HANYA AKU...

HANYA AKU...

Friday 28 March 2014

Tinta Praktikum Part 10

Cuti penggal pertama persekolahan dah tinggal 3 hari je lagi. Tak puas rasanya cuti. Lepas ini akan mula mengira untuk cuti pertengahan tahun pulak. Praktikum berbaki 3 bulan lagi. Alhamdulillah, observe pertama dari pensyarah penyelia dah selesai. Observe kedua akan berlaku pada cuti semester UPSI. Pensyarah dah bagitahu mahu menilai kelas amali tingkatan 4. Aku juga dah berbincang dengan guru pembimbing untuk menukar RPT untuk memberi laluan kepada tajuk masakan dulu.

Aku ada beberapa perkara yang perlu dilaksanakan selain menulis RPH dan membuat BBM sebagai rutin harian sekolah. 
1- Arahan dari Ketua Bidang untuk aku mencantikkan bilik jahitan dan bilik masakan. Bilik jahitan dah selesai. Bilik masakan minggu hadapan dengan mahu mencuci bilik tersebut dulu. 
2- Mendapatkan maklumat murid yang akan ke UPSI untuk dihantar ke PPD. Maklumat kena hantar ke PPD 5 minggu sebelum program.
3- Siapkan surat untuk minta sumbangan Koperasi, PERMATA, PIBG dan Unit Koku untuk program ke UPSI. 
4- Soalan untuk peperiksaan pertengahan tahun sudah boleh mula mencari sebab lebih kurang sebulan lagi mereka dah mula periksa.
5- Memasukkan data PBS offline pelajar tingkatan 2 di bilik PBS.  

Rasanya itu sahaja yang mampu aku ingat buat sementara ini. Banyak benda lagi yang perlu aku selesaikan. Mood cuti lagi, masih belum fikirkan tentang BBM hari Isnin...

Sunday 9 March 2014

Tinta Praktikum Part 9

Bosan tak tahu nak buat apa malam ni. X de keje???Ermm ada saje keje sebenarnya tetapi macam malas je nak sentuk semua keje tu. Tesis dah stuck sekian lama, nak menanda PBS pelajar pun rasa malas, nantilah aku selesaikan. BBM tuk esok, selesai dah. Pastinya kelas selepas perhimpunan tak akan sempat untuk berlaku P&P. Dah 2 minggu berlaku perkara yang sama. Perhimpunan melebihi masa jadi P&P tak dapat dijalankan. Aku masuk juga ke kelas walaupun berbaki 10-15 minit sahaja. Biasanya aku minta buku nota / latihan di hantar untuk aku semak ketika itu juga. Bagi kelas selepas rehat pula, aku dah siapkan latihan pengukuhan untuk dibuat dalam kelas esok memandangkan rabu adalah hari ujian bulanan mereka untuk mata pelajaran aku. Semoga dapat menjawab yer anak2. Baju untuk dipakai sehingga Sabtu dah selamat digosok petang tadi, jadi yang aku ada hati untuk lakukan adalah menulis blog. Hehehehe...

Aku nak bercerita apa yang telah aku lakukan selama 2 hari aku bercuti. Sepatutnya aku ada pemilihan badminton lelaki semalam, tetapi dek kerana asrama tiada air, pelajar dibenarkan balik dan pemilihan ditunda pada 1 tarikh yang belum ditetapkan lagi. Jumaat haritu bila Farikha mau balik kg dan Nurul perlu menghantar pelajar ke Damansara dan bermalam, aku dah mula merasakan yang merasa kebosanan keseorangan. Terasa mahu balik ke TM kerana ada urusan bank yang perlu aku selesaikan. Maka aku pun meminta pandangan dari seorang kawan yang faham aku jenis yang macam mana dan bagi aku dia ada deria rasa yang bagus kerana kadang-kadang apa yang dia rasai benar-benar berlaku.

 
Ada dialog lain sebenarnya, dia tanya nak buat apa, tidur mana, berapa lama dan lain2 lagi. Aku ringkaskan yang ini sahaja.


