HANYA AKU...

HANYA AKU...

Sunday 30 June 2013

Alhamdulillah...

Diam tak diam, esok genaplah setahun aku mengenali hati budi en <3 aku...Cepat sungguh masa berlalu...Alhamdulillah, kami masih mampu menjaga batas-batas pergaulan yg sepatutnya...Setahun tanpa ada selisih faham.  Masih byk masa yg aku perlukan utk mengenal hati budinya. Terlalu banyak sikap antara kami yang masih perlu difahami. Aku harap sangat dia dapat menerima aku seadanya. Menerima setiap kelemahan dan kekurangan aku.  

Ya Allah, seandainya telah kau catatkan dia milikku, permudahkanlah urusan perancangan perkahwinan kami. Jadikan kami hambaMu yg mendambakan rasa cinta keranaMu Ya Allah...

Dah setahun kami berkomunikasi kau dan aku.  Selesa dan sangat selesa.  Dalam setahun ini, perhubungan kami adalah sms dan fb.  Hanya sekali perhubungan dalam pangilan.  Itupun beberapa saat sahaja.  Kami lalukan apa yang kami selesa.  Betul, matlamat tidak menghalalkan cara...In Shaa Allah, apa yg kami mampu jaga, kami akan jaga sebaiknya sehingga halal buat kami...Biarlah kami jarang berjumpa, tetapi dihati kami tidak pernah lupa...


No comments:

Post a Comment