HANYA AKU...

HANYA AKU...

Tuesday 30 September 2014

Respect...

Dah lama aku mahu bercerita tentang ini, hari ini aku rasa aku ada kerajinan sedikit untuk menaip dan mengingati semula apa yang telah berlaku. Dialog ini berlaku pada 1 ketika dulu antara aku dan seorang rakan sekelas...

Member          :    Kenapa yerk, dulu masa sem 1 semua budak2 kelas kita xde pun transport sendiri.   Kalau ada 1, 2 kete jer. Blh je kita nk berkumpul atau pergi mana-mana ramai2..Knp sekarang dah x blh?.
Aku                 :    Respect

Hanya 1 jawapan jer yang aku berikan pada dia iaitu "respect". Knp respect. Apabila hilangnya respect antara satu sama lainlah yang menjadikan kami sekelas semakin renggang dan berpuak-puak. Bukan yang tua minta dihormati, bukan yang muda harus ditegah segala pendapat, bukan tidak boleh mengatakan "tidak", bukan semua perkara perlu kata "ya" dan segalanya...

Setiap orang berhak melakukan atau melontarkan apa yang mereka mahu. Umur-umur kami dalam kelas pun bukan jauh beza. Ada sebaya, ada tua atau muda 2 3 tahun. Secara purata kami semua masih muda dan nampak sama. 

Apabila rasa hormat-menghormati pendapat orang lain semakin pudar, maka rasa hormat terhadap individu juga pudar. Di depan nampak biasa tetapi di belakang kebanyakkan lebih suka memerhati, menjadi pembaca yang diam dan segala pendapatan tidak diendahkan malah ada yang lebih suka mengamalkan sikap malas ambil tahu. Ikatan kekeluargaan sebagai anak perantau semakin tidak memberi apa-apa makna di dalam diri. 

Berbaki 3 bulan lebih sebelum kami boleh melanggah gah meninggalkan bumi mualim ini sebagai pelajar yang berjaya "graduated on time", masihkan ada ruang untuk kami kembalikan kepercayaan, rasa hormat dan keakraban dulu sedangkan dihati masing-masing bersarang rasa tidak puas hati yang tiada kesudahan. Ntahlah, aku sendiri tiada jawapan sama ada masih ada kesempatan atau hakiki masa bersisa ini hanya layak di isi dengan pergi kuliah dan balik ke rumah sebagai rutinnya tanpa pengisian apa-apa yang boleh kita jadikan kenangan untuk diceritakan pengalaman kehidupan sebagai mahasiswa kepada generasi akan datang.

Di sini aku bibitkan lirik lagu yang menggambarkan kami tika dan saat ini,

Betapa sukarnya menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanyalah sekadar tingkah
Cuma ungkapan kebisuan yang melindungkan kalimah rahsia
Apakah yang hilang andai dilisankan
Bait penghargaan penuh kejujuran
Tak mungkin terlihat cinta yang merona
Jika hanya renungan mata yang bersuara
Bukan tutur kata
Tiada lagi ertinya pengucapan
Andai akhir nafas di hujung helaan
Sebelum mata rapat terpejam
Usah biar kehilangan
Menggantikan lafaz yang tersimpan


Kawan-kawan semua, kita dah tak punya banyak masa lagi tuk lakukan sesuatu sehingga kita mampu untuk "berreunion" 1 hari nanti bersama keluarga yang telah kita bina atau kita akan memadam satu persatu nama dalam ingatan kita tanpa meninggalkan apa-apa.












Monday 22 September 2014

Trip To Sabah

Dialog di suatu petang :

Aku : Kau pernah naik kapal terbang?
Farikha : Tak pernah. Kau?
Aku : Aku pun tak pernah. Hahaha... Hafiz?
Farikha : Hafiz pun tak pernah
Aku : 3 batak nak naik kapal terbang.
Kami : Hahahahaha...
Aku : Kau pernah pergi Putrajaya?
Farikh : Tak pernah
Aku : Batak jugak ko...Hahaha...
Farikha : Kau pernah ke?
Aku : Tak pernah jugak.
Kami : Hahahahaha......

Perbualan ini berlaku di suatu petang semasa aku praktikum dulu. Kami berkira-kira bulan sebelum kami bercuti ke Sabah. Tiket kami dah beli lebih awal lagi semasa AirAsia buat promosi. Ketika itu pergi dan balik serta memilih untuk membeli tempat duduk semuanya RM 84 seorang.