Oleh kerana pendapat ke Tanjong Karang tidak diberi jawapan, maka aku berpendapat tidak bahaya aku keseorangan ke Tg Karang. Hehehe...Jadi, aku PM kawan2 yang ada di Tg Karang menyatakan hasrat hati. Pada asalnya aku bercadang untuk gerak ke Tg Karang Sabtu pagi. Tetapi aku cuba sepantas boleh menyiapkan kerja2 aku dahulu supaya aku dapat pergi ke Tg Karang dgn hati yang tenang. Aku tidur sekejap, dan bangun terus menyiapkan latihan pengukuhan untuk anak murid hari Isnin nanti, mengedit semula soalan ujian bulanan selepas di semak oleh guru pembimbing dan printkan semula, membasuh baju serta sidaikannya dan membuang sampah sisa bahan mentah didapur. Ya, aku dapat buat sehabis cepat yang boleh jadi aku boleh bertolak malamnya juga. Usai mengemas beg, mandi, makan dan solat magrib aku bergerak ke Tg Karang dengan berbekalkan doa dan tekad. 7.55 malam aku mulakan perjalanan dengan Bismillahhirrahmannirrahim...


Berbekalkan slim beg, beg sandang dan Cik Bulat kesayangan...

Tanpa memberitahu mereka yang aku telah menukar perjalanan dari pagi Sabtu ke Jumaat malam. Tujuan nak membuat suprise kat mereka. Sampai aku di pinta pagar sekolah SMK Dato Harun tepat 8.55 malam. Sejam perjalanan aku. Pedih gak mata sebab kumbang2 sesat yang termasuk ke mata. Aku laporkan diri di post pengawal meminta izin untuk ke kuaters guru pelatih. Aku dibenarkan masuk dan perlu melaporkan diri di post kedua iaitu post pengawal asrama. Sekali lagi aku nyatakan hasrat ke kuaters guru pelatih, jadi aku ditunjukkan lokasinya. Terdetik juga dihati, ada 2 kereta sahaja ketika itu. Rumah mereka pun gelap. Jadi, aku hubungi mereka...Hahahahaa....Sah, mereka keluar. Mereka ke Giant membeli barang-barang dapur. Baru sahaja sampai di Giant. Aku katakan pada mereka, selesaikan tugasan mereka dulu aku tunggu di sekolah. Errmmm...Jarak rumah mereka dengan Giant sekitar 20 minit. Jadi, aku ambil keputusan untuk ke Giant. Sampai aku di Giant, aku lihat hp terlalu banyak miss call..Jadi, aku hubungi mereka. Hahahaha....Sekali lagi "wakenanbeb” berlaku. Mereka balik ke rumah untuk mengambil aku tetapi aku dah sampai Giant. Hahaha....Jadi kali ni, mereka suruh aku tunggu sahaja di Giant kerana mereka mahu mengambil aku untuk ke funfair kerana Aina teingin sangat mahu ke sana. Funfair tersebut sebelah Giant. Rasanya aku pun sudah lama tidak ke funfair. Selepas mereka mengambil aku, kami ke funfair. Beberapa permainan yang mencabar kami main. Terjerit-jerit kami. Tapi Aina “biasa” sahaja walaupun keadaan curam dan laju. Yana berpasangan bersama aku. Yana takut jadi dia cerita sambil pejam mata dan selalu bertanya “bila nak berhenti nie”...Hahaha....

Selesai bergembira, aku dihantar ke tempat parkir moto dan kami berjanji untuk jumpa di kedai makan berhampiran dengan kuaters mereka untuk makan malam.  Selepas makan, barulah aku dapat masuk rumah mereka. Bersih, selesa dan lengkap. Bilik seorang satu. Jadi, aku diberi pilihan untuk tidur dimana-mana bilik. Aku ambil keputusan untuk tidur di bilik Yana. Rumah mereka ada extra tilam dan bantal. Aina sarungkan cadar dan sarung bantal yang baru tuk aku. Selesai Isyak, semua masuk ke bilik. Aku berborak dengan Yana pasal sekolah masing-masing sehingga jam 2 pagi.


Aku cilok gambar ini dari ig Aina...Hehehe...


Sabtu

Selepas solat subuh aku sambung tidur. Aku terjaga jam 10.30 pagi. Ermmm...Dah la tetamu, bangun lambat lak tu. Di rumah sewa sendiri pun aku tak bangun selewat itu. Mungkin kerana rumah mereka terasa sejuk. Rumah dikelilingi rimbunan pokok yang menjadikan rumah mereka redup. Brunch kami disediakan oleh Yana. Aku bangun hidangan dah tersedia. Tak tahulah bila dia buat sebab ketika aku bangun, dia masih tido...Hehehe...

