan mak menjawab, "dah nak meninggal agaknya, dah mula sejuk badan nie"...Seolah-olah darah mengalir deras dalam badan aku bila mendengar mak kata mcm tu. Hati berdengup kenyang. Jadi, aku pun rapat kat mak dan rasa tangan mak. Ya, sebelah sejuk dan sebelah lagi panas. 

Malam ini keluarga aku ada buat doa selamat, kesyukuran dan tahlil arwah kat surau. Kalau 2 hari sebelum ini mak kata dia tak larat nak ke surau. Jadi, mak arahkan sesiapa yang free tuk ke surau. Makanan dan minuman semua kami order katering. Tapi hari ini, mak kata mak mampu tuk ke surau tuk baca yassin dengan jemaah yang lain. Alhamdulillah, selesai sudah semuanya. Makanan pun cukup semuanya. 

Ya Allah, Kau berikanlah kesihatan yang baik untuk aku, mak aku dan seluruh ahli keluarga aku dan panjangkanlah usia kami untuk kami terus beribadat kepadaMu Ya Allah...Aamin.

Cuti aku berbaki 25 hari lagi. Aku rasa tak cukup cuti kali nie. Singkat sangat. Banyak kerja-kerja aku yang belum selesai. Dengan kesihatan mak yang tak menentu ini, aku tak bersedia untuk ke praktikum lagi. Banyak persediaan yang belum di buat. Rumah sewa masih lagi menjadi masalah. Ermm...Semoga semua dipermudahkan. 


Ada 3 Hal dlm hidup yg tidak boleh kembali :
1. Waktu 
2. Kata-kata
3. Kesempatan

Ada 3 Hal yg dapat menghancurkan hidup seseorg :
1. Kemarahan
2. Keangkuhan
3. Dendam 

Ada 3 Hal yg tidak boleh hilang :
1. Harapan
2. Keikhlasan
3. Kejujuran

Ada 3 Hal yg paling berharga :
1. Kasih Sayang 
2. Cinta
3. Kebaikan

Ada 3 Hal dlm hidup yg tidak pernah pasti :
1. Kekayaan 
2. Kejayaan
3. Mimpi

Ada 3 Hal yg membentuk watak seseorg :
1. Komitmen
2. Ketulusan
3. Kerja keras

Ada 3 Hal yg membuat kita sukses :
1. Tekad
2. Kemahuan
3. Fokus 

Ada 3 Hal yg tidak pernah kita tahu :
1. Rezeki 
2. Umur
3. Jodoh

TAPI, ada 3 Hal dalam hidup yg PASTI :
1. Tua
2. Sakit 
3. Kematian.


Sunday 12 January 2014

Anak Mak..Memang Anak Mak Pun...

Malam nie malam terakhir aku tidur di rumah ini. Bahtera Arked 28-2-A bilik 2. Esok dah nak balik kampung. Maka tamatlah sem 6. Rindu nak jumpa mak. Klu Kuning@Cantik ada, rindu nak jumpa dia jugak. Mak, anak mak nak balik esok nie. Hehehe...Rindu nak makan air tangan mak. Rindu nak sarapan pagi dengan mak. Paling rindu nak gi beli sarapan pagi dengan mak. Hari tu saya balik study week, mak nak makan lontong kan. Kita keluar gi tempat yang mak suka makan tu tp tak bukak. Tempat lain pun tak de. Nanti saya dah balik, kita gi beli yer mak. Suka bila makan lontong dengan mak bila mak akan ambil semua sayur dalam lontong saya dan saya akan dapat telur rebus dari mak. Mak selalu cakap lontong mak banyak dan tak mampu habis dan saya akan habiskan semua. Hehehe...Esok saya cuba gi beli lepat pisang yang mak suka tu..Harap2 adalah...Lepat pisang TM...