Apabila sampai pada tarikh percutian kami, kami berjanji untuk jumpa di KL Sentral dan bergerak bersama ke KLIA2 dengan bas. Aku cuma mengambil haluan sehala sahaja kerana perjalanan balik aku nanti dari KLIA2 terus ke Melaka.



Senang orang Melaka nak jalan-jalan dengan kapal terbang tanpa perlu memandu ke KLIA dan  KLIA2. Tak payah fikir parkir kereta. Naik bas, tido pastu sampai KLIA dah. Hehehe...


Aku mulakan cerita dari hari pertama.

Kami memang sampai agak awal di KLIA2. Almaklumler, pertama kali nak naik kapal terbang dan belum pernah sampai ke KLIA2, pastikan akan tercari-cari gate nanti jadi kalau sampai awal blh cuci-cuci mata dulu.




Bila dah nampak pesawat depan mata selepas boarding, keterujaan semakin terasa. Semuanya pertama kali buat kami. Penerbangan kami bergerak dengan selamat dan mendarat juga dengan selamat. Bila berada di atas, mulalah kepada duk terfikir macam manalah pesawat yang besar seperti MH370 boleh hilang dan MH17 di tembak dan terhempas, Mintak jauhlah semua itu.

Sampai sahaja kami di KLIA2 dan segala urusan pengambilan passport sementara masuk ke Sabah dah dapat, aku pun SMS orang yang akan menyewakan kereta untuk kami. Kami sampai ketika itu di waktu kemuncak orang balik kerja. Jadi, sedikit jem menyebabkan kereta lambat sampai. Kami sewa kereta produa viva auto dengan harga RM240 untuk tiga hari. Kereta dalam keadaan baik.

Perkara pertama yang harus dilakukan ialah mencari petrol pump untuk isi minyak. Selesai semua itu, misi mencari hotel pun bermula. Jem yang teruk dilalui sekali lagi. Yang bagusnya tentang pengguna jalan raya di Sabah, semuanya bertimbang rasa. Tiada istilah mencucuk-cucuk dan sentiasa memberi laluan kepada yang ingin lalu. Terbaiklah...Jadi, kalau jem pun masing-masing tak stress sebab tiada yang cuba untuk pentingkan diri.

Pukul 6.30 petang dah gelap kalau di Sabah. Selesai urusan check in, kami bersihkan diri dan akan turun pada pukul 8.40 malam untuk makan malam. Malam pertama tiada agenda lain selain mencari tempat makan yang selesa dan halal. Malam ni aku makan nasi goreng seafood dengan harga RM 10 tanpa air.Makkk aiiii...mahalnya. Salah pilih tempat nampaknya bagi kami yang mahukan percutian jimat. Hehehehe...

Hari kedua

Aku mula solat Subuh pada pukul 6 pagi. Selesai aku solat, aku pun selaklah langsir bilik. Eh, dah teranglah. Jadi,dapatlah 1 whatsapp dari tunang aku .

Dia : Dah solat ?
Aku : Dah
Dia : Pukul berapa solat?
Aku : Pukul 6.
Dia : Ada lagi ke subuh?
Aku : Ntah
Dia : Subuh habis pukul 6.11 pagi
Aku : glupppp....hehehehe

Actually, dia dah pesan dah bangun sebelum jam 5 untuk subuh. Hehehehe...

Jadi, esoknya tak bolehlah bangun macam bangun subuh kat semenanjung sebab masa Sabah cepat.
Permulaan hari kedua dengan sarapan pagi dan bergerak ke Kundasang terlebih dahulu. Kundasang atau orang selalu panggil Cameron Highland Sabah atau New Zealand Malaysia. Macam mana berlikunya naik ke Cameron macam tulah juga kundasang.

Sampai sahaja sana, cuaca agak gerimis. Jadi sejuk sehingga ke tulang. Udara yang segar. Orang yang bekerja sebagai kontraktor binaan pun memakai baju tebal sambil bekerja.



