HANYA AKU...

HANYA AKU...

Sunday 16 February 2014

Tinta Praktikum Part 5

Baru seminggu menjalani praktikum aku dah balik kampung. Aku balik sebab nak hantar kereta abang aku. Dapatlah sedikit ketenangan bila berada kat kampung, tetapi kepala tetap ingat dengan sekolah. Risau memikirkan induksi dan aktiviti apa yang nak dijalankan. Apa yang aku teruja mahu bercerita kat sini ialah tentang perjalanan balik aku ke SB siang tadi. Kebiasaanya, jika aku mahu balik ke TM, aku akan membeli tiket bas awal dengan masa yang aku mahukan. Tetapi kali ini aku langsung tidak membeli kerana tiada kesempatan masa untuk aku ke bandar membeli tiket. Dengan yakinnya aku harap tiket pukul 11 pagi ke Puduraya ketika itu masih ada. Bila aku mahu membeli, tiket untuk ke Pudu untuk pukul 11 telah kehabisan, tiket seterusnya adalah pada pukul 1 petang. Hanya bas Konsortium yang mempunyai perjalanan Melaka-Pudu. Bas-bas lain ke TBS. Aku dah janji dengan Farikha untuk balik bersamanya ke SB dengan cara aku perlu ke TM terlebih dahulu. Kami perlu bergerak dari TM ke SB paling lambat pukul 3 petang kerana jalan yang bakal kami lalui nanti sangat sunyi. Aku perlukan juga tiket pukul 11 pagi. Pekerja di kaunter tiket minta aku bertanya kepada driver bas kalau-kalau ada penumpang yang tidak naik ketika itu. Bas mahu bergerak 5 minit lagi. Aku berharap sangat ada penumpang yang tak naik ketika itu. Jadi, driver bas tu minta aku tunggu sekejap. Jam menunjukkan pukul 11 pagi, driver bas itu memanggil aku dan katanya 1 tempat kosong di belakang tempat duduk paling belakang. Aku perlu menyelak langsir yang ada dan menanggalkan kasut.  Driver bas hanya mengenakan aku RM 10 sahaja sedangkan hanya tiket bas biasa RM 12++. 


 Disebalik langsir inilah aku duduk...



Sebelum bas bergerak, skodeng penumpang lain dulu...Hehehe...


Masih ada ruang juga kalau nak jenguk orang luar...

Hanya 4 penumpang yang duduk di belakang sekali tahu aku duduk di tempat duduk khas. Sebenarnya, ia buka kerusi tetapi sebuah katil untuk pemandu bas tidur/berehat jika tiada perjalanan. Maka, aku perlu berbaring. Sejuk boleh tahan juga sebab sumber air-cond berada di kepada dan bahagian kaki. Maka, aku berbaringlah sambil main hp.


Jeng3...inilah tempat aku...Jom zzz...


Telah menjadi kebiasaan aku apabila naik bas akan menjadi mudah tidur. Kebiasaanya, jika aku tidur dalam bas sambil duduk aku akan terjaga 2 kali sebelum sampai ke Pudu, tetapi kali ini aku tidur dengan betul2 nyenyak sampai aku terjaga bila bas keluar dari tol. Ketika itu mata masih mengantuk lagi. Mahu tak lena, kena air-cond yang cukup dan dalam keadaan berbaring. Walaupun aku berada di tempat itu, aku rasa ia selesa. Pengalaman berharga buat aku. Tak semua orang dapat rasa menaiki bas dan kerusinya adalah sebuah tilam yang selesa. Bila bas sampai sahaja, akulah orang terakhir yang turun. Senyum dihadiahkan dan ucapan terima kasih diberikan kepada pemandu bas. Akhirnya, aku sampai jua di Pudu pada masa yang aku kehendaki. Seterusnya, aku dapatkan tiket oukul 1.30 petang dan aku sampai di TM pukul 2.45 petang. Farikha ambil aku pukul 3.10 petang sebab dia hantar adiknya ke KTM terlebih dahulu dan selepas itu kami terus balik ke SB. Sebelum sampai rumah, kami singgah di pasar malam untuk membeli kudapan untuk minum petang. Esok akan bermula minggu ke-2 buat aku dan rakan-rakan. Kami ada 14 munggu lagi. In Shaa Allah, semuanya akan berjalan dengan lancar. Tekadkan azam dan betulkan niat. Lillahitaala…

No comments:

Post a Comment