Jika tiada rezeki anak,

mungkin diberikan rezeki mertua yang baik.
Maka kita lebih bahagia dari mendapat anak
yang liar.
----------------------
Jika tiada rezeki wang ringgit,
mungkin diberikan rezeki kesihatan.
Maka kita lebih bahagia dari kerisauan menjaga
harta dunia.
--------------------------
Jika tiada rezeki kereta mewah,
mungkin diberikan rezeki kenderaan yang jarang
menimbulkan masalah.
Maka kita lebih bahagia dari terganggu membayar
kerosakan yang mahal.
-----------------------
Jika tiada rezeki rumah yang besar,
mungkin diberikan rezeki makanan yang tidak
pernah putus putus.
Maka kita lebih bahagia dari golongan gelandangan.
-----------------
Jika tiada rezeki pasangan yang cantik,
mungkin diberikan rezeki pasangan yang baik
dan pandai menguruskan rumahtangga.
Maka kita lebih bahagia kerana hidup berteman
dan terjaga segala.
-------------------
Jika tiada rezeki jodoh,
mungkin diberikan rezeki umur IBU dan BAPA yang
panjang.
Maka kita lebih bahagia dapat berbakti
sepenuhnya pada orang tua.
---------------------
Jika tiada rezeki hari ini, mungkin ada rezeki
yang lebih baik pada esok hari.
Maka kita lebih bahagia kerana rezeki yang datang tidak dijangka-jangka.




Rindunya...macam-macam benda nak wat dengan mak. Mak order jer nak gi mana yer, anak mak nie akan setia jadi driver bawak mak gi mana pun. Sayang mak....

Semakin Hampir...

Esok adalah hari peperiksaan aku yang terakhir. Subjek Reka Cipta. Subjek yang digeruni oleh semua yang mengambil subjek ini semester sebelum ini tetapi penuh kesyukuran bagi aku dan kawan-kawan yang lain ambil pada semester ini. Allah Maha Mengetahui untuk aturkan semuanya dengan baik sekali. Seperti biasa, cara untuk menahan mata untuk study adalah air kacip fatimah. Air nie boleh buat aku tahan mengantuk dan kalau bernasib baik ianya boleh buat aku berjaga 24 jam. Tetapi, walaupun mata segar ketika itu, badan telah rasai keletihannya kerana tidak tidur dan rehat. Sem ni hanya 6 tin sahaja dan diselang-selikan dengan air nescafee 3 in 1. 



Bila dah tinggal hanya 1 subjek nie, mood nak study pun dah lari. Hati meronta-ronta nak balik kampung. Cuti dah tak sampai sebulan sebelum memulakan tugas sebagai guru pelatih. Banyak perkara yang perlu aku selesaikan sebelum berangkat ke SB terutamanya menyiapkan bab 1-3 tesis aku. Aduhh, padatnya rasa cuti yang sedikit ini dengan pengisian yang pelbagai.

Sebenarnya, aku masih dalam pertimbangan untuk memilih tempat tinggal untuk praktikum nanti. Lokasi dah ada, cuma pilihan belum dibuat. Pendapat orang yang turut sama berada dalam situasi aku juga telah aku dengari, pendapat orang yang tidak berada dalam situasi aku juga telah aku dengari, pendapat kawan baik juga dah, pendapat En <3 juga dah....tapi aku masih belum boleh memilih untuk membuat keputusan diri sendiri. Sengaja aku tak sampaikan pada mak sebab aku nak bercakap dengan mak bila aku dah sampai ke kampung nanti. Ntahlah, serabut...Orang tak fikir apa yang aku fikir. Tak kesian ke kat aku???Huhuhu...

Operasi mengosongkan rumah sedang dijalankan secara kemas sikit-sikit. Ntah muat ntah tidak kereta nanti. Banyak yang perlu di kemaskan. Masuk dulu dalam keadaan bersih, nak di tinggalkan haruslah bersih juga.

Ada beberapa perkara yang aku perlu lakukan sebelum aku berangkat balik. Ntah sempat ntah tidak. Nak menambah hari lagi di sini memang tak lah. Aku perlu spend masa yang banyak dengan famili sbb aku tahu nanti dah mula mengajar, aku tak punya banyak masa nak balik kg. Lgpun nak keluar dari SB tu mmg jauh dan aku pun tak tahu bagaimana caranya. Misi terdekat yang perlu aku buat ialah, kejap lagi keluar dengan kawan-kawan sekumpulan projek RC tuk makan lunch sama-sama. Dah lama kami rancang nak keluar. Jom kita pi perabis duit modal kita yang masih berbaki itu.Hehehe...

Semoga aku dan kawan-kawan dapat menjawab esok  VET 3023 Reka Cipta 9.00 pagi di blok 3 aras 2 bilik kuliah 4 dengan tenang dan mudah. Aamin.. Tempat duduk aku nombor 1. Hehehe...Depan sekali. 2 paper sebelum nie aku dapat duduk belakang sekali. 