Kat sini sambil dapat tengok view yang cantik, ada juga kawasan yang disediakan untuk melihat lembu-lembu meragut dan ada kawasan khas untuk pengantin ambil gambar dari sudut yang menarik. Kita juga boleh bagi anak-anak lembu menyusu dan bagi makan rumput. Nak check in pun boleh. Banyak kawasan sekitar yang ada hotel atau motel. Selain tu ada galeri yang menjual produk keluargan desa casstle ni. Alang-alang dah sampai, kenalah rasa susu segar keluaran ladang ini. Aku rasa tempat ini akan bertambah cantik lagi bagi tahun-tahun akan datang sebab banyak kawasan sedang dibangunkan.

So, selesai agenda di Kundasang, kami bergerak untuk turun semula. Di pertengahan jalan kami singgah di Kinabalu Park. Kat sini titik permulaan untuk pedaki-pedaki untuk naik. Kaki gunung dah sejuk, macam manalah rasanya bila mendaki dan sampai di puncak. Ada sebuah hotel mewah di sini, mesti sejuk bila berada disini dan dikelilingi dengan kehijauan. Dengan kenderaan boleh memandu setinggi 4 km. Dipertengahan untuk sampai di check point mula mendaki akan jumpa Kiau Gap View. Kalau nasib baik dan cuaca elok, dapatlah tengok view gunung kinabalu. Tetapi nasib kami tak berapa baik sebab kabus tebal ketika itu. Yang dapat rasa, sejuk aje.



Seterusnya kami singgah di Tamparuli atau lebih popular dengan rumah terbalik. Kawasan yang boleh ambil gambar ialah luar rumah, kereta dan tandas. Kawasan dalam rumah adalah kawasan tidak dibenarkan mengambil gambar. Dalam rumah ada banyak bilik. Macam rumah biasa kita perabot dan segala kelengkapannya cuma semuanya dalam keadaan terbalik. Hehehe...Bayangkan peti sejuk yang besar pun ada kat atas kepala kita. Hehehehe...


Selesai tengok rumah terbalik, kami singgah makan tengahari. Bukan tengahari, dah petang sebenarnya. Selesai makan, sepatutnya nak ke Tanjung Aru tengok matahari terbenam, dek kerana hujan lebat maka balik ke hotel rehat dan keluar pada sebelah malam.

Malamnya kami ke Pasar Filipina. Tempat yang dikatakan syurga tawar menawar barangan perlu dilakukan. Pesan tunang aku, tawar sehingga separuh dari harga yang diletakkan. Selesai beli sedikit barang perut pun minta di isi.
Jadi pilihan malam ini ialah makanan laut yang segar.  Memang rambang mata tengok deretan kedai yang menjual makanan laut yang segar. Besar-besar pulak tu. Kenyang tersandar kitaorang malam tu. Tak sampai RM 100 pun, Murah...



Hari ketiga

Selepas sarapan, misi pertama untuk hari ketiga ialah ke pasar filipina. Tiba masa untuk membeli buah tangan untuk keluarga dan kawan-kawan. Tawar jangan tak tawar. Pandai tawar, jauh lebih murah boleh dapat. Kuasa membeli di tangan sendiri. Tapi, dek kerana fikir tak boleh beli banyak sebab luggage hanya 7kg, jadi beli secara berpada-pada. Heheheh...Nyesal x amik luggage 15 kg.

Selesai membeli buah tangan, bergerak ke Masjid Terapung Sabah. Masa kat sini selain dapat melihat keindahan masjid yang cantik atas air, dapat whatsapp dari sahabat baik bahawa dia telah mengandung. Alhamdulillah...Setelah menunggu selama 2 tahun akhirnya rezeki anak menjadi milik dia dan suami. Panjatkan rasa syukur di depan monumen terindah ini.



Selesai melawat masjid, kami ke pantai Tanjung Aru untuk mencari makanan tengahari. Selesai makan, kami balik ke hotel untuk Zohor dan keluar semula selepas solat.


Destinasi seterusnya ialah Muzium Sabah. Sampai Sabah kenalah kenal etniknya yer tak walaupun Farikha kata bosan pi Muzium. Hehehe....



Selepas ke muzium, kami ke bidayuh village. Tapi tak masuk pun ke dalam tengok dari luar je. Macam dah sempat ketika itu.


Selepas di bidayuh village, kami ke pasar filipina utk membeli sedikit lagi barang dan membeli buah terap untuk kami makan di tepi pantai sambai melihat matahari terbenam. Rasa buah terap ini seperti durian+cempedak. Bau dia semerbak dalam kereta.


