Tatkala sibuk menelaah ilmu Allah, ternampak satu catatan dari hamba Allah yg bertujuan mengajar setiap pembacanya. Mata terus tertumpu kepada penulisannya. Ringkas jalan ceritanya, tetapi cukup bermakna untuk diambil sebagai pengajaran. Aku copy dan paste kan pengajarnya disini sebagai ingatan utk aku dan pembaca lain...
Bila menegur, jangan
anggap diri sendiri betul dan seolah-olah pandangan diri sahaja betul dan lebih
tinggi daripada orang lain walhal kamu menegur dengan 2 mata di depan, tapi
beribu mata di keliling kamu dan Allah sedang memerhatikan kamu.
Tanyalah diri –
kamu menegur untuk menghukum atau menegur untuk membimbing? Buatlah teguran
mendidik selalu, teguran menghukum meminta seseorang seakan pergi jauh dari
kamu perlu dielakkan. Wallahualam….
Aku bukanlah seorang yang sempurna. Aku tahu kau juga begitu. Kerana kita bukan malaikat wahai temanku...
No comments:
Post a Comment