HANYA AKU...

HANYA AKU...

Sunday 16 June 2013

Terasa kehilangannya...

15 Jun 2013, aku dikejutkan pemergian seorang kawan lama kira-kira jam 8.00 malam melalui FB dari seorang rakan yang lain tentang pemerginya beberapa minit yang lepas. Arwah ialah Nawawi Bin Ahmad.  Meskipun dah lebih 24 jam arwah pergi ketika ini, perginya telah memberikan sedikit kesan dalam hati aku.  Aku kenal arwah sejak tadika lagi.  Seterusnya kami sekolah agama bersama.  Sekolah rendah harian dan sekolah menengah dan seterusnya kami tidak bersama.  Waktu dizaman sekolah dulu, arwah cukup berminat dengan kawan aku yg bernama Amalina.  Mereka berkawan rapat mungkin sejak dari darjah 4 lagi.  Mereka sangat pandai menyimpan rahsia.  Dan mereka tetap terus menjalinkan hubungan sekian lamanya sehinggalah mereka bertunang dan merancang perkahwinan awal Disember tahun lepas.  

Ajal,rezeki dan jodoh segalanya di tangan Allah...Dalam usaha mengecapi kebahagiaan, arwah yg aku lebih selesa panggil wawi,(tetapi kawan2 lain dan family panggil awie) disahkan mengidap kanser.  Akibat dari penyakit itu mereka menangguhkan perkahwinan mereka.  Allah memberi mereka ujian.  Kak long pernah bagitahu aku yg keluarga wawi pernah datang berjumpa keluarga amalina utk putuskan pertunangan bila wawi sakit kanser.  Tetapi keyakinan keluarga amalina dan amalina sendiri menolak permintaan itu kerana sanggup menunggu sehingga wawi sembuh sepenuhnya.  Lama juga rasanya wawi cuti bekerja untuk jalani rawatan kemo dan rawatan2 lain.  

Dan mengikut pandangan mata aku, wawi dah sihat dari sakitnya lpas jalani pemedahan di kaki dan jalani rawatan susulan.  Segar nampak wajahnya seperti dulu.  Tetapi Allah lebih mengetahui segalanya.  Kesihatan sihat dipinjamkan seketika.  Wawi sempat bekerja semua lebih kurang sebulan dan kesihatannya merundum terus selepas  itu.  Doktor sahkan sel kansernya telah merebak kebahagian lain.  Kali ini lebih teruk dari yang mulanya.  Semakin hari semakin teruk dan akhirnya doktor hanya dapat berjanji akan lakukan rawatan terbaik untuk wawi.  

Amalina kata dia sempat berbual dengan wawi 3 hari sebelum arwah menghembuskan nafasnya yang terakhir.  Ajal sampai dulu sebelum jodoh.  Belum sempat menikmati kebahagiaan, Allah telah ambil wawi untuk kembali disisiNya.  Kalau aku di tempat amalina, aku x tahu sama ada aku kuat atau tidak harungi semua ini.  Allah lebih sayangkan wawi.  Semoga arwah tenang disana dan ditempatkan dikalangan hamba-hambaNya yang beriman.  Untuk amalina, semoga kau jumpa orang yang lebih baik dari wawi sebagai jodoh kau yang kekal seperti yang telah Allah tuliskan di Luh Mahfuz...In Shaa Allah...Al-Fatihha...

Mcm aku kata tadi, mereka pandai simpan rahsia hubungan mereka...Nak kesan gambar mereka berdua memang payah...Ni la sekeping gambar yg aku jumpa...Gambar diambil bersama keluarga wawi sewaktu musim hari raya tahun lepas...


Gambar dari fb arwah wawi yg diupload pada 20 May 2013...Nampak segar muka arwah ketika ini...


Gambar diupload di fb pada 28 May 2013...Ketika ini arwah dimasukkan semula ke hospital dan kesihatan telah mula merosot...


Status terkahir yang beliau tulis di wall fb nya...


Status amalina yg ditulis 29 May 2013...Tiada lain memohon agar mereka tabah menerima ujian ini dan tak mampu melihat air mata tunangnya lagi...


Status dari kakak yg menjaga arwah di wad sepanjang arwah berada di hospital...Arwah sedang berperang melawan penyakitnya dengan ketabahannya...


Perbualan arwah bersama kakaknya beberapa hari sebelum arwah menggembuskan nafasnya yang terkahir...


Selepas aku mengetahui pemergian arwah, terus aku pm amalina dan kebetulan dia menjawab pm aku ketika itu...

Dari Allah kita datang, dan kepadaNya jualah kita kembali...Allah menjemput tidak mengira tempat dan usia...Al Fatihha...

2 comments: