HANYA AKU...

HANYA AKU...

Sunday 30 June 2013

Alhamdulillah...

Diam tak diam, esok genaplah setahun aku mengenali hati budi en <3 aku...Cepat sungguh masa berlalu...Alhamdulillah, kami masih mampu menjaga batas-batas pergaulan yg sepatutnya...Setahun tanpa ada selisih faham.  Masih byk masa yg aku perlukan utk mengenal hati budinya. Terlalu banyak sikap antara kami yang masih perlu difahami. Aku harap sangat dia dapat menerima aku seadanya. Menerima setiap kelemahan dan kekurangan aku.  

Ya Allah, seandainya telah kau catatkan dia milikku, permudahkanlah urusan perancangan perkahwinan kami. Jadikan kami hambaMu yg mendambakan rasa cinta keranaMu Ya Allah...

Dah setahun kami berkomunikasi kau dan aku.  Selesa dan sangat selesa.  Dalam setahun ini, perhubungan kami adalah sms dan fb.  Hanya sekali perhubungan dalam pangilan.  Itupun beberapa saat sahaja.  Kami lalukan apa yang kami selesa.  Betul, matlamat tidak menghalalkan cara...In Shaa Allah, apa yg kami mampu jaga, kami akan jaga sebaiknya sehingga halal buat kami...Biarlah kami jarang berjumpa, tetapi dihati kami tidak pernah lupa...


Friday 28 June 2013

Independent sayang...

Malam nie aku tidur tanpa mata dapat melihat si kuning bermanja dengan aku.  Tanpa si kuning naik ke kaki minta di urut2 bulunya, tanpa aku duduk di luar umah waktu malam sekejap tuk teman kuning duduk ambil angin malam.  Meskipun kuning x sesempurna kucing lain, dia tetap kuat semangat tuk terus hidup.  Sekarang aku lebih suka biarkan kuning wat apa sahaja tanpa dibantu.  Jika dia tersembam, aku biarkan dia bangun sendiri.  Kuning perlu berdikari. Berdikari tuk terus hidup kerana aku bukan sepanjang masa boleh membantu dia. Bak kata kakak ipar aku, "kucing yg yang tanpa kaki boleh hidup lama, inikan pula kucing yg sakit"...Ya, aku setuju...Dan kuning semakin sihat sekarang. Tindakan dia selalu menghiburkan hati aku.  Si kecil yg sangat manja sampaikan mak aku sediakan tilam khas kecil utk kuning kerana kuning suka sangat tidur atas tilam tu.  Jadi mak aku khaskan untuk kuning. 

3 malam aku sengaja tidak mengajak kuning tidur bersama kau.  Atau menidurkan kuning terlebih dahulu.  Aku sengaja biarkan kuning tidur dimana dia suka.  Dan pada 3 malam itu kuning tidur ditempat yang sama.  Tetingkat barang. Pada tingkat bawah sekali. Memang tingkat tersebut tiada barang yang diletakkan.  Mungkin kuning selesa itu disitu.  Malam ke empat, aku tidurkan dia disebelah aku.  Bising juga dia sebelum tu, seakan tak selesa.  Setelah memujuk, dan akhirnya kuning tidur disebelah aku seperti biasa.  Tetapi menjelang ke waktu siang, aku sedar yang kuning xde lg sebelah aku.  Rupanya, dia pindah di tetingkat tempat dia selalu tidur.  Jadi, sekarang aku faham.  Kuning selesa tidur disitu.  Jadi, lepas nie kalau aku takde bersama dia, aku tahu yang kuning tahu untuk cari tempat tidur sendiri tanpa tidur bersama aku.  Cuma, aku masih risau lagi dengan sikap kuning yang suka ke luar rumah.  Kuning sedaya upaya untuk pergi ke halaman rumah. Dia hanya mahu duduk diatas batu sahaja.  Bukan aku tak benarkan, tetapi ada kucing liar yang sedang cuba untuk bergaduh dengan kuning.  Jika aku ada, aku hanya perhatikan sahaja dari jauh.  Jika aku rasa dah terlalu lama, aku ambil dia dan bawa masuk dalam rumah.  Bisinglah dia nanti. Hehehe...Kelincahan kuning adalah pengubat kebosanan aku.  Nyaringan suara dia tu bgth aku kat mana dia berada bila aku memanggil namanya.  Dia selalu bising bila orang ramai ada. Mak kata dia bgth org lain, takut terpijak dia yg tengah sakit. Hehehe...Ketika rumah aku buat kenduri arwah, aku masukkan kuning dalam sangkar dan letak didalam stor.  Diam dia dalam sangkar, bila ada orang bukak lampu stor, bisinglah mulut dia minta nak keluar.  Bukak xnk lepaskan, tapi ramai org.  Petang baru aku keluarkan.  Biarkan dia bebas. Aku mmg x suka nak kurung kuning.  Suka kuning bebas ke mana dia nak pergi.  


