HANYA AKU...

HANYA AKU...

Friday 28 December 2012

Hari ini sebagai pengajaran....

Lebih kurang pukul 12.00 tgh hr td aku dpt call dr setiausaha prof zainal...Aku dan beberapa rakan lain diminta kepejabat pukul 2 ptg...Krn salah faham, S/U prof kena marah dgn prof sbb kami...Maafkan kami...

Maka, menghadaplah kami(4 org) dan selebihnya (4 org) x dapat hadirkan diri kerana ada kat kg...Kami dituduh berplagiat dgn report cameron. Disuruh memberi keterangan.  Setiap seorang memberi penjelasan...Kami tidak meniru tetapi kami membuat pengkhususan tugasan itu. Markah asal yg kami dapat ialah 9/10...Selepas kami membuat penjelasan, kami hendak diberi 0 markah tetapi atas budi bicara, kami diberikan 1.125/10...Sentap bila dengar markah itu. Kami pujuk dgn ingin membuat tugasan lain tetapi prof tak beri krn beliau terlalu sibuk utk membaca. Akhirnya, selepas merayu...kami diberi 4/10...Takpe, dr 0 atau 1.125, lbh baik kami terima 4 markah atas budi bicara.  Masih ada yg prof belum tanda, jika tertangkap juga berplagiat, maka markah mereka juga adalah 4 markah..

Aku tersentuh bila prof kata, "masturah, awak kecewakan saya...nama awak selalu dalam ingatan saya...tp awak pula yg terlibat seperti ini...buat mcm ini pada saya...Kuiz awak dapat markah yg baik, tetapi tugasan ini awak kecewakan saya...."
Prof, sy x meniru tp kami wat pengkhususan tugasan ini....Maafkan kami prof...



Kami bg2 ikut part...


Pengajaran : Jangan ulangi lagi...


Prof kata, x kan gagalkan kamu semua ttp msih di dlam gred B...Ya Allah, semoga final aku akan buat dengan baik nnt.... : - (

No comments:

Post a Comment