HANYA AKU...

HANYA AKU...

Sunday 9 March 2014

Tinta Praktikum Part 9

Bosan tak tahu nak buat apa malam ni. X de keje???Ermm ada saje keje sebenarnya tetapi macam malas je nak sentuk semua keje tu. Tesis dah stuck sekian lama, nak menanda PBS pelajar pun rasa malas, nantilah aku selesaikan. BBM tuk esok, selesai dah. Pastinya kelas selepas perhimpunan tak akan sempat untuk berlaku P&P. Dah 2 minggu berlaku perkara yang sama. Perhimpunan melebihi masa jadi P&P tak dapat dijalankan. Aku masuk juga ke kelas walaupun berbaki 10-15 minit sahaja. Biasanya aku minta buku nota / latihan di hantar untuk aku semak ketika itu juga. Bagi kelas selepas rehat pula, aku dah siapkan latihan pengukuhan untuk dibuat dalam kelas esok memandangkan rabu adalah hari ujian bulanan mereka untuk mata pelajaran aku. Semoga dapat menjawab yer anak2. Baju untuk dipakai sehingga Sabtu dah selamat digosok petang tadi, jadi yang aku ada hati untuk lakukan adalah menulis blog. Hehehehe...

Aku nak bercerita apa yang telah aku lakukan selama 2 hari aku bercuti. Sepatutnya aku ada pemilihan badminton lelaki semalam, tetapi dek kerana asrama tiada air, pelajar dibenarkan balik dan pemilihan ditunda pada 1 tarikh yang belum ditetapkan lagi. Jumaat haritu bila Farikha mau balik kg dan Nurul perlu menghantar pelajar ke Damansara dan bermalam, aku dah mula merasakan yang merasa kebosanan keseorangan. Terasa mahu balik ke TM kerana ada urusan bank yang perlu aku selesaikan. Maka aku pun meminta pandangan dari seorang kawan yang faham aku jenis yang macam mana dan bagi aku dia ada deria rasa yang bagus kerana kadang-kadang apa yang dia rasai benar-benar berlaku.

 
Ada dialog lain sebenarnya, dia tanya nak buat apa, tidur mana, berapa lama dan lain2 lagi. Aku ringkaskan yang ini sahaja.


Oleh kerana pendapat ke Tanjong Karang tidak diberi jawapan, maka aku berpendapat tidak bahaya aku keseorangan ke Tg Karang. Hehehe...Jadi, aku PM kawan2 yang ada di Tg Karang menyatakan hasrat hati. Pada asalnya aku bercadang untuk gerak ke Tg Karang Sabtu pagi. Tetapi aku cuba sepantas boleh menyiapkan kerja2 aku dahulu supaya aku dapat pergi ke Tg Karang dgn hati yang tenang. Aku tidur sekejap, dan bangun terus menyiapkan latihan pengukuhan untuk anak murid hari Isnin nanti, mengedit semula soalan ujian bulanan selepas di semak oleh guru pembimbing dan printkan semula, membasuh baju serta sidaikannya dan membuang sampah sisa bahan mentah didapur. Ya, aku dapat buat sehabis cepat yang boleh jadi aku boleh bertolak malamnya juga. Usai mengemas beg, mandi, makan dan solat magrib aku bergerak ke Tg Karang dengan berbekalkan doa dan tekad. 7.55 malam aku mulakan perjalanan dengan Bismillahhirrahmannirrahim...


Berbekalkan slim beg, beg sandang dan Cik Bulat kesayangan...