Seperti yang dirancang, aku mahu kembali ke Sabak Bernam selepas solat magrib. Tetapi aku ditahan oleh mereka kerana mereka mahu mengajak aku ke Damansara rumah Ika untuk menghantar baju dan barang-barang Ika.

Selepas solat Zohor, aku ikut Yana ke Bank Islam untuk keluarkan duit. Selepas itu dia membawa aku melawat sekolahnya. Agak jauh juga mahu ke sekolahnya. Tak heranlah Yana paling awal keluar dari rumah. Sepanjang perjalanan akan jumpa sawah padi yang menghijau. Cantik....Seterusnya Yana membawa aku ke sekolah Aina.


Sekolah Yana


Sekolah Aina


Cadangnya kami mahu bertolak ke rumah Ika sekitar 5 petang selepas Aza balik dari program Ladap sekolahnya. Program Aza habis lambat. Jadi kami berbincang lagi samada teruskan niat ke Damansara atau tidak. Cadangan Aza, kami check-in di mana-mana hotel budget tetapi Yana tak mahu sebab takut. Cadangan lain overnite di I-City menikmati malam tetapi Yana tak mahu sebab dia perlukan tilam untuk tidur dan tidak mahu berjaga. Andaian kami, kami akan tempuhi jem kerana kami sudah lewat untuk bertolak dari perancangan awal. Jadi, keputusan di capai ialah batalkan niat dan jumpa Ika nanti semasa pengambilan vaucer buku pada minggu hadapan. Pengisian petang kami, Yana bawa kami ke Pantai Redang. Pantai yer bukan Pulau Redang. Hehehe...Yana sendiri pun tak pernah sampai. Kami berpandukan signboard.
Selepas mengambil angin petang, Aza teringin untuk makan seafood yang makanan yang boleh dipilih. Jadi kami singgah di restaurant ikan bakar sekincan yang terletak di dalam Sekin Hotel dan Resort. Pilihan makanan tidak terlalu banyak. Sangat terhad. Jadi, tak jadilah nak makan malam disitu. Tetapi ada daya tarikan di situ. Pengunjung boleh membeli makanan ikan dan memberi ikan makan di kolam. Banyak giler ikan dalam kolam tu.



Selesai beri ikan makan, akhirnya kami ambil keputusan untuk makan satay sahaja. Restaurant satay yang popular di Tg Karang, Satay Hut...Jangan ingat pizza jer ada hut, satay hut pun ada. Susah jugak nak dapatkan parkir. Ramai sangat pengunjung. Kami magrib di Satay Hut secara bergilir dan memesan satay bersaiz biasa dan bersaiz besar. Memang besar.


Seterusnya, kami berfikir untuk mengisi masa malam yang masih muda. Jadi terlintaslah mahu ke Kg Kauntan mahu melihat kelip-kelip. Aku melihat GPS dan Yana memandu mengikut pengalaman dia pernah melihat sighboard ke lokasi kelip-kelip kg kuantan. Ketika GPS menyatakan kami perlu u-turn semula, Yana kata kita perlu teruskan mengikut pengalaman dia. Mungkin GPS menipu, jadi GPS di off kan. Nak dijadikan cerita, memang kami jumpa signboard yang dicari tetapi kami perlu melalui jalan yang sunyi tanpa lampu jalan serta kiri dan kanan jalan adalah pokok kelapa sawit. Yana cuba memecut kereta, tetapi Aza pula tak benarkan kerana takut ada binatang melintas mengejut. Aina diam sambil berzikir dan aku membantu mereka melihat jalan yang gelap itu. Ya, akhirnya kami sampai tempat dituju. Selepas bertanya dengan orang disitu, rupanya kami telah lalui jalan yang jauh. Jalan yang dekat adalah jalan berpandukan GPS tadi. Jalanraya besar dan bukannya jalan yang sunyi sepi.