Lena tidur si kuning atas tilam bersama aku...




Inilah teingkat tempat kuning tidur...



Aksi-aksi si kuning yang menghiburkan hati...



Meletakkan kepala dia atas pencel case aku....Menunjukkan kemalasannya...


Sengaja aku letakkan mimi di depan kuning...Bunyi lain pun keluar....Kuning sampai sekarang x sekufu dengan mimi....Mimi pun geram jer dengan kuning...Hehehe....


Kalau letak dia atas kaki, senang sangat dia terlelap..Sampai kebas kaki aku...


Ini 1 lg peragai si kuning nie, suka naik atas lappy aku.  Sampai tertanggal huruf "R" aku hari tu...


Bila dia bising, letak aje atas kaki...Pasti si manja nie diam...

Kuning sayang, kuning kena selalu kuat semangat tuk terus hidup dan belajar berdikari yer sayang....Busu tinggalkan kuning seminggu yer, jaga diri dan jangan berani2 sangat duduk luar rumah. Nanti kucing liar kejar...Hehehe....

Tuesday 25 June 2013

Aku sudah mula memikirkannya part akhir...

Bersambung juga kita akhirnya...Aku sedaya upaya tuk menulis part seterusnya sebelum ini tetapi sentiasa tidak sempat dgn tugasan2 yg lain...Bila betul2 free, ketika itu pula aku perlukan rehat dan kekeringan idea.  Ketika idea dtg ini, ketika ini kami telah membuat haluan masing2 di kampung halaman masing2...

Sebelum kami berpisah, sempat kami lalui kehidupan bersama tuk manfaatkan masa2 yg bersisa tuk kami.  Alhamdulillah, thesis mereka selamat dijilid...Ada yg dapat A, ada yg dapat B+ dan ada yg x tahu gred sbb pensyarah penilai tidak mahu memberitahu.  Rata2 nya berpuas hati dengan tugasan masing2.  Banyak pahit manis mereka lalui sebelum thesis selamat dijilid. Memahami kepayahan masing2 adalh penting supaya setiap org tahu masalah dan kepayahan org lain. 

Jom aku cerita apa yg sempat kami lakukan bersama sebelum kami pulang ke kampung masing2...

1- Meraikan hari lahir linda awal dari tarikhnya kerana ketika besdaynya jatuh di minggu exam.  Sah2 nnt payah tuk meraikan sebab masing2 sibuk study...Aku pun x sangkan yg atas kek linda tu ada nama aku jugak tuk diraikan...Hehehehe...



Aku suka part nie...Linda ayu berbaju kurung...Almaklum ler, pas mkn nk gi sesi fotografi persatuan pengajian malaysia...


Ntah apa yg nk ditiup si linda nie...Bkn ada lilin pun...hehehe...


Teme kasih kat adik yg tolong ambilkan gambar kami ber 6 nie...


2. Kami wat final makan2 yg dimasak sendiri...Lokasi pilihan kat tasik proton city...Menu utama nasi kebuli tomato bersama ayam masak sambal...Nyum2...Ketika kami sampai tak hujan lagi, mula je makan hujan dah mula turun...Selepas itu terus lebat dan selebatnya disertai dengan kilat dan guruh...Sehingga jam kul 7 malam, oleh kerana hujan x teduh, kami redah jer...Jue dikejarkan ke hospital slim river sbb batuk tanpa henti sehingga sesak nafas...Alhamdulillah, pas masukkan gas dalam sejam, kembali normal dan balik ke kolej semula.




Sekali sambut besday zamil dan raikan persahabatan kami...