Tanpa memberitahu mereka yang aku telah menukar perjalanan dari pagi Sabtu ke Jumaat malam. Tujuan nak membuat suprise kat mereka. Sampai aku di pinta pagar sekolah SMK Dato Harun tepat 8.55 malam. Sejam perjalanan aku. Pedih gak mata sebab kumbang2 sesat yang termasuk ke mata. Aku laporkan diri di post pengawal meminta izin untuk ke kuaters guru pelatih. Aku dibenarkan masuk dan perlu melaporkan diri di post kedua iaitu post pengawal asrama. Sekali lagi aku nyatakan hasrat ke kuaters guru pelatih, jadi aku ditunjukkan lokasinya. Terdetik juga dihati, ada 2 kereta sahaja ketika itu. Rumah mereka pun gelap. Jadi, aku hubungi mereka...Hahahahaa....Sah, mereka keluar. Mereka ke Giant membeli barang-barang dapur. Baru sahaja sampai di Giant. Aku katakan pada mereka, selesaikan tugasan mereka dulu aku tunggu di sekolah. Errmmm...Jarak rumah mereka dengan Giant sekitar 20 minit. Jadi, aku ambil keputusan untuk ke Giant. Sampai aku di Giant, aku lihat hp terlalu banyak miss call..Jadi, aku hubungi mereka. Hahahaha....Sekali lagi "wakenanbeb” berlaku. Mereka balik ke rumah untuk mengambil aku tetapi aku dah sampai Giant. Hahaha....Jadi kali ni, mereka suruh aku tunggu sahaja di Giant kerana mereka mahu mengambil aku untuk ke funfair kerana Aina teingin sangat mahu ke sana. Funfair tersebut sebelah Giant. Rasanya aku pun sudah lama tidak ke funfair. Selepas mereka mengambil aku, kami ke funfair. Beberapa permainan yang mencabar kami main. Terjerit-jerit kami. Tapi Aina “biasa” sahaja walaupun keadaan curam dan laju. Yana berpasangan bersama aku. Yana takut jadi dia cerita sambil pejam mata dan selalu bertanya “bila nak berhenti nie”...Hahaha....

Selesai bergembira, aku dihantar ke tempat parkir moto dan kami berjanji untuk jumpa di kedai makan berhampiran dengan kuaters mereka untuk makan malam.  Selepas makan, barulah aku dapat masuk rumah mereka. Bersih, selesa dan lengkap. Bilik seorang satu. Jadi, aku diberi pilihan untuk tidur dimana-mana bilik. Aku ambil keputusan untuk tidur di bilik Yana. Rumah mereka ada extra tilam dan bantal. Aina sarungkan cadar dan sarung bantal yang baru tuk aku. Selesai Isyak, semua masuk ke bilik. Aku berborak dengan Yana pasal sekolah masing-masing sehingga jam 2 pagi.


Aku cilok gambar ini dari ig Aina...Hehehe...


Sabtu

Selepas solat subuh aku sambung tidur. Aku terjaga jam 10.30 pagi. Ermmm...Dah la tetamu, bangun lambat lak tu. Di rumah sewa sendiri pun aku tak bangun selewat itu. Mungkin kerana rumah mereka terasa sejuk. Rumah dikelilingi rimbunan pokok yang menjadikan rumah mereka redup. Brunch kami disediakan oleh Yana. Aku bangun hidangan dah tersedia. Tak tahulah bila dia buat sebab ketika aku bangun, dia masih tido...Hehehe...

Seperti yang dirancang, aku mahu kembali ke Sabak Bernam selepas solat magrib. Tetapi aku ditahan oleh mereka kerana mereka mahu mengajak aku ke Damansara rumah Ika untuk menghantar baju dan barang-barang Ika.

Selepas solat Zohor, aku ikut Yana ke Bank Islam untuk keluarkan duit. Selepas itu dia membawa aku melawat sekolahnya. Agak jauh juga mahu ke sekolahnya. Tak heranlah Yana paling awal keluar dari rumah. Sepanjang perjalanan akan jumpa sawah padi yang menghijau. Cantik....Seterusnya Yana membawa aku ke sekolah Aina.


Sekolah Yana


Sekolah Aina


Cadangnya kami mahu bertolak ke rumah Ika sekitar 5 petang selepas Aza balik dari program Ladap sekolahnya. Program Aza habis lambat. Jadi kami berbincang lagi samada teruskan niat ke Damansara atau tidak. Cadangan Aza, kami check-in di mana-mana hotel budget tetapi Yana tak mahu sebab takut. Cadangan lain overnite di I-City menikmati malam tetapi Yana tak mahu sebab dia perlukan tilam untuk tidur dan tidak mahu berjaga. Andaian kami, kami akan tempuhi jem kerana kami sudah lewat untuk bertolak dari perancangan awal. Jadi, keputusan di capai ialah batalkan niat dan jumpa Ika nanti semasa pengambilan vaucer buku pada minggu hadapan. Pengisian petang kami, Yana bawa kami ke Pantai Redang. Pantai yer bukan Pulau Redang. Hehehe...Yana sendiri pun tak pernah sampai. Kami berpandukan signboard.
Selepas mengambil angin petang, Aza teringin untuk makan seafood yang makanan yang boleh dipilih. Jadi kami singgah di restaurant ikan bakar sekincan yang terletak di dalam Sekin Hotel dan Resort. Pilihan makanan tidak terlalu banyak. Sangat terhad. Jadi, tak jadilah nak makan malam disitu. Tetapi ada daya tarikan di situ. Pengunjung boleh membeli makanan ikan dan memberi ikan makan di kolam. Banyak giler ikan dalam kolam tu.