Inilah pengalaman pertama aku menaiki sampan. Ini juga pengalaman pertama aku menyusuri sungai yang gelap untuk melihat ribuan kelip-kelip. Kelip-kelip sangat suka pada pokok berembang kerana dipokok inilah kelip-kelip mencari makanan. Aku duduk dibahagian depan sampan dengan Yana, Aza dan Aina dibahagian tengah. Maksimum sebuah sampan untuk 4 orang termasuk pendayung 5 orang. Yana dah peluk erat tangan aku kerana takut pada gelap dan takut sampan terbalik. Aina memberanikan diri kerana dia takut pada air kerana pernah ada pengalaman lemas.  Bila sampan membawa kami dekat dengan kelip-kelip, kami dapat pegang kelip-kelip tersebut. Tiada apa yang mampu diungkapkan selain Subhanallah kerana sungguh cantik suasana dan ciptaan itu. Cantik sangat. Ribuan banyaknya..Lebih 20 minit kami dibawa menyusuri sungai untuk melihat ciptaan Allah yang kecil ini tetapi hebat. Perjalanan balik aku yang pandu. Kesimpulannya, kadang-kala sesuatu perkara yang tidak dirancang ianya menjadi sesuatu yang menggembirakan.



Gambar nie aku ambil kat google...Camera kitaorang x jelas nak ambil gambar kelip-kelip..Cuba korang bayangkan di malam yang gelap, korang dapat lihat kelip-kelip kat pokok berembang nie pastu bila datang dekat korang dapat pegang kelip-kelip tu pastu kelip-kelip tu terbang. Ada yang ke kepada korang ada yang ke baju korang...Kelip-kelip tak menggit...Indah ciptaan Allah...



Ahad

Tiada pengisian apa-apa hari ini selain memikirkan masa yang sesuai untuk bertolak balik ke Sabak Bernam. Dari pagi ke tengahari, akhirnya aku ambil keputusan untuk gerak sama masa dengan Farikha walaupun di laluan berbeza. Walaupun masih panas  terik, aku perlu bertolak balik. Singgah sekejap membeli mentarang bakar untuk santapan malam kami nanti. Lauk Farikha bawa dari rumah pun banyak Alhamdulillah...Kenyang...1st time Farikha makan mentarang dan telah jatuh hati.

Inilah cerita tentang aku dihujung minggu ke 4 praktikum. Masih mengidam nak makan ikan bakar di Jeram tetapi tak tahu bila dapat sampai. Lagipun ada insan yang janji nak bawak kan...kan...kan...Hehehehe....

Wednesday 5 March 2014

Tinta Praktikum Part 8

Menjalani kehidupan sebagai guru praktikm telah menjadi lali. Dah masuk minggu ke empat pun bermakna hampir sebulan aku menjadi warga Star Putra. Menjalani rutin datang pagi, tulis kedatangan, ke bilik guru, duduk belek nota apa yang perlu dilakukan, sarapan pagi dgn guru-guru lain, masuk ke kelas untuk mendidik, relief kelas jika ada, tulis rph, balik, singgah fotostat kalau ada dan sampailah rumah....Kehidupan hampir sama sepanjang tempoh bekerja.  Secara jujurnya aku masih tak boleh hafal lagi lagu Negeri Selangor dan lagu sekolah. Hehehe...

Aku ingin bercerit tentang anak-anak muridku 4UKM. Di STARP susunan kelas mengikut nama-nama universiti di Malaysia. UM, UIA, USM, UMM, UUM, UKM, UPM,UPSI....hahahaha...bayangkan UPSI berada di kelas paling belakang. Malu tak? Ermm...Tapi sekarang UPSI dah tiada dalam senarai. Hanya sehingga UPM.  4UKM merupakan kelas opsyen degree aku. Kelas aliran perdagangan dan seterusnya mengambil ERT untuk menengah atas. Kelas 1Malaysia. Ada lelaki melayu, lelaki cina dan lelaki india manakala perempuan juga begitu. Muhibbah...Kalau kawan-kawan aku yg mengajar ERT tingkatan 4 akan mendapat pelajar semuanya perempuan, tidak bagi aku. Aku hanya ada 8 perempuan dan 15 orang lelaki. Hahaha....Mereka di antara murid terawal aku. Kenakalan mereka sangat luar biasa.  Kebanyakkan murid melayu lelaki tidak minat langsung dengan subjek ini. Sangat suka bermain. Mengajar 2 masa sama seperti mengajar seharian dia punya penat. Penat badan, penat menjerit. Tongga atau nama sebenarnya Muhammad Fazly Ritongga pernah berterus terang dengan aku yg dia tak minat langsung subjek ini dan tidak minat langsung belajar lagi. Mudah jawapan aku padanya, "berhenti belajar dan bekerjalah". Bila di tanya apa yang dia suka buat, katanya karaoke dan snooker. Ermmmm...