Thursday 9 January 2014

Sekolah Praktikum

Aku nak menulis tentang misi mencari lokasi sekolah praktikum ni semalam, tetapi dek kerana badan terlalu letih, jadi tak dapat la aku menulis semalam. Letih kerana memandu dengan arah tujuan yang banyak kali sesat. Hahahaha. GPS pun tak boleh pakai. Bawa ke lokasi yang salah. Semalam aku dengan member aku ke Sabak Bernam untuk mencari SMK Tunku Abdul Rahman Putra. Misinya ialah mencari rumah sewa, mengintai view kawasan sekolah dan mencari lokasi skynett. 

Kami gerak dari TM sekitar 9.10 minit. Sempat jugaklah aku goreng nugget dan daging burger sebagai bekalan sarapan. Rajin sebab benda dah dalam peti sejuk dan perlu dihabiskan sebelum aku kosongkan rumah ini. 

Dugaan betul aku tengok keadaan jalan ke SB yang tidak rata. Mungkin kerana jalanraya yang digunakan untuk mengeluarkan hasil kelapa sawit. Dengan keadaan kereta yang demam sikit, lagilah menguji aku. Tetapi masalah tu aku dah selesaikan sebelum hari kami pergi. Berhenti jugaklah aku di pertangahan jalan kerana keadaan kereta yang dah mengeluarkan bunyi asing yang mnyakitkan telinga. Tp, ianya bukan disebabkan masalah hari sebelumnya. Apa yang menarik tentang jalan yang kurang kenderaan lain lalu tu ialah aku terjumpa 1 papan tanda yang jarang-jarang dapat dilihat ialah :


Agak-agak kalau aku bernasib baik mesti aku dapat tengok tapir melintas kan. Hehehe..

Kalau mengikut GPS, hanya 1 jam 37 mint untuk sampai sana. Tapi bila keadaan jalan yang teruk, ia menjadi sedikit lama. GPS pulak bawak ke lokasi sekolah yang lain. Jadi, bila dah sampai kat sana. Aku terpaksalah bertanya orang lokasi sekolah yang di tuju. Kali kedua bertanya, tiba2 kereta menjadi semakin parah. Kali ini kedepan berbunyi dan mengundur juga sama. Mujurlah pak cik yang bekerja di kedai perabot tu datang membantu. Katanya radiator dah tertanggal kerana skru yang memegang radiator tu kedua-duanya dah tanggal. Nasib kami sangat-sangat baik sebab tertanggal di sebelah bengkel. Pak cik tu yang panggilkan mekanik untuk kami. Sebelah kanan bengkel dan sebelah kiri kedai makan. Jadi sementara tunggu kereta dibaiki, kami makan dulu. Bila aku deretan lauk kat kedai tu hampir semua lauk berasaskan ikan keli. Tergamam gak aku. Lauk ayam cuma ayam goreng dan ayam masak kicap. Cabaran jugak tuk aku sebab aku tak makan ikan keli. Tapi tak tahulah kalau 4 bulan duduk SB aku boleh belajar makan ikan keli. Mungkinkah atau bolehkah? Aku yang dah 3 tahun kat TM ni masih bermasalah mencari menu ikan kecuali ikan bakar tu pun aku kena tengok dan teliti dulu. Hehehe...

Makan dah selesai, tetapi kereta belum selesai lagi. Duduklah kami menunggu sambil bergosip. Aku dah berkira-kira kos yang bakal di tanggung. Cash tak banyak. Kena cari ATM baru boleh bayar kalau mahal. Nasib baiklah tak mahal sangat. Tak sampai RM 50. Alhamdulillah. 

Pertama kali melihat sekolah, pelajar sesi pagi sedang balik sekolah. Jadi aku pun mulakan sesi mencari rumah sewa. Susahnya nak dapat rumah sewa. Lagi susah kalau nak bagi salam kat rumah orang tuk tanya rumah sewa. Berilah aku keje lain, dari keje tersebut. Payah2..Hehehe...

Selepas itu, aku gagahkan diri ke sekolah. Memang aku berhajat ke sekolah sebab aku takut aku tak de masa nak datang ke sekolah tuk tengok sekolah selepas ini. Agak besar jugak sekolah ini. Melangkahlah aku ke pejabat. 

