HANYA AKU...

HANYA AKU...

Wednesday 5 March 2014

Tinta Praktikum Part 8

Menjalani kehidupan sebagai guru praktikm telah menjadi lali. Dah masuk minggu ke empat pun bermakna hampir sebulan aku menjadi warga Star Putra. Menjalani rutin datang pagi, tulis kedatangan, ke bilik guru, duduk belek nota apa yang perlu dilakukan, sarapan pagi dgn guru-guru lain, masuk ke kelas untuk mendidik, relief kelas jika ada, tulis rph, balik, singgah fotostat kalau ada dan sampailah rumah....Kehidupan hampir sama sepanjang tempoh bekerja.  Secara jujurnya aku masih tak boleh hafal lagi lagu Negeri Selangor dan lagu sekolah. Hehehe...

Aku ingin bercerit tentang anak-anak muridku 4UKM. Di STARP susunan kelas mengikut nama-nama universiti di Malaysia. UM, UIA, USM, UMM, UUM, UKM, UPM,UPSI....hahahaha...bayangkan UPSI berada di kelas paling belakang. Malu tak? Ermm...Tapi sekarang UPSI dah tiada dalam senarai. Hanya sehingga UPM.  4UKM merupakan kelas opsyen degree aku. Kelas aliran perdagangan dan seterusnya mengambil ERT untuk menengah atas. Kelas 1Malaysia. Ada lelaki melayu, lelaki cina dan lelaki india manakala perempuan juga begitu. Muhibbah...Kalau kawan-kawan aku yg mengajar ERT tingkatan 4 akan mendapat pelajar semuanya perempuan, tidak bagi aku. Aku hanya ada 8 perempuan dan 15 orang lelaki. Hahaha....Mereka di antara murid terawal aku. Kenakalan mereka sangat luar biasa.  Kebanyakkan murid melayu lelaki tidak minat langsung dengan subjek ini. Sangat suka bermain. Mengajar 2 masa sama seperti mengajar seharian dia punya penat. Penat badan, penat menjerit. Tongga atau nama sebenarnya Muhammad Fazly Ritongga pernah berterus terang dengan aku yg dia tak minat langsung subjek ini dan tidak minat langsung belajar lagi. Mudah jawapan aku padanya, "berhenti belajar dan bekerjalah". Bila di tanya apa yang dia suka buat, katanya karaoke dan snooker. Ermmmm...

Murid pertama yang namanya aku ingat adalah Danial. Danial ni nakal dia lain macam. Sangat hyper aktif. Kedepan dan kebelakang kelas dgn pantas. Sekelip mata dia menghilang, tahu2 dia dah duduk bawah meja. Hyper aktifnya suka mengganggu kawan-kawan yang mahu belajar. Pernah 1 hari aku bertanya pada dia, dia makan apa kat rumah sampai hyperaktif sgt. Katanya, " makan macam biasa ler cikgu"...Aku pernah tegur dia sebab setiap kali aku dekat dengan Danial, pasti ada bau rokok. Tapi dia kata, dia tak merokok. Orang lain yang sembur asap rokok di bajunya. Ermmm...Tahu sangatlah dia sedang menipu. Danial ni macam tyko besar. Dia kacau orang boleh, kalau org nak balas, dia dah bersedia nak membalas. Alah2 gangster. Ramai yang boleh ponteng kelas ikut Danial. Di gelar "abe" oleh sesetengah pelajar. Pernah satu ketika aku menyiapkan kerja seorang diri dalam perpustakaan, tiba2 Danial masuk dan menyapa aku dan terus ke rak mengambil sebuah buku dan duduk membaca. Pelik juga aku ketika itu, seorang yang nakal boleh ke library tuk membaca. Tetapi beberapa minit kemudian , kawan-kawan Danial yang lain pula masuk...Ermmm...mungkin mereka lari dari mana-mana cikgu agaknya. Selepas itu, Danial orang pertama keluar dan yang lain semua simpan buku untuk keluar. Pernah aku keluar makan malam di sebuah kedai. Lepas order kami tunggu hidangan sampai. Danial yang hantar makanan. Terkejut jgk aku. Sapaanya sambil meletakkan nasi goreng kami, "jemput makan cikgu". Pantas keluar dari mulut aku, "ni baru anak murid cikgu". Senyum dibalasnya. Rupanya tu kedai makan keluarga Danial. Baik betul tingkah lakunya. Berbeza dengan di sekolah. 