Murid pertama yang namanya aku ingat adalah Danial. Danial ni nakal dia lain macam. Sangat hyper aktif. Kedepan dan kebelakang kelas dgn pantas. Sekelip mata dia menghilang, tahu2 dia dah duduk bawah meja. Hyper aktifnya suka mengganggu kawan-kawan yang mahu belajar. Pernah 1 hari aku bertanya pada dia, dia makan apa kat rumah sampai hyperaktif sgt. Katanya, " makan macam biasa ler cikgu"...Aku pernah tegur dia sebab setiap kali aku dekat dengan Danial, pasti ada bau rokok. Tapi dia kata, dia tak merokok. Orang lain yang sembur asap rokok di bajunya. Ermmm...Tahu sangatlah dia sedang menipu. Danial ni macam tyko besar. Dia kacau orang boleh, kalau org nak balas, dia dah bersedia nak membalas. Alah2 gangster. Ramai yang boleh ponteng kelas ikut Danial. Di gelar "abe" oleh sesetengah pelajar. Pernah satu ketika aku menyiapkan kerja seorang diri dalam perpustakaan, tiba2 Danial masuk dan menyapa aku dan terus ke rak mengambil sebuah buku dan duduk membaca. Pelik juga aku ketika itu, seorang yang nakal boleh ke library tuk membaca. Tetapi beberapa minit kemudian , kawan-kawan Danial yang lain pula masuk...Ermmm...mungkin mereka lari dari mana-mana cikgu agaknya. Selepas itu, Danial orang pertama keluar dan yang lain semua simpan buku untuk keluar. Pernah aku keluar makan malam di sebuah kedai. Lepas order kami tunggu hidangan sampai. Danial yang hantar makanan. Terkejut jgk aku. Sapaanya sambil meletakkan nasi goreng kami, "jemput makan cikgu". Pantas keluar dari mulut aku, "ni baru anak murid cikgu". Senyum dibalasnya. Rupanya tu kedai makan keluarga Danial. Baik betul tingkah lakunya. Berbeza dengan di sekolah. 

Beralih kepada Tongga. Murid yang langsung tiada minat untuk belajar. Cerita tentang Tongga dan keluarga pernah menjadi bualan guru-guru dibilik guru. Tongga sifatnya, dia boleh mengusik orang lain tetapi tidak boleh dirinya diusik, cepat naik hanginnya. Tongga suka mengejak nama bapak orang lain, bila orang lain membalas mengejek dia, mulalah dia bangun untuk membelasah orang lain. Aku pernah cakap yang dia hati kaca vs kapas. Tak boleh di usik. Tanpa Danial, orang lain masih takut untuk ponteng kelas. Jika Danial tak hadir ke sekolah, mereka yang lain akan masuk ke kelas untuk bermain dari menunjukkan tak minat belajar. Sampaikan aku terpaksa mengikat semua mesin jahit kaki untuk tidak mahu mereka bermain mesin jahit ketika aku mengajar. Aku juga terpaksa memangsang kunci di bilik pengurusan diri kerana tidak mahu ada yang sengaja berbaring atas tilam. Besar aku letak mangga. Padan muka mereka.Hahaha...

Isnin lepas, aku mula masuk tajuk RDA. Tajuk yang keluar ujian bulanan 1 sebagai soalan esei yang perlu mereka tunjukkan jalan kira pengiraan. Ketika ini barulah aku nampak siapa mereka. Ada diantara mereka yang terus tidak punyai minat belajar dan ada yang mahu mencuba menjawab latihan yang aku bekalkan. Aku perlu memerhatikan setiap seorang. Lagi menyedihkan ada diantara mereka yang tidak tahu menggunakan kalkulator saintifik. Aku tunjukkan cara menggunakan kalkulator. Mereka bukan darjah 4 tetapi sudah tingkatan 4. Penguasaan penggunaan kalkulator masih lemah. Selagi mereka mahu belajar, aku akan terus menunjuk untuk mengajar. Ada juga diantara mereka berkata begini, "cikgu, tak de soalan yang lebih mencabar dari ini ke? senang sangat..." Bila aku semak, memang semuanya betul. Kan, nakal tak bermakna tidak pandai. Cuma banyak bermain sahaja. 