Aku disambut baik oleh cikgu2 dan staf2 yang ada ketika itu. Bila aku nyatakan tentang masalah rumah sewa, maka mereka pun offer aku tuk duduk di asrama. Setelah beberapa ketika berbual, aku pun mintalah diri tuk balik. Apa-apa hal pun, sebelum balik kena ambil gambar dulu. 


Masalah bukan selesai di sini. Di sisi adalah bermula dilema melanda diri. Tetiba rasa ada batu besar sangat kat atas kepala. Nak menulis kat sini pun aku tak reti nak mula dari mana. Yang pastinya aku dilema nak duduk menyewa atau duduk di asrama atas sebab-sebab tertentu. Puaslah member aku memujuk dan memberikan pendapatnya serta menggesa aku meluahkan apa yang terbuku di hati sebenarnya. Hanya Allah yang tahu apa yang aku rasa ketika tu. Amik masa sikit nak cool semula.

Selepas itu, kami amik keputusan untuk balik ke TM tanpa mencari skynett.Singgah tambah minyak dahulu kerana kami ambil keputusan untuk tidak melalui jalan yang asal kami lalu tadi. Biarlah jalan jauh asalnya bentuk jalanraya elok. Sebelum tu kami solat Zohor dulu. Kami teruskan perjalanan dengan yakinnya dan sekali lagi kami sesat bila aku berhenti beli air sambil tanya orang. Kami patah balik dan sesat lagi selepas itu aku menelefon kawan kami yang tahu dan akhirnya barulah kami dapat jalan yang betul untuk balik ke TM. Sangkut sikit sebab pembinaan jalan di hadapan. Rasanya banyak masa dibuang ketika sesat. Huhuhu...Pengalaman. Sepanjang perjalanan balik, mulalah kami mereka novel dan watak-watak sendiri untuk mengisi masa sepanjang perjalanan. 

Member aku ajak singgah makan dulu bila sampai TM. Tetapi kedai yang kami nak pergi tu belum bersedia untuk membuka perniagaannya. Jadi, kami bercadang tuk solat Asar dulu. Kereta bergerak ke dalam kampus untuk ke surau. Kali terakhir bersolat di surau An-Nur untuk semester ini. Semoga ad peluang lagi untuk solat di situ lagi. In Shaa Allah. 

Selepas itu, kami menikmati nasi goreng ayam masing-masing sebelum kami balik ke rumah. Sampai jer rumah, terasa badan letik. Bila melihat barang-barang belum kemas, aku kumpulkan semuanya terlebih dahulu. Selepas solat Isyak, aku mulakan operasi mengemas barang-barang rumah pula. Peninggalkan kawan-kawan juga banyak. Lepas habis kemas, aku layan 3 cerita kegemaran aku yang bersiaran pada hari tersebut dan selepas itu masanya untuk refreshkan dan recharge semula tenaga. Dan aku pun tertidur tanpa sempat mengoffkan lappy. Terjaga sebelum subuh, dan barulah aku offkannya. 

Tuesday 7 January 2014

Ku Pinang Kau Dengan Bismilllah Part 2...



Alhamdulillah peminangan aku ke SMK TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA telah di terima. Mu tunggu aku datang...Hehehe..



Pinangan aku terhadap sekolah telah di terima. Move ke fasa seterusnya ialah mencari rumah / bilik sewa. Harap-haraplah dapat. Risau jugak sebab aku xde geng kat sana yang boleh share sewa dengan aku. Tak pe lah, selagi kita berusaha...In Shaa Allah, pasti ada keluarnya nanti. Takut ada, suka ada, malu ada, debar ada...macam-macam perasaan aku rasa sebelum nak praktikum ni. Anak manja atau anak tiri...Ntah la...Apa pun, dimana aku berdiri, disitu aku menabur bakti. 

Sunday 5 January 2014

Moment...

