HANYA AKU...

HANYA AKU...

Sunday 16 February 2014

Tinta Praktikum Part 5

Baru seminggu menjalani praktikum aku dah balik kampung. Aku balik sebab nak hantar kereta abang aku. Dapatlah sedikit ketenangan bila berada kat kampung, tetapi kepala tetap ingat dengan sekolah. Risau memikirkan induksi dan aktiviti apa yang nak dijalankan. Apa yang aku teruja mahu bercerita kat sini ialah tentang perjalanan balik aku ke SB siang tadi. Kebiasaanya, jika aku mahu balik ke TM, aku akan membeli tiket bas awal dengan masa yang aku mahukan. Tetapi kali ini aku langsung tidak membeli kerana tiada kesempatan masa untuk aku ke bandar membeli tiket. Dengan yakinnya aku harap tiket pukul 11 pagi ke Puduraya ketika itu masih ada. Bila aku mahu membeli, tiket untuk ke Pudu untuk pukul 11 telah kehabisan, tiket seterusnya adalah pada pukul 1 petang. Hanya bas Konsortium yang mempunyai perjalanan Melaka-Pudu. Bas-bas lain ke TBS. Aku dah janji dengan Farikha untuk balik bersamanya ke SB dengan cara aku perlu ke TM terlebih dahulu. Kami perlu bergerak dari TM ke SB paling lambat pukul 3 petang kerana jalan yang bakal kami lalui nanti sangat sunyi. Aku perlukan juga tiket pukul 11 pagi. Pekerja di kaunter tiket minta aku bertanya kepada driver bas kalau-kalau ada penumpang yang tidak naik ketika itu. Bas mahu bergerak 5 minit lagi. Aku berharap sangat ada penumpang yang tak naik ketika itu. Jadi, driver bas tu minta aku tunggu sekejap. Jam menunjukkan pukul 11 pagi, driver bas itu memanggil aku dan katanya 1 tempat kosong di belakang tempat duduk paling belakang. Aku perlu menyelak langsir yang ada dan menanggalkan kasut.  Driver bas hanya mengenakan aku RM 10 sahaja sedangkan hanya tiket bas biasa RM 12++. 


 Disebalik langsir inilah aku duduk...



Sebelum bas bergerak, skodeng penumpang lain dulu...Hehehe...


Masih ada ruang juga kalau nak jenguk orang luar...

Hanya 4 penumpang yang duduk di belakang sekali tahu aku duduk di tempat duduk khas. Sebenarnya, ia buka kerusi tetapi sebuah katil untuk pemandu bas tidur/berehat jika tiada perjalanan. Maka, aku perlu berbaring. Sejuk boleh tahan juga sebab sumber air-cond berada di kepada dan bahagian kaki. Maka, aku berbaringlah sambil main hp.


Jeng3...inilah tempat aku...Jom zzz...


Telah menjadi kebiasaan aku apabila naik bas akan menjadi mudah tidur. Kebiasaanya, jika aku tidur dalam bas sambil duduk aku akan terjaga 2 kali sebelum sampai ke Pudu, tetapi kali ini aku tidur dengan betul2 nyenyak sampai aku terjaga bila bas keluar dari tol. Ketika itu mata masih mengantuk lagi. Mahu tak lena, kena air-cond yang cukup dan dalam keadaan berbaring. Walaupun aku berada di tempat itu, aku rasa ia selesa. Pengalaman berharga buat aku. Tak semua orang dapat rasa menaiki bas dan kerusinya adalah sebuah tilam yang selesa. Bila bas sampai sahaja, akulah orang terakhir yang turun. Senyum dihadiahkan dan ucapan terima kasih diberikan kepada pemandu bas. Akhirnya, aku sampai jua di Pudu pada masa yang aku kehendaki. Seterusnya, aku dapatkan tiket oukul 1.30 petang dan aku sampai di TM pukul 2.45 petang. Farikha ambil aku pukul 3.10 petang sebab dia hantar adiknya ke KTM terlebih dahulu dan selepas itu kami terus balik ke SB. Sebelum sampai rumah, kami singgah di pasar malam untuk membeli kudapan untuk minum petang. Esok akan bermula minggu ke-2 buat aku dan rakan-rakan. Kami ada 14 munggu lagi. In Shaa Allah, semuanya akan berjalan dengan lancar. Tekadkan azam dan betulkan niat. Lillahitaala…