Kenakalan Tonggga dan Ikmal yang tidak mahu belajar dan cubaan menggangu orang lain yang ingin belajar menyebabkan kesabaran aku tidak boleh ditahan lagi Aku halau keduanya keluar dari kelas. Ikmal dengan berani keluar ketika itu. Aku dah tak mahu peduli apa yang dia nak lakukan. Tongga aku tidak pedulikan. Kawan-kawan lain terus buat latihan. Akhirnya aku memanggil Tongga dan tumpuan beralih kepadanya. Satu persatu aku tunjukkan cara. Malah aku tunggu dia membuat latihan. Agak susah untuk dia faham, tetapi aku terus mencuba. Dan akhirnya dia diam keseorangan menyelesaikan masalah. Kupinjamkan kalkulator untuk dia mengira. Selepas beberapa ketika, dia memaggil lagi. Ya, Tongga faham apa yang aku ajarkan walaupun ada sedikit kesalahan. Kawan-kawan mula mengusik dia, "relax la Tongga, jangan stress". Kali ini Tongga tidak membalas, terus membuat latihan. Akhirnya untuk pertama kalinya aku dapat menjinakkan Tongga. Mungkin sebab kawan sejatinya Ikmal telah keluar entah kemana. Tak bermakna nakal itu tidak pandai. Sebelum kelas berakhir, Ikmal masuk semula ke dalam kelas. Tteapi aku malas untuk mengambil tahu tentangnya. 

Keesokkannya, ketika aku mahu ke library kumpulan Tongga dan geng melepak di depan koperasi kerana waktu rehat ketika itu. Tongga segan silu dan masih menghadiahkan senyuman untuk aku. Yang lainnya minta dibelanja  aiskrim tetapi aku malas mahu melayan. Tiba-tiba ada 1 suara bercerita, "semalam Tongga kena marah dengan cikgu tu. Duduk aje tak gerak2 buat keje". Disambut gelak ketawa orang lain. Aku tahu mereka sedang menegusik Tongga.

Hari ini, selepas balik dari koku aku sengaja melalui laluan jauh. Maka terserempaklah aku dengan anak-anak bujang 4UKM ini yang sememangnya telah ponteng koku hari ini. Menyapa aku dengan panggilan "cikguuuuu". Hai anak bujang, sampai bila nak memonteng sana sini, sampai bila nak main-main, sampai bila nak jadi bualan guru2 lain. Berubahlah anak2. Esok, cikgu akan buat latihan lagi tajuk RDA. Jangan ponteng kelas lagi. Danial, Fatahillah, Fauziah, Nazira, tolonglah datang sekolah esok. Kamu perlu didedahkan dengan RDA. Cikgu risau kamu tak dapat jawab masa peperiksaan nanti. Cikgu sayang 4UKM nie. Nakal2 kamu adalah cabaran untuk cikgu menjadi guru.  Cara untuk mendalami mereka ada dengan cara menjadi kawan kepada mereka dengan batasan.

Sunday 2 March 2014

Tinta Praktikum Part 7

Bila diri mencari ruang merehatkan diri dari segala amanah yang perlu dilaksanakan sebaik mungkin, fikiran mula mencari sesuatu. Mencari sesuatu yang boleh hilangkan sedikit tekanan dan mungkin rindu yang bersarang dalam hati. Rindukan bumi murabbi, bumi TM. Merindui kuliah. Belajar dan mengajar adalah 2 perkara berbeza. Ada seseorang yang aku betul2 rindu. Seorang rakan dan teman yang selalu mencari ruang dan peluang untuk mengenakan aku. Bergaduh bersamanya merupakan perkara biasa. Dari sekecil-kecil perkara hinggalah perkara yang serius. Dialah orangnya. Malah pergaduhan kami kadang-kala merimaskan orang lain yang melihat. Dah sem 7 aku bersamanya bermakna sudah tahun keempat aku kenal hati budinya. Tiada yang istimewa tentangnya mungkin kerana ketahanan fizikal dan mental diri ini membuatkan aku mampu bertahan untuk berkawan dengannya seterusnya menjadi insan yang aku rindu tatkala kami jauh antara 1 sama lain. Dari lidah dia mengenali siapa aku dan dari lidah juga aku mengenali siapa dia. 