Makan malam terakhir di bumi di bawah bayu ialah sekitar hotel kami sahaja.


Kereta ini yang telah kami gunakan selama 4 hari di Sabah.


Hari keempat

Dimulakan dengan sarapan pagi dan bergerak ke terminal 2 Kota Kinabalu. Cara pulang kereta juga senang. Kunci kereta dan letak kunci di bawah tayar, Hehehe,,,Owner tak boleh datang sebab sedang bekerja.


Inilah pengalaman kami selama 4 hari di negeri di bawah bayu. Pastinya 4 hari tak cukup untuk terokai Sabah. Banyak pulau-pulau di Sabah belum diterokai lagi. In Shaa Allah, 1 hari nanti.









Sunday 21 September 2014

Tinta Praktikum Part 14-Throwback

Bagi seorang guru praktikum seperti aku, menambat hati anak-anak murid di minggu awal berpraktikum bukanlah sesuatu yang mudah sehinggakan aku rasa seolah-olah tidak mahu menjadi cikgu. Tetapi, lama kelamaan rentak pendidik sudah mula dirasai. Anak-anak murid adalah tunggak kepada kayu pengukur siapa kita sebenarnya. Bagi menghargai segala yang telah anak murid aku lakukan, maka aku dan kawan-kawan serumah sepakat untuk membuat jamuan kecil untuk anak-anak murid kami. Segala perbelanjaan dan peralatan kami bahagi sama rata untuk menu yang bakal kami hidangkan.


Pada asalnya kami nak share 3 orang, tp oleh kerana salah seorang dari kami tarikh diri maka aku bergabung dgn Farikha untuk jamuan anak-anak murid kami. 

Dari bawak peralatan memasak yg kecil hingga ke besar kami import dari kampung masing2. Bahan-bahan kering dan mentah kami keluar beli sama-sama. Mujur sebelum tu Farikha dah bawak kereta famili yang jauh lebih besar dan memudahkan lagi semua urusan kami.

Bila difikirkan dengan kudrat kami berdua untuk sediakan dalam 100 orang makan, memang boleh lembik kami dibuatnya. Maka dengan itu Farikha membawa anak-anak muridnya untuk tidur di rumah sewa kami untuk membantu kami. Alhamdulillah, ringan sedikit beban. Semua perbelanjaan makan sepanjang mereka berada bersama kami, aku dan Farikha tanggung. 


Rentetan sepanjang jamuan yang diadakan.....

Fasa 1 : Membawa barang-barang dari kampung. Peralatan memasak yang hendak digunakan.



Fasa 2 : Membeli barang-barang yang ingin digunakan


Dalam banyak-banyak barang nie, tikar je lah yang dapat kami bawak balik sebagai kenangan. 



Fasa 3 dan Fasa 4 : Membuat mise en place dan memasak. Fasa ni gambar tidak boleh di paparkan kerana menjaga aurat setiap yang terlibat. Hehehe...


Fasa 5 : Setting buffet









Fasa 6 : Mengambil dan melayan tetamu. Ada anak murid yang datang sendiri dan ada yang aku dan Farikha perlu ambil. Aku tak ingat berapa pusingan aku kena berulang ambil pelajar asrama. Ada ketikanya ruang tamu rumah penuh dengan anak murid kami, ruang luar rumah digunakan dan ada anak murid yang makan di dapur. Tak menang tangan nak melayan tetamu. Sambil makan, sambil menulis quest book. Quest book inipun anak murid Farikha yang sedikan. 1 buku untuk anak murid aku dan 1 lagi untuk anak murid Farikha.




Ini sebahagian anak murid aku yang hadir. Ramai yang tiada dalam gambar sebab malu nak bergambar.


Fasa 7 : Menghantar pelajar asrama balik, mengemas rumah dan kembalikan perabot kepada bentuk asal.


Fasa 8 : Mengemas dapur. Nasib baik anak-anak murid Farikha sudi membasuh walaupun mereka dah penat jadi runner kami.


Malamnya giliran aku dan Farikha pulak mengemas mana yang perlu. Penat, memang penat tetapi kami puas sebab dapat laksanakan juga walaupun banyak halangan. Esoknya nak sekolah seperti biasa. Menikmati makan malam dan selepas itu masa untuk merehatkan diri. 