Wednesday 12 February 2014

Tinta Praktikum Part 4

Hari ni jadual aku free. Nak mulakan tulis RPH pun masih was-was lagi. Hanya melakar di kertas A4 sahaja dahulu.  Mujurlah dapat relief 1 kelas lepas rehat, kalau tak memang bosan aku tanpa berbuat apa-apa. Waktu relief inilah kesabaran aku sebagai guru betul2 teruji. Pelajar seakan tidak menyedari kehadiran aku di dalam kelas. Sukar untuk mengawal kebisingan kelas. Pelajar tiada rasa hormat pada guru. Aku dilawannya. Apalah nak jadi dengan budak-budak zaman sekarang. Langsung tak sama dengan zaman aku belajar dulu. Petangnya aktiviti koku diadakan di stadium. Saringan sukan antara rumah. Kawan-kawan di whatsapp sudah mula mengira hari untuk menamatkan praktikum. Aku juga seperti mereka. Sedaya upaya cuba untuk ikhlaskan hati. Aku harap cepatlah aku jatuh cinta pada sekolah ini dan tanggungjawab aku. Terasa mahu sangat masa berlalu dengan pantas.  Terasa rindu pada kampung yang tidak merimaskan aku dengan masalah displin pelajar. Rindu juga mahu berjumpa dan berborak dengan kawan baik aku sejak sem 1. Rindu mahu berborak dan bersembang cara kami. Semoga esok lebih baik dari hari ini. 


Kelas relief yang pertama. Boleh tahan nakal budak2nya, langsung tak hiraukan aku kat depan. Keluar masuk kelas sesuka hati...Sabar2...


Cikgu-cikgu duduk bawah grand stand tengok murid-murid berlari. Sekolah ni ada aliran sains sukan, jadi murid-murid sains sukan yang bertugas menjaga garisan. 

Tuesday 11 February 2014

Tinta Praktikum Part 3

Hari ini aku rasa kaki aku lebih letih daripada badan. Jadual dah dapat dah…Hari rabu free dan hari Khamis  4 masa sekali gus tanpa gap.  Hari ini aku dapat buat ros untuk 2 kelas. Kelas KHB4 2RK dan 4UKM ERT. Berbeza sikap pelajar2 utk 2 kelas ini. Harap-harap mereka boleh dengar cakap aku nanti. Khamis aku dah mula mengajar.


Monday 10 February 2014

Tinta Praktikum Part 2



Hari ini hari pertama aku menjadi guru pelatih.  Tidur memang tak nyenyak. Kerap terjaga. Hehehe…Mcm2 yang berlegar dalam kepala. Seawal 6.55 pagi aku dah gerak dari rumah. Akulah orang yang terakhir gerak ke sekolah kerana 2 kawan aku mempunyai jarak yang lebih jauh dari aku. Aku sampai ke sekolah lebih kurang pukul 7.02 pagi. Terus ke pejabat. Selepas menandatangani kehadiran terus aku diarahkan berjumpa pengetua. Selepas bercakap beberapa perkara dengan pengetua, aku terus ke dewan untuk perhimpunan. Nasib baik aku tak di suruh memperkenalkan diri di khalayak ramai. Hari ini ada perasmian pertandingan keceriaan kelas. Pertama kali mendengar lagu negeri Selangor dan lagu sekolah. Selepas perhimpunan, aku berjumpa PK1 untuk urusan jadual. Pada awalnya aku diberitahu untuk mengajar 2 kelas KHB(ERT) dan 1 kelas KHB(PERDAGANGAN) yang membawa kepada 10 waktu. Cikgu PK1 minta aku ambil jadual sebelum aku balik. Seterusnya, aku perlu mencari guru pembimbing aku iaitu Cikgu Nor Faizah Binti Idris. Oleh sebab cikgu tersebut ada kelas, jadi kami berjanji untuk jumpa pada pukul 10.30 pagi. Sedih sebab tiada meja untuk aku. Jadi, aku duduk di meja cikgu ganti yang mengajar pada sesi petang.