3. Makan steamboat dan grill di kalumpang resort...Jue x join ketika ini...Alhamdulillah, tercapai juga hajat2 mereka...Bak kata mereka pengalaman baru..Mungkin sekali seumur hidup...






Balik dr mkn, singgah dpn pintu utama kampus baru...Ramai pulak yg nak ambil gambar malam nie////



4. Kami makan malam di restoran peyorr gelas besar di hulu bernam...Ketika nie paey dah balik kg sekejap sblm kembali semula ke TM...


Balik dari mkn, sggah amik gambar...Kali nie kami je yg ada...Teme kasih pada yg ambilkan gambar ini...


5. Ni kali terkhir kami makan bersama sebelum aku balik ke kampung hari berikutnya...Makan nasi kukus intan nasi lebih separuh...Hehehe...Memang berselera kami...Dan ketika ini x sempat ambil gambar...Naseb baik x ramai org sbb ramai dah balik kg...Hehehe...


Seterusnya, kami ada juga amik gambar bersama di tasik proton city...Asalnya kami nak gi amik gambar di beberapa tempat yg melibatkan kampus baru dan lama...Tp hanya dapat ambil di tasik proton sahaja sebab salah seorang dari kami tak sihat dan seorang lg xde mood sbb hanya thesis dia sahaja yg tak dapat semula.  Tu yg merisaukannnya...


Sambil jalan sambil mkn...Tak senonoh langsung...






Aku suka gambar nie...Credit kat linda sbb sudi meniarap...hehehe










Dan akhirnya, salaman dan peluk cium menjadi titk akhir sebelum kami berpisah...Depan pintu timur menjadi saksi linangan air mata perpisahan...In Shaa Allah, kita cuba utk jmp walaupun sekejap ketika konvo nnt...Semoga kalian sentiasa mengingati apa yg pernah berlaku antara kita dengan doa...Selamat maju jaya semua...Kalian telah bergelar ALUMNI SULUH BUDIMAN....

Saturday 22 June 2013

Refleksi Sem 5...

Sem 5 sudah melabuhkan tirainya...Hanya keputusan peperiksaan akhir sahaja yg belum diketahui lagi...Aku redha apa jua keputusan yg bakal aku dapat...Semua itu adalah usaha aku, jadi aku perlu belajar menerimanya...Hati seakan sudah boleh mengagak apa yg bakal diperoleh...Tetapi biarlah lecture aku tentukan semuanya...

Apa yerk yg berlaku sepanjang 1 sem?

Memori aku ni x tentu, kadang2 blh igt byk perkara dan kadang2 hanya sebahagian sahaja...

Dalam sejarah sepanjang aku bergelar anak kandung suluh budiman, aku balik awal ke TM sedangkan cuti semester masih berbaki seminggu...Tujuannya ialah menyiapkan kit media untuk subjek KPD...Keseorangan aku menyiapkan semua kerja2 kit dan tugasan lain...Bertimbun tugasan ketika itu...Bila rasa boring, aku pm la kawan baik aku...Masa tu aku kena lah sembur sekali...Sembur apa?Dia kata aku setelah beberapa hari duduk sorang2 dan bila dpt peluang bercakap, patah perkataannya terlalu byk...Hahaha...Bagi aku, dah lali sgt dah kena mcm tu, jadi lbh baik diam...Masa ni jugak la aku melayan puluhan episod cerita upin dan ipin dari lappy...Walaupun mata tak tertumpu sepenuhnya pada lappy, tp suara yg aku dengar masih boleh memahamkan aku tentang perjalanan cerita.







Selain itu, apa ek...ermmm

Menjadi AJK pendaftaran, sijil dan cenderahati utk annual dinner PERT...Seronok mmg seronok jadi ajk nie..Pengalaman baru utk aku...Kwan2 yg jadi ajk sama mcm aku pun jalankan kerja masing2 dgn baik sekali.  Cuma kadang2 aku rasa lemas dgn kerenah beberapa manusia yg pengurusan kerja yg sgt lemah...Bila difikirkan balik, elok juga ada manusia mcm nie..Sekurang2nya dpt bg aku pengalaman tuk kendalikan org2 berperagai sebegitu...Hehehe...

Apa lg yerk yg berlaku...

