HANYA AKU...

HANYA AKU...

Friday 21 June 2013

Debar...debar...debar...takut...

Dah 3 malam aku tidur kat kampung.  Cuti sem telah bermula.  Selalunya setiap kali cuti bermula, akan risau memikirkan result yg bakal keluar.  Tetapi kali ini, ada perkara lain yg turut dirisaukan selain result sem 5...Ianya ialah tugasan microteaching mengajar di sekolah.  Debar untuk berhadapan dgn pelajar.  Bak kata lecture aku, mengajar depan anak murid x kan sama dengan presentation depan kawan2...Sgt berbeza...

Memang aku pernah ada pengalaman mengajar sebelum ini.  Tetapi tu semua dulu, beberapa tahun lepas.  Ketika itu aku masih 0 dalam ilmu pendidikan.  Ketika tu, masuk kelas x pernah wat set induksi...Xde lgsung penutup dan pengukuhannya.  Kali nie situasi sangat berbeza...Murid pun berbeza.  Dulu setiap hari aku mengira hari tuk aku tamatkan kontrak. Dasyat betul ketika tu.  Sgt susah nak kawal anak murid.  Sampai 2 kali ustaz tlg redhakan kebisingan kelas aku. Malunya...

Tak semua org dilahirkan sesuai untuk mengajar...Aura menjadi cikgu tu tak semua orang ada.  Aku sendiri tak tahu sama ada aku ada atau tak.  

- Ada org, dia sangat diam dan takut...Tp apabila dia berdiri dan mengajar, kita tertarik utk tgk
- Ada org, dia pandai bercakap...Tp apabila dia berdiri dan mengajar, dia syok sendiri
- Ada org, dilahirkan dengan darah daging sbg tenaga pengajar, jadi bila dia berdiri dan mengajar, ke"cikgu"annya terserlah
- Ada org, sekali kita pandang, tiada apa yg menarik...Tetapi bila dia berdiri dan mengajar, dia adalah cikgu yg anak murid suka kerana jenakanya
- Ada org, dia mmg langsung x dilahirkan sebagai pendidik, tetapi dia sedaya upaya untuk menjadi pendidik

Dan aku, aku sendiri tak tahu aku yg mana.  Aku bukanlah berketurunan pendidik.  Tetapi aku mahu menjadi pendidik.  Aku tahu, bukan mudah untuk menjadi "cikgu" dimata anak murid dan guru-guru lain serta pentadbir sekolah.  Byk yg harus aku tempuhi.  Tidak semudah seperti yg dilafazkan olh org lain.  Memikirkan apa yg bakal aku ajar juga buat aku bertambah berdebar.  "Practice make perfect"...In Shaa Allah...Aku harap pengalaman mengajar dulu tidak selamanya menjadi mimpi ngeri dalam hidup aku.  Aku mahu pendidik yg mampu mendidik dan bukan sahaja mampu mengajar.  Bak kata kawan aku, Sut, "persediaan mental dan fizikal kena cukup mantap"...Bila ramai diantara kawan2 aku yg telah berjaya jalani microteaching dgn baik, aku juga mahu menjadi seperti mereka.  Semoga Allah permudahkan urusan aku dan kawan2 yang lain...Aminn..



No comments:

Post a Comment