Semalam, hari pertama peperiksaan akhir untuk semester ini. Subjek Self Managment atau dalam bahasa Melayunya Pengurusan Diri. Tempat duduk aku belakang sekali. Hehehe. 1 kejadian lucu yang berlaku sebelum exam. Seorang kawan aku tertinggal slip peperiksaan. Setelah bgth pensyarah yang bertugas tentang katinggalan slipnya, dia pun mula wat aksi cemas kat kami2 yang dekat2 dengan dia. Dia cemas sebab dia tak tahu kedudukan tempat dia dimana. Dia duduk jer kat situ dengan yakin tu tempatnya. Dalam masa yang sama, dia kalut suh kami bukak MySis tuk tgk slip dia. Sebab tak tahu password wifi kat blok tu, maka dia duduk sahaja sebab masih ada 3 calon tak masuk lagi. Bila 3 calon lain masuk, dia pun ready nak bangun kalau dia memang salah tempat. Tapi hakikatnya, dia duduk di tempat yang betul. Barulah dia senyum lepas tu. Hehehe...

Macam biasalah, tenang tu penting semasa menjawab. Boleh jawab atau tak, belakang kira. Tengok soalan bahagian C, tentang pertolongan cemas. Amik kauuuuu...10 markah disitu. Aku yang tak study part tu, wat lah langkah2 pertolongan cemas versi aku sendiri. Hahaha...Wajib jawab walaupun tak baca lebih baik dari biarkan kosong. Tut2 bila selesai exam, aku semak buku. Hahahaaha....cedera parahlah mangsa kalau langkah yang aku tulis tu aku aplikasikannya. Dah lepas, maka tawakal aje. Masih ada 2 paper exam yang perlu ditempuh.

Seperti aku dan kawan-kawan dah bincang, kami nak berbaju batik kelas di kertas exam Pengurusan Diri ni. Lecture pun kata kami boria. Tetapi kami gelarkan kami "kendarat" cuma tak letak duit bentuk bunga jer pada tudung. Bila lepas exam, masa tuk sesi bergambar ala2 gediks la semua. Sayang tak semua pakai baju batik. Ada yang tak siap lagi. Ada lak yang tak pakai, tak nak join ambil gambar. Tengok jer dari jauh ramai-ramai. Geram la pulak nengokkan.




 Sedar atau tidak, dalam tempoh 4 tahun :

- ni peperiksaan final yang terakhir kami sekelas amik sama-sama. Nanti sem 8 dah takde da.
- baju batik kelas yang sekian lama cuba tuk diadakan. Akhirnya wujud juga baju sedondon sekelas
- lepas ni, masing-masing akan dengan haluan praktikum masing-masing. Tak jumpa 1 sem melainkan saling berhubungan.
- macam baru jer masuk UPSI, hakikatnya dah nak melangkah ke tahun keempat

Ada lagi 1 tabiat yang melanda aku sejak sem 1 lagi. Lepas exam tak kan terus balik ke rumah. "Derak kokse" sorang-sorang ntah ke mana-mana seakan-akan dah habis semua final. Hahaha...Exam habis kul 11 pagi, aku sampai bilik kul 2 petang. Sampai jer rumah, terus mandi sebab kepanasan, solat dan makan. Lepastu, tak sempat rest lagi nasi dalam perut terus aku lelapkan diri. Macam orang tak cukup tidur. Padahal cukup jer tido cuma dah lama tak tidur siang. Hehehe...Tidur nyenyak bukan main lagi ditambah dengan hujan yang lebat. Aku terjaga sebab dengar azan Asar, bangun kejap pas habis azan tumbang semula. Hahaha...Malamnya, kononnya nak study, awal aku tidur. Mengantuk lagi...Hahaha



 

Friday 3 January 2014

Macam-macam Ragam...

Semalam merupakan hari pertama sesi persekolahan untuk negeri-negeri selain Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor. Tentunya murid-murid semua teruja untuk ke sekolah setelah sekian lama bercuti. Tidak kurang juga yang masih dalam ketakutan menempuhi alam persekolah yang baru. Sebelah petangnya, heboh di laman sosial FB tentang beberapa kes kepala pelajar termasuk dalam kerusi. Dengar macam kelakar kan, tetapi sebenarnya kesian dengan nasib pelajar berkenaan. Mungkin kerana semangat yang berkobar dengan persekitaran sekolah yang baru, membuat mereka ingin meneroka apa yang belum pernah mereka lakukan tanpa mereka tahu akibat dari tindakan mereka tersebut. Dah tersepit, baru mereka tahu. Cabaran besar untuk para cikgu untuk menyelamatkan pelajar berkenaan. Pastinya cikgu yang membantu tidak mahu kecederaan semakin serius terhadap pelajar berkenaan lebih-lebih lagi apabila pelajar dah panik. 



