HANYA AKU...

HANYA AKU...

Tuesday 25 June 2013

Aku sudah mula memikirkannya part akhir...

Bersambung juga kita akhirnya...Aku sedaya upaya tuk menulis part seterusnya sebelum ini tetapi sentiasa tidak sempat dgn tugasan2 yg lain...Bila betul2 free, ketika itu pula aku perlukan rehat dan kekeringan idea.  Ketika idea dtg ini, ketika ini kami telah membuat haluan masing2 di kampung halaman masing2...

Sebelum kami berpisah, sempat kami lalui kehidupan bersama tuk manfaatkan masa2 yg bersisa tuk kami.  Alhamdulillah, thesis mereka selamat dijilid...Ada yg dapat A, ada yg dapat B+ dan ada yg x tahu gred sbb pensyarah penilai tidak mahu memberitahu.  Rata2 nya berpuas hati dengan tugasan masing2.  Banyak pahit manis mereka lalui sebelum thesis selamat dijilid. Memahami kepayahan masing2 adalh penting supaya setiap org tahu masalah dan kepayahan org lain. 

Jom aku cerita apa yg sempat kami lakukan bersama sebelum kami pulang ke kampung masing2...

1- Meraikan hari lahir linda awal dari tarikhnya kerana ketika besdaynya jatuh di minggu exam.  Sah2 nnt payah tuk meraikan sebab masing2 sibuk study...Aku pun x sangkan yg atas kek linda tu ada nama aku jugak tuk diraikan...Hehehehe...



Aku suka part nie...Linda ayu berbaju kurung...Almaklum ler, pas mkn nk gi sesi fotografi persatuan pengajian malaysia...


Ntah apa yg nk ditiup si linda nie...Bkn ada lilin pun...hehehe...


Teme kasih kat adik yg tolong ambilkan gambar kami ber 6 nie...


2. Kami wat final makan2 yg dimasak sendiri...Lokasi pilihan kat tasik proton city...Menu utama nasi kebuli tomato bersama ayam masak sambal...Nyum2...Ketika kami sampai tak hujan lagi, mula je makan hujan dah mula turun...Selepas itu terus lebat dan selebatnya disertai dengan kilat dan guruh...Sehingga jam kul 7 malam, oleh kerana hujan x teduh, kami redah jer...Jue dikejarkan ke hospital slim river sbb batuk tanpa henti sehingga sesak nafas...Alhamdulillah, pas masukkan gas dalam sejam, kembali normal dan balik ke kolej semula.




Sekali sambut besday zamil dan raikan persahabatan kami...


3. Makan steamboat dan grill di kalumpang resort...Jue x join ketika ini...Alhamdulillah, tercapai juga hajat2 mereka...Bak kata mereka pengalaman baru..Mungkin sekali seumur hidup...






Balik dr mkn, singgah dpn pintu utama kampus baru...Ramai pulak yg nak ambil gambar malam nie////



4. Kami makan malam di restoran peyorr gelas besar di hulu bernam...Ketika nie paey dah balik kg sekejap sblm kembali semula ke TM...


Balik dari mkn, sggah amik gambar...Kali nie kami je yg ada...Teme kasih pada yg ambilkan gambar ini...


5. Ni kali terkhir kami makan bersama sebelum aku balik ke kampung hari berikutnya...Makan nasi kukus intan nasi lebih separuh...Hehehe...Memang berselera kami...Dan ketika ini x sempat ambil gambar...Naseb baik x ramai org sbb ramai dah balik kg...Hehehe...


Seterusnya, kami ada juga amik gambar bersama di tasik proton city...Asalnya kami nak gi amik gambar di beberapa tempat yg melibatkan kampus baru dan lama...Tp hanya dapat ambil di tasik proton sahaja sebab salah seorang dari kami tak sihat dan seorang lg xde mood sbb hanya thesis dia sahaja yg tak dapat semula.  Tu yg merisaukannnya...


Sambil jalan sambil mkn...Tak senonoh langsung...






Aku suka gambar nie...Credit kat linda sbb sudi meniarap...hehehe










Dan akhirnya, salaman dan peluk cium menjadi titk akhir sebelum kami berpisah...Depan pintu timur menjadi saksi linangan air mata perpisahan...In Shaa Allah, kita cuba utk jmp walaupun sekejap ketika konvo nnt...Semoga kalian sentiasa mengingati apa yg pernah berlaku antara kita dengan doa...Selamat maju jaya semua...Kalian telah bergelar ALUMNI SULUH BUDIMAN....

No comments:

Post a Comment