Selesai beri ikan makan, akhirnya kami ambil keputusan untuk makan satay sahaja. Restaurant satay yang popular di Tg Karang, Satay Hut...Jangan ingat pizza jer ada hut, satay hut pun ada. Susah jugak nak dapatkan parkir. Ramai sangat pengunjung. Kami magrib di Satay Hut secara bergilir dan memesan satay bersaiz biasa dan bersaiz besar. Memang besar.


Seterusnya, kami berfikir untuk mengisi masa malam yang masih muda. Jadi terlintaslah mahu ke Kg Kauntan mahu melihat kelip-kelip. Aku melihat GPS dan Yana memandu mengikut pengalaman dia pernah melihat sighboard ke lokasi kelip-kelip kg kuantan. Ketika GPS menyatakan kami perlu u-turn semula, Yana kata kita perlu teruskan mengikut pengalaman dia. Mungkin GPS menipu, jadi GPS di off kan. Nak dijadikan cerita, memang kami jumpa signboard yang dicari tetapi kami perlu melalui jalan yang sunyi tanpa lampu jalan serta kiri dan kanan jalan adalah pokok kelapa sawit. Yana cuba memecut kereta, tetapi Aza pula tak benarkan kerana takut ada binatang melintas mengejut. Aina diam sambil berzikir dan aku membantu mereka melihat jalan yang gelap itu. Ya, akhirnya kami sampai tempat dituju. Selepas bertanya dengan orang disitu, rupanya kami telah lalui jalan yang jauh. Jalan yang dekat adalah jalan berpandukan GPS tadi. Jalanraya besar dan bukannya jalan yang sunyi sepi.

Inilah pengalaman pertama aku menaiki sampan. Ini juga pengalaman pertama aku menyusuri sungai yang gelap untuk melihat ribuan kelip-kelip. Kelip-kelip sangat suka pada pokok berembang kerana dipokok inilah kelip-kelip mencari makanan. Aku duduk dibahagian depan sampan dengan Yana, Aza dan Aina dibahagian tengah. Maksimum sebuah sampan untuk 4 orang termasuk pendayung 5 orang. Yana dah peluk erat tangan aku kerana takut pada gelap dan takut sampan terbalik. Aina memberanikan diri kerana dia takut pada air kerana pernah ada pengalaman lemas.  Bila sampan membawa kami dekat dengan kelip-kelip, kami dapat pegang kelip-kelip tersebut. Tiada apa yang mampu diungkapkan selain Subhanallah kerana sungguh cantik suasana dan ciptaan itu. Cantik sangat. Ribuan banyaknya..Lebih 20 minit kami dibawa menyusuri sungai untuk melihat ciptaan Allah yang kecil ini tetapi hebat. Perjalanan balik aku yang pandu. Kesimpulannya, kadang-kala sesuatu perkara yang tidak dirancang ianya menjadi sesuatu yang menggembirakan.



Gambar nie aku ambil kat google...Camera kitaorang x jelas nak ambil gambar kelip-kelip..Cuba korang bayangkan di malam yang gelap, korang dapat lihat kelip-kelip kat pokok berembang nie pastu bila datang dekat korang dapat pegang kelip-kelip tu pastu kelip-kelip tu terbang. Ada yang ke kepada korang ada yang ke baju korang...Kelip-kelip tak menggit...Indah ciptaan Allah...



Ahad

Tiada pengisian apa-apa hari ini selain memikirkan masa yang sesuai untuk bertolak balik ke Sabak Bernam. Dari pagi ke tengahari, akhirnya aku ambil keputusan untuk gerak sama masa dengan Farikha walaupun di laluan berbeza. Walaupun masih panas  terik, aku perlu bertolak balik. Singgah sekejap membeli mentarang bakar untuk santapan malam kami nanti. Lauk Farikha bawa dari rumah pun banyak Alhamdulillah...Kenyang...1st time Farikha makan mentarang dan telah jatuh hati.

Inilah cerita tentang aku dihujung minggu ke 4 praktikum. Masih mengidam nak makan ikan bakar di Jeram tetapi tak tahu bila dapat sampai. Lagipun ada insan yang janji nak bawak kan...kan...kan...Hehehehe....

No comments:

Post a Comment