Sementara menunggu cikgu Faizah selesai mengajar, aku ke kantin untuk makan dahulu. 
Perbincangan aku dengan cikgu faezah berkaitan HSP, RPT dan PBS. Semua yang berkaitan di pinjamkan kepada aku untuk difotostat. Mengantuk aku tanpa berbuat apa-apa di bilik guru. Menguap sahaja. Ramai juga cikgu yang menjual itu dan ini di bilik guru.

Sebelum balik aku ke bilik PK1 untuk mengambil jadual waktu, sayangnya jadual aku berubah lagi. Cikgu tersebut tak boleh bagi aku mengajar kelas yang hujung kerana pelajarnya susah di kawal. Dia memberi aku ERT tingkatan 4 dan 2 kelas KHB (PERDAGANGAN) ting 2. Semua kelas ini pada sesi pagi.  Jadual rasminya pada hari esok. Aku harap tiada perubahan lagi.  Cabaran baru untuk aku bila lebih ramai pelajar lelaki yang mengambil ERT tingkatan 4 daripada pelajar perempuan.  InsyaALLAH, semuanya dipermudahkan. Yang penting niat. Selesai hari pertama J


Perhimpunan pertama yang mengadakan program ini.





Kagum aku tengok washroom sekolah nie untuk kakitangan dan guru perempuan. Memang cantik.

Friday 7 February 2014

Tinta Praktikum Part 1

Semalam merupakan perjalanan pertama aku ke Sabak Bernam. Bakal memulakan praktikum beberapa hari lagi.  Seperti biasa perjalanan aku ke tempat baru ini berseorang diri. Berat hati meninggalkan mak yang tidak berapa sihat. Banyak pesanan mak. Sebelum melangkah pergi, aku pesan pada mak supaya makan ubat, ada 1 pesanan azimat untuk aku sebagai pegangan yang hakiki.  “ Jangan tinggal sembahyang”. Ya, aku tahu. Sembahyang tiang agama. Kalau tak sembahyang, bermakna kita tiada tiang. Kalau rumah tiada tiang, pasti roboh. Kalau hidup tidak solat, pastu rapuh. Itu pesanan mak sejak dulu lagi.

Perjalanan melalui lebuh raya Gutrie melalui Latar---> Kuala Selangor---> Tanjong Karang ---> Sekincan---> Sungai Besar---> Sabak Bernam. Tak susah juga sebab jalannya yang lurus dan keadaan jalan yang sempurna.
Kedatangan aku di sambut oleh tuan rumah dengan mesra. Telah disediakan air milo dan pisang goreng. Rumahnya memang luas dan besar.



Alang-alang dah lalu tempat yang ada makanan menarik, singgah sekejap untuk beli.


Hari ini sudah mula terasa kebosannya. Tanpa Wifi dan TV. Hanya berbekalkan langgan internet harian di HP sahaja. Menjelang tengah hari, aku mula keluar untuk mengira jarak untuk ke sekolah. Pergi melawat sekolah kawan-kawan juga. Pergi ke bengkel yang pernah aku singgah dulu untuk mencari botol kosong  untuk membeli petrol kerana aku dah janji dengan  kawanku, Sutra untuk mengambil motor di SkyNet Sungai Besar selepas dia balik dari sekolah.

Malang tak berbau. Setiap yang berlaku, pasti ada hikmahNya. Aku pergi mengambil motor dengan menumpang kereta Sutra. Sewaktu dalam perjalanan, petrol yang aku beli telah tertinggal di dalam kereta aku. Ermmm, nak berpatah balik aku bimbang kami tak sempat sampai sebelum pukul 5. Jadi, kami tawakal. Petang itu, Sut juga ada urusan. Aku suruh dia pergi dahulu tetapi dia sanggup menunggu sehingga urusan aku selesai. Jadi, aku memulakan perjalanan dengan motor untuk balik ke rumah manakala Sut terus balik ke rumahnya. Aku tahu petrol memang tiada. Untuk sampai ke stesen minyak memang jauh. Jangkaan aku tepat, motor terberhenti di tepi jalan. Berhadapan pejabat pos. Nasib aku sangat baik kerana sebelah pejabat pos ada bengkel kereta. Aku bagitahu masalah aku pada taukeh bengkel kedai tersebut, tauke tersebut mengarahkan stafnya ke stesen minyak untuk membeli minyak. Dia kata,”saya tolong awak sahaja, jangan bimbang. Sampaikan untuk tuang minyak ke dalam tank pun, dia arahkan stafnya yang buat. Akhir sekali sebelum aku bergerak, katanya “selamat datang ke sungai Besar”…Hehehehe…

