HANYA AKU...

HANYA AKU...

Friday 7 February 2014

Tinta Praktikum Part 1

Semalam merupakan perjalanan pertama aku ke Sabak Bernam. Bakal memulakan praktikum beberapa hari lagi.  Seperti biasa perjalanan aku ke tempat baru ini berseorang diri. Berat hati meninggalkan mak yang tidak berapa sihat. Banyak pesanan mak. Sebelum melangkah pergi, aku pesan pada mak supaya makan ubat, ada 1 pesanan azimat untuk aku sebagai pegangan yang hakiki.  “ Jangan tinggal sembahyang”. Ya, aku tahu. Sembahyang tiang agama. Kalau tak sembahyang, bermakna kita tiada tiang. Kalau rumah tiada tiang, pasti roboh. Kalau hidup tidak solat, pastu rapuh. Itu pesanan mak sejak dulu lagi.

Perjalanan melalui lebuh raya Gutrie melalui Latar---> Kuala Selangor---> Tanjong Karang ---> Sekincan---> Sungai Besar---> Sabak Bernam. Tak susah juga sebab jalannya yang lurus dan keadaan jalan yang sempurna.
Kedatangan aku di sambut oleh tuan rumah dengan mesra. Telah disediakan air milo dan pisang goreng. Rumahnya memang luas dan besar.



Alang-alang dah lalu tempat yang ada makanan menarik, singgah sekejap untuk beli.


Hari ini sudah mula terasa kebosannya. Tanpa Wifi dan TV. Hanya berbekalkan langgan internet harian di HP sahaja. Menjelang tengah hari, aku mula keluar untuk mengira jarak untuk ke sekolah. Pergi melawat sekolah kawan-kawan juga. Pergi ke bengkel yang pernah aku singgah dulu untuk mencari botol kosong  untuk membeli petrol kerana aku dah janji dengan  kawanku, Sutra untuk mengambil motor di SkyNet Sungai Besar selepas dia balik dari sekolah.

Malang tak berbau. Setiap yang berlaku, pasti ada hikmahNya. Aku pergi mengambil motor dengan menumpang kereta Sutra. Sewaktu dalam perjalanan, petrol yang aku beli telah tertinggal di dalam kereta aku. Ermmm, nak berpatah balik aku bimbang kami tak sempat sampai sebelum pukul 5. Jadi, kami tawakal. Petang itu, Sut juga ada urusan. Aku suruh dia pergi dahulu tetapi dia sanggup menunggu sehingga urusan aku selesai. Jadi, aku memulakan perjalanan dengan motor untuk balik ke rumah manakala Sut terus balik ke rumahnya. Aku tahu petrol memang tiada. Untuk sampai ke stesen minyak memang jauh. Jangkaan aku tepat, motor terberhenti di tepi jalan. Berhadapan pejabat pos. Nasib aku sangat baik kerana sebelah pejabat pos ada bengkel kereta. Aku bagitahu masalah aku pada taukeh bengkel kedai tersebut, tauke tersebut mengarahkan stafnya ke stesen minyak untuk membeli minyak. Dia kata,”saya tolong awak sahaja, jangan bimbang. Sampaikan untuk tuang minyak ke dalam tank pun, dia arahkan stafnya yang buat. Akhir sekali sebelum aku bergerak, katanya “selamat datang ke sungai Besar”…Hehehehe…

Bila sampai kat rumah, di HP ada 1 pangilan tak berjawab dan mesej tidak berreply. Selepas aku membalas, mama en <3 pun menghubungi aku semula. Macam-macam nasihat sebelum praktikum diberikan. Ketika ini sekolahnya menerima 8 orang guru praktikum 5 orang dari IPG dan 3 dari UPM. Baru 2 minggu IPG berpraktikum salah seorang telah mendatangkan masalah kepada pihak sekolah dan tindakan pelajar tersebut telah naik ke PPD. PPD telah menghubungi IPG. Pesan mama en <3, supaya aku menjaga diri. Masuk tempat orang, ikut cara orang.



In Shaa Allah, aku harap aku dapat membiasakan diri. Di mana aku berdiri, di situ aku menabur bakti. Masalah rumah masih belum selesai. Aku harap ianya akan ada jalan keluarnya nanti…Aminn

No comments:

Post a Comment