Beralih kepada Tongga. Murid yang langsung tiada minat untuk belajar. Cerita tentang Tongga dan keluarga pernah menjadi bualan guru-guru dibilik guru. Tongga sifatnya, dia boleh mengusik orang lain tetapi tidak boleh dirinya diusik, cepat naik hanginnya. Tongga suka mengejak nama bapak orang lain, bila orang lain membalas mengejek dia, mulalah dia bangun untuk membelasah orang lain. Aku pernah cakap yang dia hati kaca vs kapas. Tak boleh di usik. Tanpa Danial, orang lain masih takut untuk ponteng kelas. Jika Danial tak hadir ke sekolah, mereka yang lain akan masuk ke kelas untuk bermain dari menunjukkan tak minat belajar. Sampaikan aku terpaksa mengikat semua mesin jahit kaki untuk tidak mahu mereka bermain mesin jahit ketika aku mengajar. Aku juga terpaksa memangsang kunci di bilik pengurusan diri kerana tidak mahu ada yang sengaja berbaring atas tilam. Besar aku letak mangga. Padan muka mereka.Hahaha...

Isnin lepas, aku mula masuk tajuk RDA. Tajuk yang keluar ujian bulanan 1 sebagai soalan esei yang perlu mereka tunjukkan jalan kira pengiraan. Ketika ini barulah aku nampak siapa mereka. Ada diantara mereka yang terus tidak punyai minat belajar dan ada yang mahu mencuba menjawab latihan yang aku bekalkan. Aku perlu memerhatikan setiap seorang. Lagi menyedihkan ada diantara mereka yang tidak tahu menggunakan kalkulator saintifik. Aku tunjukkan cara menggunakan kalkulator. Mereka bukan darjah 4 tetapi sudah tingkatan 4. Penguasaan penggunaan kalkulator masih lemah. Selagi mereka mahu belajar, aku akan terus menunjuk untuk mengajar. Ada juga diantara mereka berkata begini, "cikgu, tak de soalan yang lebih mencabar dari ini ke? senang sangat..." Bila aku semak, memang semuanya betul. Kan, nakal tak bermakna tidak pandai. Cuma banyak bermain sahaja. 



Kenakalan Tonggga dan Ikmal yang tidak mahu belajar dan cubaan menggangu orang lain yang ingin belajar menyebabkan kesabaran aku tidak boleh ditahan lagi Aku halau keduanya keluar dari kelas. Ikmal dengan berani keluar ketika itu. Aku dah tak mahu peduli apa yang dia nak lakukan. Tongga aku tidak pedulikan. Kawan-kawan lain terus buat latihan. Akhirnya aku memanggil Tongga dan tumpuan beralih kepadanya. Satu persatu aku tunjukkan cara. Malah aku tunggu dia membuat latihan. Agak susah untuk dia faham, tetapi aku terus mencuba. Dan akhirnya dia diam keseorangan menyelesaikan masalah. Kupinjamkan kalkulator untuk dia mengira. Selepas beberapa ketika, dia memaggil lagi. Ya, Tongga faham apa yang aku ajarkan walaupun ada sedikit kesalahan. Kawan-kawan mula mengusik dia, "relax la Tongga, jangan stress". Kali ini Tongga tidak membalas, terus membuat latihan. Akhirnya untuk pertama kalinya aku dapat menjinakkan Tongga. Mungkin sebab kawan sejatinya Ikmal telah keluar entah kemana. Tak bermakna nakal itu tidak pandai. Sebelum kelas berakhir, Ikmal masuk semula ke dalam kelas. Tteapi aku malas untuk mengambil tahu tentangnya. 

Keesokkannya, ketika aku mahu ke library kumpulan Tongga dan geng melepak di depan koperasi kerana waktu rehat ketika itu. Tongga segan silu dan masih menghadiahkan senyuman untuk aku. Yang lainnya minta dibelanja  aiskrim tetapi aku malas mahu melayan. Tiba-tiba ada 1 suara bercerita, "semalam Tongga kena marah dengan cikgu tu. Duduk aje tak gerak2 buat keje". Disambut gelak ketawa orang lain. Aku tahu mereka sedang menegusik Tongga.

Hari ini, selepas balik dari koku aku sengaja melalui laluan jauh. Maka terserempaklah aku dengan anak-anak bujang 4UKM ini yang sememangnya telah ponteng koku hari ini. Menyapa aku dengan panggilan "cikguuuuu". Hai anak bujang, sampai bila nak memonteng sana sini, sampai bila nak main-main, sampai bila nak jadi bualan guru2 lain. Berubahlah anak2. Esok, cikgu akan buat latihan lagi tajuk RDA. Jangan ponteng kelas lagi. Danial, Fatahillah, Fauziah, Nazira, tolonglah datang sekolah esok. Kamu perlu didedahkan dengan RDA. Cikgu risau kamu tak dapat jawab masa peperiksaan nanti. Cikgu sayang 4UKM nie. Nakal2 kamu adalah cabaran untuk cikgu menjadi guru.  Cara untuk mendalami mereka ada dengan cara menjadi kawan kepada mereka dengan batasan.

No comments:

Post a Comment