Tugasan guru hari ini bukan sekadar mengajar dan mendidik, malah lebih daripada itu. Cabaran semakin besar. Tidak semudah seperti yang orang lain sangkakan. Cabaran semakin besar dan berat merentasi arus kemodenan pendidikan.

Nak mengimbau kenangan masuk darjah 1 dulu. 

Hari pertama aku ke sekolah sewaktu darjah 1, aku ke sekolah tidak di hantar oleh mak atau adik-beradik yang lain. Aku tumpang anak buah aku punya basikal (semestinya anak buah aku lebih besar dari aku). Aku masuk ke kelas dan duduk diam-diam memerhatikan kawan-kawan. Takut kan ketika itu. Guru kelas nama Cikgu Fauziah. Kelas aku boleh tahan juga ramai. Yang pastinya, aku perhatikan seorang kawan aku yang menangis tak henti-henti. Nama dia Amalina. Rumah dia jarak 3 rumah dari rumah aku. Buat aku tertarik nak tengok dia sebab kenapa dia nak menangis. Ayah dia setia pujuk sampai waktu rehat. Dalam hati aku berkata, "hei,jgn nagis...nnt ptg kita main basikal tepi jalan mcm biasa"...hehehe...Baik tak aku dulu...Hehehe...

Good Luck...

Post pertama di tahun baru 2014. 

Hari ini 3 orang housemate akan balik ke kampung masing-masing. Hanya 1 paper final untuk sem ini. Barang-barang pun hampir semua telah siap dikemaskan. Esok selepas exam mereka terus bergerak balik Kelantan. Sekolah praktikum dan rumah sewa utk praktikum semua dah selesai. Terima kasih yer korang sebab sudi terima aku sebagai kawan korang dalam rumah ini. Setahun setengah kita tinggal sama-sama. Sejak aku pindah dari rumah atas ke rumah korang. Korang okey jer semua. Tak berkira dengan aku. Banyak tolong aku macam-macam perkara. Apa-apa kerosakkan rumah, korang jer gi report management..Aku tak pernah gi report. 

Mesti kita rindu rumah ni kan. Rumah nie banyak kenangan kita semua. Kita gelak kuat-kuat, kita bahan antara 1 sama lain, kita buli Nadia sampai dia menangis, kita makan sama-sama, gi pasar malam sama-sama, keluar makan sama-sama....Hahaha...Mesti aku rindu nasi goreng Cik Lai yang sedap tu. Dan dia selalu kata, "aku suka masak sebab mas makan mesti bertambah". Hehehe...

Lepas ni, kita semua akan pergi praktikum. Na dan Jambu 1 sekolah yang sama di Manjung, Cik Lai sekolah  lain tapi dalam daerah yang sama dengan Na dan Nadia ke Klang. Jadi cikgu yang baik yer korang. In Shaa Allah, kita akan akan jumpa lg nanti bila ada kelapangan masa. Aku minta maaf sangat2 sebab tak dapat nak join korang tinggal sama2 sem 8 nnt. Rumah yang korang dapat tu mmg sewa murah tetapi jauh bagi aku. Fakulti kita berbeza. Kelas aku banyak di kampus lama dan korang semua kelas di kampus baru. Jarak untuk aku ke kelas jauh. Jadi, nnt aku carilah mana-mana rumah yang sesuai tuk aku. Aku tak kisah, mana-mana pun sbb aku okey jer. Korang tak yah risau yer. Pastu nanti bolehlah aku datang rumah korang bila aku nak makan nasi goreng Cik Lai. Hehehe...

All The Best tuk final yang tinggal beberapa jam lagi. Semoga selamat sampai ke kampung masing-masing. Semoga dapat keputusan yang cemerlang lagi. Dapat dekan lagi. Selamat menjadi guru praktikum yang mampu menyahut apa juga tugasan dan arahan yang diberi. 


Bertabahlah wahai aku untuk mengabiskan kesemua paper final exam semester ini. Masalah rumah sewa tak selesai lagi. Sape nak teman aku gi Sabak ni. Guna GPS la jawabnya. Tak pe, pelan-pelan buat dan In Shaa Allah semua selesai sebelum aku balik kampung.