Berselisih faham dgn bff aku...Fuhh, nie paling byk menguji kesabaran dan hati sendiri...Byk kali jgk berlaku...X mau cete pkr2 yg blh bikin hati menangis dalaman, tp nk cete yg best2 jer kat sini...So far, aku nie jenis x kisah klu nk langgar peraturan lalu lintas UPSI nie sbb apa la sgt undang2 tu...Asalkan x langgar undang2 Allah...Hehehe...Tp x bg bff aku nie..Dia sgt2 berhati2 dr dirinya di saman UPSI...Nk menjaga rekod katanya..Dan selalunya aku la yg duk cuba tolong dia pertahankan rekod dia tu...Dia sgt2 takut dgn pakcik2 yg bermisai lentik tu.  Takut kena saman...Tp bg aku, hati aku sangat kering utk melanggar peraturan bg kemudahan dia...Hehehe...Relax ler der...Hati mau kering...Tindakan harus bijak...Ahaks...Jd, sampai akhir sem, rekod kami masih baik...Berbanding sem lepas, aku 3 kali kena saman...Hehehe...Kena saman,  bayarlah...Hilanglah record dalam portal...Seterusnya, kami pernah di hentam oleh seorang hamba Allah nie..Aku di hentam di instragram dan dia di hentam di twitter...Ntah pape...Alasan sangatlah tipis...Aku nk selesaikan masalah aku kat org lain, masalah lain pulak muncul. Ketika tu aku bermalam di hospital slim river sbb kawan aku masuk wad.  Actually, hamba Allah tu dan kuncu2nya selalu jer jadi topik perbualan kami. Yg ceritanya mengikut logik pemikiran kami...Hehehe...Ermm, kisah lain, aku pernah gak berkongsi sebungkus nasi kukus dan makan berdua...Lapar biar sama2 lapar, dan kenyang biar sama2 kenyang...Best sgt2 bila aku dapat penuhi hajat dia utk merasa suasana makan dgn hidangan table dhote yang lengkap...Yg ni betul2 aku puas bila dapat tunaikan.  Nmpklah air muka dia yg agak terujer dan terkezut tu.  Only 4 u der...


Byknya cutlery..mn nk guna dlu nie...hehehe...


Asparagus soup...Der aku ckp sedap sup nie...



Tiramisu cake...

Kitaorg pernah mkn pizza sama2...Mcm biasa la,order apa pun pasti habis makan. Kuar dari pizza, kete bff aku pun kena saman dgn org MDTM...Naseb badan...Telah menjadi tradisi bagi aku untuk kami pergi exam bersama, tp tuk kali nie. Tidak sama sekali. Ada sesuatu yg bff aku mahu "ajar" aku...Apa pun alasan dia, aku terima jer...Dpat  jgk gi sama2, paper last sekali...Sedih x pat gi exam sama dgn ko...Huhuhu..Aku ada alasan knp aku kuar dewan awal. Tp aku x mau cete kat sini, kalau ko tye, In Shaa Allah aku jawab...Ada benda lain yg kita perlu selesaikan kan, tp ianya jadi "pending" dlm diri masing2...So far,so good tuk 1 sem bersama ko my bff...


Seterusnya,

Mereka...Ya, sem nie aku dapat mereka semula...Sem last mereka...Sedaya upaya aku cuba rancangan agar kita selalu dapat bersama.  Dgn mereka, terlalu byk yg boleh diketawakan.  Ada sahaja kena mengenakan antara 1 sama lain.  Kerap jugaklah aku berjumpa mereka. Walaupun mereka sediakan katil utk aku, aku lebih selesa utk tidur di lantai...Kadang2, tidur ber 5 dalam satu bilik...Nasib bilik luas..Bila dgn mereka, makan adalah perkara yg diulang2...Kadang2 4-5 sesi sehari..Ada aja benda yg blh dimakan...Dan makan beramai2...Biskut kering dgn nescafe panas pun sgt berselera bila mkn ramai2..Wlaupun kawasan larangan memasak, dah byk kali kita dpt makan sama2..Masak maggie byk2, nasi ayam, bubur, spagetti, nasi goreng, telur goreng dan byk lg la...Pandai langgar peraturan, pandailah simpan...Hehehe...Telur rebus, nasi, sambal ikan bilis dan kicap pun dah cukup menyelerakan utk dinikmati beramai-ramai...Apa yg ada, kita mkn...Xde, kita beli...Hehehe...