Inilah statement dari ini. Ada banyak kebenaran dari statement ini. Gaduh hari2 kadang-kadang memang boleh menyentapkan hati, tetapi gaduh hari-hari kadang-kadang memberi ruang pada masing-masing untuk muhasabah diri dari kejadian yang berlaku. Kecil atau besar, sakit atau tidak segalanya telah dilalui dengan berbekalkan cekal dan sabar. Kalau tak sabar, mana mungkin dia antara yang dirindui dan kami mampu bertahan sehingga ke hari ini. Dalam perjalanan mahasiswi kami, pernah dipulaukan kawan-kawan. Bergerak berdua sahaja. Diperkatakan macam-macam oleh orang lain malah gelaran kak long dan mak janda juga pernah di berikan. Ntah pape lah mereka. Tapi kami tahu, kami cuma perlu fikir tentang kami bukan orang lain. Orang yang benar, pasti kebenaran sebagai bukti. Alhamdulillah, segalanya dipermudahkan....


Berpegang pada 1 perkara, tiada siap yang tidak pernah buat silap dalam dunia nie. 


Secara jujrnya, kami susah untuk ada gambar berdua pada angle yang elok. Dia selalu aje rosakkan gambar dgn aksi yg ntah pape...Sedaya upaya aku cuba untuk dapatkan gambar kami berdua setiap sem supaya ada kenangan yang mampu aku simpan. Sem 7, ermmm kalau ada rezeki, In Shaa ALLAH cuma kali ini kami dengan tanggungjawab masing-masing pada haluan yang berbeza. Harap sem 8 masih dapat bersama lagi untuk mengukir memori. Jangan ada yang menangguh semester, udahler...Hehehe....

Rindu kau der...

Jangan menafikan, aku tahu kau pun rindu aku...Hehehe....

Tinta Praktikum Part 6

Rasanya hampir 2 minggu aku menulis di blog ini. Teringin menulis tu ada, tetapi keletihan badan dan tuntutan amanah serta tanggungjawab menjadikan akutiada ruang untuk menulis di sini. Praktikum dah selesai 3 minggu, bermakna aku ada 13 minggu lagi. Sekejap jer rasanya masa bergerak. Tup2 dah nak sebulan. 


Selesai tandatangan kehadiran datang dan balik utk bulan Februari...

Semakin jatuh hati dengan tugas menjadi pendidik ini. Sudah mula mendapat keserasian dalam pelaksanaan tugas. Ya, aku akui yang tugas mengajar tidak berakhir di sekolah, di rumah pula masih ada tugas2 sekolah yang menanti untuk di laksanakan. Di sebalik kesibukkan ini, pastinya ada masalah yang datang. Selagi belum parah, aku layankan sahaja apa jua yang berlaku. 

Sekarang, bukan aku mahu menulis tetang masalah yang berlaku tetapi tentang sebuah buku yang aku terlalu teringin untuk memiliki. 


Siapa dia Ahmad Ammar.  Mula-mula heboh tertang kematiannya di FB, aku sendiri tidak tahu siapa dia. Malah mahu view perjalanan tentang hidupnya juga aku tidak mahu. Siapa dia? Pentingkah dia? Sehinggalah pada suatu hari, aku memview video rentetan perjalan adik ini, saudara Ahmad Ammar. Pertama kali menonton, bulu roma serta merta berdiri. Hebat sungguh adik ini sehingga kematiannya di tangisi seluruh pelusuk dunia dan bermulah dari situlah aku cuba mengenali dia dari laman FB yg telah diwujudkan oleh ahli keluarganya. Jauh disudut hati, aku kagumi semangat yang tinggi tentang perjuangnya mengenai Islam. Subhanallah...

Aku kongsikan sinopsis yang aku ambil di internet tentang buku ini. Semoga aku dapat memilikinya dan mengenali lebih lagi siapakah pejuang muda ini. In Shaa Allah...

Ahmad Ammar, sebaris nama yang tidak dikenali semasa hayat, namun menjadi kebanggaan selepas pemergiannya. Tiada yang diinginkan melainkan sebuah syahid. Tiada yang diperlukan selain redha ALLAH dan tiada yang lebih mengujakan selain bertemu bidadari-MU di syurga abadi. Alangkah bertuah ayahanda dan bonda dapat melihat perjalanan akhir anakanda tercinta dengan sebuah pengakhiran yang baik.
Subhanallah... indahnya rencana-MU ALLAH. Benar, ia bukan kebetulan. Engkau pergi ketika membawa misi ALLAH dan Rasul. Moga jannah jua sebagai ganti. Tenanglah adinda Ammar di sana. Tabahlah duhai ibu bapa dan keluarga. Wahai sahabat seperjuangan yang masih dalam kelana ilmu di Turki, jangan patah hati. Perjuangan kita perlu diteruskan. Impian Ammar adalah realiti kita.