Coretan ini khas aku tujukan untuk si comel yg aku panggil
kuning. Aku bukanlah seorang yg taksub
pada kucing, tetapi cukup sekadar aku tahu menghargai dan menyayangi haiwan
berbulu ini. Kuning aku ambil dari
jagaan kawan2 aku semalam. Walaupun
kuning bkn pilihan yg aku mahukan, tetapi krn
kuning ini buat aku fikir 1 malam samada aku harus mengambil dan
menjaganya atau tidak dari msj terakhir yang aku terima dari kawan baikku
itu. Aku sudah sedia maklum tentang
kesihatan kuning sejak dia dibawah jagaan kawan aku lagi. Bukan aku mahu salahkan mereka sebab terus
biarkan kuning terus menanggung kesakitan, tetapi mereka tidak ada byk masa
untuk membawa kuning ke klinik. Mula aku
ambil kuning, aku dah dapat rasakan ketegangan perutnya lain dari kucing biasa.
Terlalu tegang. Aku teruskan perjalanan
bersama kuning ke Melaka. Walaupun pada
awalnya dia bising, lama ke lamaan dia diam dan terus tidur.
Sewaktu dalam perjalanan...berhenti di RNR...
Travel hampir 4 jam bersama si comel ini juga...
Sesampai aku kat kg, aku tgk rumah mak ada tetamu. Jadi aku tak terus keluarkan kuning dari
sanggar sehingga menjelang magrib barulah aku keluarkannya. Ketika itu aku rasa nak nagis bila aku tgk
sendiri cara kuning berjalan. Sblm nie
aku hanya dengar dr penjaga sebelumnya sahaja.
Bila kuning cuba untuk naik anak tangga pertama rumah aku, dia jatuh dan
tidak boleh bangun dengan sendiri kecuali dengan bantuan. Ana yang ada sama dengan aku ketika itu hanya
mampu menahan rasa sebak melihat dia cuba bangun.
Selepas itu aku pindahkan dia ke sangkar besar dan aku beri
dia makan malam. Aku cadang untuk
kuarantinkan dia dulu sebelum dia jumpa doktor.
Menjelang tengah malam, dia mula bising.
Mak tak bagi aku keluarkan sebab takut dia bergaduh dengan kucing liar
luar rumah. Tetapi aku tak sampai hati
dengar dia terus bising. Aku keluarkan
dia dan letak dia dibahagian dapur rumah.
Selesa kalau dia nak tidur dan minum.
Aku bgth mak yang dia jenis kucing OKU sbb mak tak tgk lagi cara dia
jalan sebab kami ada tetamu yg bermalam dirumah. Esoknya mak bangun kul 5 pagi. Mak panggil aku bangun sama tuk mencari
kuning sbb mak tak jumpa kuning tidur dimana. Lepas aku
bangun, barulah kuning keluar dari tepi baldi.
Dia tidur bawah baldi yang disendengkan ke dinding. Ketika itu mak tengok kuning, mak kata susah
nak jaga dia dalam keadaan mcm tu. Apa
yg aku boleh yakinkan kat mak ketika itu, kita cuba ubati dia kalau umur dia
tak panjang, kita redha. Mak akui apa
yang aku mahu. Cuma mak minta aku hantar kucing tu ke rumah anak buah aku sebab
anak buah aku tu lebih teliti menjaga kucing lebih2 kucing yang sakit.
Baru sampai rumah nenek
Selepas subuh, aku tidur semula. Dan aku terjaga bila mimi bergaduh dengan
kucing liar tu. Dan x berapa lama
selepas itu, kuning pula menjadi mangsa.
Ana lebih dulu selamatkan kuning dan terus kurung kuning dalam
sangkar. Naseb tak de kecederaan yang
serius. Habis najis bertaburan sana sini.
Mak yang bersihkan.
Siangnya en <3 aku sukarela nak tolong bawak aku gi
klinik haiwan. Klinik swasta sbb klinik
gov tutup sabtu dan ahad. Pukul 11.45
kami pergi dalam pukul 12.10 kami sampai.
Tetapi urusan dengan doctor berakhir selepas azan zohor. Macam2 pemeriksaan yg dr buat. Nseb baik tak
kena tahan wad. Kalau kena tahan lagi
payah. 1 kali disuntik dan 2 jenis ubat
diberi secara makan. Kuning mengalami
kekurangan darah dan masalah pada otot dan sarap. Selain itu, dia juga mengalami cacing dalam
perut. Selepas terima ubat, kuning dah nampak sikit perubahan. Dia tidak jatuh
lagi ketika berjalan. Ubat cacing aku
kena bg sendiri kat rumah sbb perlu bg ubat yang terdahulu pulihkan badannya
dulu. Dengan berat 1.14 kg kuning kena
kuat utk teruskan hidup. Aku tak boleh
nak awasi dia terus sebab aku perlu balik ke TM. Aku akan ajar anak buah aku cara beri makan
ubat pada kuning. Kuning akan baik jika
diawasi dengan betul. Kuning bukak OKU
Cuma kesakitan yang tak diubati dari awal menyebabkan dia menderita sehingga
kini.
In Shaa Allah, kuning akn pulih dan membesar seperti kucing
yang lain juga. Mimi blh terima
kuning. Tetapi kuning perlu
berjaga-jaga dari kucing liar luar yang jahat.
Ubat yang diperolehi...
Selepas makan ubat cacing...Tidur dan rehat...
No comments:
Post a Comment