HANYA AKU...

HANYA AKU...

Friday 28 June 2013

Independent sayang...

Malam nie aku tidur tanpa mata dapat melihat si kuning bermanja dengan aku.  Tanpa si kuning naik ke kaki minta di urut2 bulunya, tanpa aku duduk di luar umah waktu malam sekejap tuk teman kuning duduk ambil angin malam.  Meskipun kuning x sesempurna kucing lain, dia tetap kuat semangat tuk terus hidup.  Sekarang aku lebih suka biarkan kuning wat apa sahaja tanpa dibantu.  Jika dia tersembam, aku biarkan dia bangun sendiri.  Kuning perlu berdikari. Berdikari tuk terus hidup kerana aku bukan sepanjang masa boleh membantu dia. Bak kata kakak ipar aku, "kucing yg yang tanpa kaki boleh hidup lama, inikan pula kucing yg sakit"...Ya, aku setuju...Dan kuning semakin sihat sekarang. Tindakan dia selalu menghiburkan hati aku.  Si kecil yg sangat manja sampaikan mak aku sediakan tilam khas kecil utk kuning kerana kuning suka sangat tidur atas tilam tu.  Jadi mak aku khaskan untuk kuning. 

3 malam aku sengaja tidak mengajak kuning tidur bersama kau.  Atau menidurkan kuning terlebih dahulu.  Aku sengaja biarkan kuning tidur dimana dia suka.  Dan pada 3 malam itu kuning tidur ditempat yang sama.  Tetingkat barang. Pada tingkat bawah sekali. Memang tingkat tersebut tiada barang yang diletakkan.  Mungkin kuning selesa itu disitu.  Malam ke empat, aku tidurkan dia disebelah aku.  Bising juga dia sebelum tu, seakan tak selesa.  Setelah memujuk, dan akhirnya kuning tidur disebelah aku seperti biasa.  Tetapi menjelang ke waktu siang, aku sedar yang kuning xde lg sebelah aku.  Rupanya, dia pindah di tetingkat tempat dia selalu tidur.  Jadi, sekarang aku faham.  Kuning selesa tidur disitu.  Jadi, lepas nie kalau aku takde bersama dia, aku tahu yang kuning tahu untuk cari tempat tidur sendiri tanpa tidur bersama aku.  Cuma, aku masih risau lagi dengan sikap kuning yang suka ke luar rumah.  Kuning sedaya upaya untuk pergi ke halaman rumah. Dia hanya mahu duduk diatas batu sahaja.  Bukan aku tak benarkan, tetapi ada kucing liar yang sedang cuba untuk bergaduh dengan kuning.  Jika aku ada, aku hanya perhatikan sahaja dari jauh.  Jika aku rasa dah terlalu lama, aku ambil dia dan bawa masuk dalam rumah.  Bisinglah dia nanti. Hehehe...Kelincahan kuning adalah pengubat kebosanan aku.  Nyaringan suara dia tu bgth aku kat mana dia berada bila aku memanggil namanya.  Dia selalu bising bila orang ramai ada. Mak kata dia bgth org lain, takut terpijak dia yg tengah sakit. Hehehe...Ketika rumah aku buat kenduri arwah, aku masukkan kuning dalam sangkar dan letak didalam stor.  Diam dia dalam sangkar, bila ada orang bukak lampu stor, bisinglah mulut dia minta nak keluar.  Bukak xnk lepaskan, tapi ramai org.  Petang baru aku keluarkan.  Biarkan dia bebas. Aku mmg x suka nak kurung kuning.  Suka kuning bebas ke mana dia nak pergi.  


Lena tidur si kuning atas tilam bersama aku...




Inilah teingkat tempat kuning tidur...



Aksi-aksi si kuning yang menghiburkan hati...



Meletakkan kepala dia atas pencel case aku....Menunjukkan kemalasannya...


Sengaja aku letakkan mimi di depan kuning...Bunyi lain pun keluar....Kuning sampai sekarang x sekufu dengan mimi....Mimi pun geram jer dengan kuning...Hehehe....


Kalau letak dia atas kaki, senang sangat dia terlelap..Sampai kebas kaki aku...


Ini 1 lg peragai si kuning nie, suka naik atas lappy aku.  Sampai tertanggal huruf "R" aku hari tu...


Bila dia bising, letak aje atas kaki...Pasti si manja nie diam...

Kuning sayang, kuning kena selalu kuat semangat tuk terus hidup dan belajar berdikari yer sayang....Busu tinggalkan kuning seminggu yer, jaga diri dan jangan berani2 sangat duduk luar rumah. Nanti kucing liar kejar...Hehehe....

No comments:

Post a Comment