Apa lg yerk tuk sem nie...

Sem nie aku jarang masak kat umah sendiri...Mana tidaknya,  bila free jer, aku balik KUO...Sehinggalah 1 hari, hsemate aku ckp, "mas jarang sangat masak sem nie"..Jawapan aku ringkas jer, "sory la,sbb sem ni selalu balik kuo...nnt meraka dah xde lg, aku masak kat umah yer...".   Lgpun kat umah sendiri sem nie, masing2 byk wal hal2 sendiri jer..Umah seakan tempat tuk tidur jer...Semua sibuk dgn urusan masing2,jadi aku pun carilah perkara yg boleh hiburkan hati...

Ni je la kot yg aku mampu igt saat dan ketika nie...Klu aku boleh ingat lain, aku update jer nnt...Hehehe...

Friday 21 June 2013

Debar...debar...debar...takut...

Dah 3 malam aku tidur kat kampung.  Cuti sem telah bermula.  Selalunya setiap kali cuti bermula, akan risau memikirkan result yg bakal keluar.  Tetapi kali ini, ada perkara lain yg turut dirisaukan selain result sem 5...Ianya ialah tugasan microteaching mengajar di sekolah.  Debar untuk berhadapan dgn pelajar.  Bak kata lecture aku, mengajar depan anak murid x kan sama dengan presentation depan kawan2...Sgt berbeza...

Memang aku pernah ada pengalaman mengajar sebelum ini.  Tetapi tu semua dulu, beberapa tahun lepas.  Ketika itu aku masih 0 dalam ilmu pendidikan.  Ketika tu, masuk kelas x pernah wat set induksi...Xde lgsung penutup dan pengukuhannya.  Kali nie situasi sangat berbeza...Murid pun berbeza.  Dulu setiap hari aku mengira hari tuk aku tamatkan kontrak. Dasyat betul ketika tu.  Sgt susah nak kawal anak murid.  Sampai 2 kali ustaz tlg redhakan kebisingan kelas aku. Malunya...

Tak semua org dilahirkan sesuai untuk mengajar...Aura menjadi cikgu tu tak semua orang ada.  Aku sendiri tak tahu sama ada aku ada atau tak.  

- Ada org, dia sangat diam dan takut...Tp apabila dia berdiri dan mengajar, kita tertarik utk tgk
- Ada org, dia pandai bercakap...Tp apabila dia berdiri dan mengajar, dia syok sendiri
- Ada org, dilahirkan dengan darah daging sbg tenaga pengajar, jadi bila dia berdiri dan mengajar, ke"cikgu"annya terserlah
- Ada org, sekali kita pandang, tiada apa yg menarik...Tetapi bila dia berdiri dan mengajar, dia adalah cikgu yg anak murid suka kerana jenakanya
- Ada org, dia mmg langsung x dilahirkan sebagai pendidik, tetapi dia sedaya upaya untuk menjadi pendidik

Dan aku, aku sendiri tak tahu aku yg mana.  Aku bukanlah berketurunan pendidik.  Tetapi aku mahu menjadi pendidik.  Aku tahu, bukan mudah untuk menjadi "cikgu" dimata anak murid dan guru-guru lain serta pentadbir sekolah.  Byk yg harus aku tempuhi.  Tidak semudah seperti yg dilafazkan olh org lain.  Memikirkan apa yg bakal aku ajar juga buat aku bertambah berdebar.  "Practice make perfect"...In Shaa Allah...Aku harap pengalaman mengajar dulu tidak selamanya menjadi mimpi ngeri dalam hidup aku.  Aku mahu pendidik yg mampu mendidik dan bukan sahaja mampu mengajar.  Bak kata kawan aku, Sut, "persediaan mental dan fizikal kena cukup mantap"...Bila ramai diantara kawan2 aku yg telah berjaya jalani microteaching dgn baik, aku juga mahu menjadi seperti mereka.  Semoga Allah permudahkan urusan aku dan kawan2 yang lain...Aminn..



Sunday 16 June 2013

Terasa kehilangannya...