Tinta Praktikum Part 13-Throwback

Ini merupakan kali kedua aku menyambut Hari Guru sebagai guru di sekolah. Kali pertama dulu sewaktu jadi guru ganti kat SK Datuk Haji Baginda. Kini aku menjadi guru praktikum pulak. Tak sangka pulak sambutan kat sekolah nie tersangatlah meriahnya. Aku sendiri tak menjangkakan semeriah ini.

Meh aku ceritakan perjalanan Hari Guru sekolah aku, SMK TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA.

Seawal pagi bilik guru dah riuh rendah dengan ucapan "selamat hari kita" antara satu sama lain. Siap bersalaman dan laga2 pipi lagi. Aku siap tersasul ucap selamat hari raya. Hadiah untuk sesi tukar menukar sudah dikumpulkan di ruang rehat guru wanita. Setiap guru dikehendaki menulis nama sendiri dan meletakkan di dalam balang yang telah disediakan.  Selepas itu, kami semua ke kantin untuk bersarapan dulu.

Usai sarapan, kami ke bilik guru semula untuk sesi bertukar-tukar hadiah dan berselfie beramai-ramai. Ketika ini hadiah aku milik Cikgu Zaleha dan hadiah Cikgu Mizarimi menjadi milik aku. Hehehe...

Selesai sesi ini, kami semua guru dikehendaki beratur di hadapan bilik guru lama sebelum kami perlu berarak untuk masuk ke dewan dengan di iringi paluan kompang. Disini, kami diberikan cenderahati dari barisan pengawas sekolah dan pengawas pusat sumber dengan tema bagi guru-guru adalah Frozen. Kan sekarang tengah demam frozen di kalangan kanak-kanak. Jadi, cikgu2 semua yang dah tua bangka ini pun di frozenkan sekali. Meriah dan semua cikgu sangat2 sporting.


Tetamu jemputan sekolah, YB Fasihah..


Inilah dia cikgu2 wanita STARP yang cun melecun. Hehehe...Baju sedondon dan tudung ramai yang sama. Tukang jahit khas datang sekolah tuk amik ukuran tudung cikgu2 yg berminat. 




Inilah anak-anak bujang ERT aku yang tolong masak bubur lambuk. Sehari sebelum hari guru, tolong aku potong lobak merah yang berpuluh-puluh kilonya. Steadylah bujang senang aku yg byk ragam nie. Selalu kalau ada pape majlis, ponteng je kejenya. Kali nie, rajin pulak datang. Tolong masak pulak tu.


Kacau YB jangan tak kacau.


Maka, kami semua cikgu2 nie beraraklah ke dewan. Hiasan dewan semuanya bertema frozen. Pintu gerbang dari kedai pengantin manapun tak tahulah mereka sewa. Memang meriah. Macam-macam jugaklah agenda dalam dewan. Bacaan ikrar, nyanyian, cabutan bertuah, persembahan pelajar yang memang gempak2 semuanya dan anugerah untuk guru-guru dan staf. Aku dapat salah satu anugerah yang ada. Tak sangka dapat jugak. 


Sebenarnya jarak aku ke sekolah tak sampai 10 minit. Akan tempuh 1 trafic light yang tak sesak sangat. Pernah juga aku sampai lambat. 7.15 baru sampai. Guru-guru kena sampai sebelum 7.20 pagi. Bak kata housemate aku, aku patut dapat satu lagi anugerah. Anugerah balik awal. Hahaha...Aku balik sekolah memang sharp. Tak rajin aku nak duduk sekolah lama-lama kalau tanpa sebab. Lebih baik aku rehat kat rumah je.Hehehe...


Selesai semua aktiviti dewan, semua guru-guru ada sesi bergambar beramai-ramai. Selepas itu kami ke kantin pula. Makanan tengahari di taja oleh kantin sekolah. Nasi dagang menu kami. 

Selesai makan, masih terus berselfie kat bilik guru pulak.  Terima kunjungan dari anak-anak murid yang memberi hadiah. Terima kasih kepada yang memberikan hadiah.

Sempena hari guru, aku pun balik lambat sebab kereta rosak jadi tumpang Nurul. Sekolah Nurul 1 sesi, jadi balik lambat sikit. Duduk bilik guru bergosip la sekejap.Hehehe...