15 Jun 2013, aku dikejutkan pemergian seorang kawan lama kira-kira jam 8.00 malam melalui FB dari seorang rakan yang lain tentang pemerginya beberapa minit yang lepas. Arwah ialah Nawawi Bin Ahmad.  Meskipun dah lebih 24 jam arwah pergi ketika ini, perginya telah memberikan sedikit kesan dalam hati aku.  Aku kenal arwah sejak tadika lagi.  Seterusnya kami sekolah agama bersama.  Sekolah rendah harian dan sekolah menengah dan seterusnya kami tidak bersama.  Waktu dizaman sekolah dulu, arwah cukup berminat dengan kawan aku yg bernama Amalina.  Mereka berkawan rapat mungkin sejak dari darjah 4 lagi.  Mereka sangat pandai menyimpan rahsia.  Dan mereka tetap terus menjalinkan hubungan sekian lamanya sehinggalah mereka bertunang dan merancang perkahwinan awal Disember tahun lepas.  

Ajal,rezeki dan jodoh segalanya di tangan Allah...Dalam usaha mengecapi kebahagiaan, arwah yg aku lebih selesa panggil wawi,(tetapi kawan2 lain dan family panggil awie) disahkan mengidap kanser.  Akibat dari penyakit itu mereka menangguhkan perkahwinan mereka.  Allah memberi mereka ujian.  Kak long pernah bagitahu aku yg keluarga wawi pernah datang berjumpa keluarga amalina utk putuskan pertunangan bila wawi sakit kanser.  Tetapi keyakinan keluarga amalina dan amalina sendiri menolak permintaan itu kerana sanggup menunggu sehingga wawi sembuh sepenuhnya.  Lama juga rasanya wawi cuti bekerja untuk jalani rawatan kemo dan rawatan2 lain.  

Dan mengikut pandangan mata aku, wawi dah sihat dari sakitnya lpas jalani pemedahan di kaki dan jalani rawatan susulan.  Segar nampak wajahnya seperti dulu.  Tetapi Allah lebih mengetahui segalanya.  Kesihatan sihat dipinjamkan seketika.  Wawi sempat bekerja semua lebih kurang sebulan dan kesihatannya merundum terus selepas  itu.  Doktor sahkan sel kansernya telah merebak kebahagian lain.  Kali ini lebih teruk dari yang mulanya.  Semakin hari semakin teruk dan akhirnya doktor hanya dapat berjanji akan lakukan rawatan terbaik untuk wawi.  

Amalina kata dia sempat berbual dengan wawi 3 hari sebelum arwah menghembuskan nafasnya yang terakhir.  Ajal sampai dulu sebelum jodoh.  Belum sempat menikmati kebahagiaan, Allah telah ambil wawi untuk kembali disisiNya.  Kalau aku di tempat amalina, aku x tahu sama ada aku kuat atau tidak harungi semua ini.  Allah lebih sayangkan wawi.  Semoga arwah tenang disana dan ditempatkan dikalangan hamba-hambaNya yang beriman.  Untuk amalina, semoga kau jumpa orang yang lebih baik dari wawi sebagai jodoh kau yang kekal seperti yang telah Allah tuliskan di Luh Mahfuz...In Shaa Allah...Al-Fatihha...

Mcm aku kata tadi, mereka pandai simpan rahsia hubungan mereka...Nak kesan gambar mereka berdua memang payah...Ni la sekeping gambar yg aku jumpa...Gambar diambil bersama keluarga wawi sewaktu musim hari raya tahun lepas...


Gambar dari fb arwah wawi yg diupload pada 20 May 2013...Nampak segar muka arwah ketika ini...


Gambar diupload di fb pada 28 May 2013...Ketika ini arwah dimasukkan semula ke hospital dan kesihatan telah mula merosot...


Status terkahir yang beliau tulis di wall fb nya...


Status amalina yg ditulis 29 May 2013...Tiada lain memohon agar mereka tabah menerima ujian ini dan tak mampu melihat air mata tunangnya lagi...


Status dari kakak yg menjaga arwah di wad sepanjang arwah berada di hospital...Arwah sedang berperang melawan penyakitnya dengan ketabahannya...


Perbualan arwah bersama kakaknya beberapa hari sebelum arwah menggembuskan nafasnya yang terkahir...


Selepas aku mengetahui pemergian arwah, terus aku pm amalina dan kebetulan dia menjawab pm aku ketika itu...

Dari Allah kita datang, dan kepadaNya jualah kita kembali...Allah menjemput tidak mengira tempat dan usia...Al Fatihha...