Saturday 20 September 2014

Mungkin Aku Tidak Sekuat Kau...

Sebenarnya aku ingin menulis tentang kau pagi tadi tetapi aku tangguhkan seketika. Tetapi sekarang selepas aku membaca whatsapp yang kau kirimkan buat kami semua di group, membuatkan aku terpanggil untuk terus bercerita tentang kau.

Minggu ini merupakan minggu sibuk bagi UPSI kerana adanya konvokesyen. Jika di imbas kembali apa yng berlaku setahun lepas pada tarikh lebih kurang begini adalah konvokesyen mereka. Terima kasih sangat-sangat kat Linda sebab memberi aku peluang untuk masuk ke dalam dewan dan menyaksikan satu persatu dari mereka untuk menerima Ijazah masing-masing. Bukan itu sahaja, aku diamanahkan oleh Linda untuk memimpin emaknya yang kurang sihat untuk masuk ke dalam dewan. Bagi Linda, itulah impiannya untuk memastikan kedua ibu bapanya melihat kejayaan Linda. Adik beradik Linda tak ramai. 3 orang sahaja. Dan dialah si bongsu yang banyak mengabiskan masa untuk keluarganya, 

Aku sangat terkesan sebab Linda selalu berkongsi cerita dengan aku. Aku melihat sendiri kesusahan dia. Mereka sangat-sangat menghargai antara satu sampai lain sehingga ke hari ini, Itulah mereka.



Jika dibaca semula segala cerita pada coretan blog aku yang lepas, ternyata jiwa Linda sangat kuat untuk harungi semua kesusahan dengan tabah. Jika cuti sekolah adalah cuti yang ditunggu-tunggu untuk mereka berehat dan habiskan masa bersama keluarga begitu juga Linda. Sepatutmya cuti penggal sekarang Linda nak bercuti bersama familinya. Nak bawa mak ayahnya jalan-jalan naik kereta proton saga merah barunya yang baru sahaja keluar tak sampai sebulan. Tetapi, Linda redha apabila cutinya dihabiskan di hospital menjaga emaknya yang koma. Maknya di kesan mengalami jangkitan kuman pada peparu dan doktor mengkomakan mak Linda sehingga tidak tahu bila untuk memberi laluan maknya berehat. Linda terpaksa menyewa motel yang berdekatan dengan hospital untuk memudahkan dia berulang ke hospital dan untuk dirinya berehat. Setiap hari kami di group bertanyakan perkembangan mak dia. Jawapan yang akan Linda beri, "jari ada gerak-gerak sikit 
tapi mak masih koma".

Kami kirimkan doa dari jauh supaya Linda kuat dan maknya sembuh. Baru sekejap tadi kami mendapat berita yang telah meruntum perasaan kami yang mengekori perkembangan Linda dan keluarga.


Jika aku berada di tempat Linda, aku sendiri tak tahu mungkinkah aku sekuat dirinya untuk harungi semua ini. Tapi, aku tahu Linda bangga dengan dirinya. Dia sempat menunjukkan Ijazahnya pada maknya, dia sempat memberi maknya rasa gaji pertamanya sebagai cikgu, dia dapat membawa maknya naik kereta barunya hasil titik peluhnya tetapi 1 mungkin yang Linda kesalkan...Mak dia tak sempat tengok hari bahagianya dengan Nazri. Semoga Maknya tenang di sana dan Nazri akan menjaga Linda sebaik mungkin selepas ini. Al-Fatihha

Pencapaian Terbaik...

Walaupun cerita yang bakal aku cerita ini dah lama sangat berlalu, tetapi ini adalah antara sesuatu yang aku tidak boleh lupakan sepanjang aku belajar di UPSI. Mendapat 4.00 pada semester 6 dan hadir ke Anugerah Kecemerlangan Pelajar walaupun ketika itu sibuk dengan praktikum dan lebih-lebih lagi malam anugerah dekan itu sehari sebelum sambutan hari guru peringkat sekolah. Pastinya kepenatan badan membuat persiapan hari guru masih dirasai tatkala kaki melangkah dengan kawan-kawan ke bumi Tanjung Malim untuk malam penuh bermakna ini. 

Kami bergerak pukul 5 petang dari Sabak Bernam. Kami perlu gerak awal kerana kawasan yang kami lalui adalah sangat merbahaya sekiranya kami gerak lewat kerana dikhuatiri kurang kenderaan melalui dan binatang liar mula untuk aktif. Dapat jugalah kami melihat "cadbury" melintas depan kereta. 

Majlis bermula sekitar 8 malam. Kami berehat untuk solat magrib di Surau An-Nur dan ke auditorium selepas itu. Sepatutnya kami perlu makan dulu sebelum masuk ke dewan. Dek kerana takut tak sempat, kami hanya mengambil bungkusan makanan dan masuk ke dewan. 


Makkkkk....anak mak dapat anugerah dekan...Hehehe...tengok,betapa terujernye aku...Hahaha...


Bersama orang yang terlalu banyak...banyak...banyak...banyakkkkkkk....tolong aku. Jatuh dan bangun still ada perkara yang dia akan kata. Walaupun nasihat dalam bentuk sindiran, tapi....saya tahu dia macam mana. Malam ini juga dapat hadiah birthday telekung dari dia. Beli di Indonesia masa dia pi honeymoon ntah kali keberapa. Walaupun ko pesan supaya aku bawak dan guna kemanapun aku pergi, namun aku tak sampai hati nak bawak balik TM bila mak aku kata dia selesa guna untuk solat sambil duduk atas kerusi. Walaupun bukan aku yang guna, pahalanya tetap ko dapat walau siapa pun guna untuk solat...Terima kasih der... 


Bersama ahli kumpulan RC dengan projek "Electric Gordon" dan Alhamdulillah kami semua dapat A subjek ini. 


Ni antara pelajar sem 6 yang susah payah datang ke Majlis Anugerah kecemerlangan Pelajar ini. Hampir 1 kelas dapat anugerah dekan. Terbaikkk lah...


Bersama lecture yang pernah ajar kami, Cik Syud...


Terima kasih kepada mereka-mereka yang memberi saya hadiah kerana mendapat 4.00...Terima kasih daun keladi nanti bagi lagi. 

Selesai majlis, kami pun bergerak balik ke Sabak Bernam semula tetapi melalui jalan yang lebih jauh sehingga mencecah 2 jam. Berhenti di RnR untuk makan malam. Lapar sangat ketika tu. Licin nasi yang kami ambil sebelum masuk audi tu. 

Sampai je rumah sewa, siapkan semua keperluan untuk sambutan hari guru pulak dan selepas tu zzzzz...

Esoknya, bangun lebih awal dari biasa sebab mahu sampai ke sekolah awal. Satu perkara pulak dah berlaku. Kereta langsung tak boleh start. Walaupun laluan aku sama dengan Nurul tetapi aku tak boleh nak tumpang Nurul sebab Nurul belum siap dek kerana lewat bangun. Jadi, Farikha yang hantar aku ke sekolah dan terpaksa berpatah balik untuk ke sekolah dia. Aku dapat rasakan yang Farikha terpaksa driff selaju yang boleh sebab tugasnya mengendalikan hari guru sekolah ketika itu. Balik dari sekolah, aku tumpang Nurul.

Petangnya, Farikha kasi pinjam kereta untuk aku cari mekanik. Aku pergi ke bengkel yang pernah aku pergi dulu untuk dapatkan bantuan. Mujur pekerja dia tak sibuk ketika itu. Tukar bateri baru. Teriam kasih kat my lovely bro yang bank in duit tuk bayar kos tukar bateri kereta. Sayang kau ketat2 bang, mana nak ada duit sangat bila nk hujung sem....Hehehe...



Aku kembali

Sangat lama aku tak menulis di sini. Sibuk sangat ke???Tak jugak..Tapi aku di serang penyakit kronik. Penyakit "M". Penyakit MALAS. Hahaha...Banyak sangat perkara nak cerita sebenarnya tetapi akibat di serang penyakit M, apa pun tak menjadi. Sepanjang beberapa bulan nie, banyak sangat perkara yang dah berlaku. Perkara-perkara itu telah merubah hidup seseorang. Dari gembira menjadi bahagia. Ceewahhh...Lain macam je bunyinya. Tak pe, nanti aku akan cerita satu persatu. Janji, kali ni akan "rajin sikit" update blog aku ni...Hehehe...