Bila sampai kat rumah, di HP ada 1 pangilan tak berjawab dan mesej tidak berreply. Selepas aku membalas, mama en <3 pun menghubungi aku semula. Macam-macam nasihat sebelum praktikum diberikan. Ketika ini sekolahnya menerima 8 orang guru praktikum 5 orang dari IPG dan 3 dari UPM. Baru 2 minggu IPG berpraktikum salah seorang telah mendatangkan masalah kepada pihak sekolah dan tindakan pelajar tersebut telah naik ke PPD. PPD telah menghubungi IPG. Pesan mama en <3, supaya aku menjaga diri. Masuk tempat orang, ikut cara orang.



In Shaa Allah, aku harap aku dapat membiasakan diri. Di mana aku berdiri, di situ aku menabur bakti. Masalah rumah masih belum selesai. Aku harap ianya akan ada jalan keluarnya nanti…Aminn

Thursday 6 February 2014

Refleksi Sem 6...

Alhamdulillah...sem 6 telah berakhir dengan jayanya. Seperti biasa, refleksi diri sendiri di tulis setiap sem. Permulaan sem nie agak slow sikit. Almaklum ler bila cuti lama sangat, bila nak mula sem baru mmg liat sikit. 2 minggu juga aku agak "memau" nak memulakan kuliah dan tugasan. Macam layang-layang putus tali. Bila dapat tugasan, masih dengan sikap suka menangguh. Lama-kelamaan barulah mood sebagai pelajar tu datang. Masalah susunan jadual memang setiap sem akan berlaku. Jadual sem ni setiap hari bermula pukul 8.00 pagi. Tak jadi masalah pun untuk aku bila jadual semuanya pagi. Merunggut pun tidak. Tetap datang awal ke kelas. Sekali-sekala lewat tu, adatlah. Lepas bangun pagi, mandi dan solat subuh...maka bersiaplah aku tuk ke kuliah kalau tiada apa yang aku nak wat. Sebelum sampai kelas, singgahlah mana-mana utk beli sarapan. Bagus jugak kelas pagi, dapat sarapan. Sarapan semestinya penting untuk membekalkan tenaga dalam kelas.

Berkaitan dengan tugasan, ada tugasan individu dan ada banyak tugasan berkumpulan. Tugasan individu untuk matapelajaran KPD dan tugasan amali mingguan subjek Pengurusan Diri. Setiap minggu manjakan diri kat salon. Setiap minggu ke bengkel kayu tuk amali. Syukur jugaklah projek kerja kayu sem ni tak susah sangat. Dapat ahli group yang sempoi. Untuk subjek Reka Cipta, ahli kumpulan juga mempunyai kerjasama yang baik. Suka mencuba sehingga berjaya. Terbaeekk...



Lengkaplah amali rawatan muka, manikur, padikur, solekan asas, guntingan rambut dan projek akhir Beauty Line Project sem ni. 


Selesai juga amali paip dan kayu. Projek akhir menyiapkan dulang kayu.


Projek reka cipta The Electric Gorden juga telah selesai disempurnakan dengan jayanya. Jangan tiru aksi Jafar berdiri atas meja sambil memotong kayu. Hehehe....



Dengan pensyarah dan tenaga pengajar yang lain pula, semuanya baik-baik belaka dan boleh di bawa berunding kalau nak cuti. Oleh kerana aku telah memontengkan diri untuk hadiri kuiz, sebagai balasan tiada ulangan kuiz tetapi dapat tugasan tambahan berkumpulan secara berpasangan dengan kawan-kawan yang sama-sama tak hadirkan diri. Hehehe....

Dengan kawan-kawan pula, so far sem ni xde masalah besar dengan sesiapa. Mengumpat secara tak sengaja tu memang selalulah berlaku. Kalau ada big problem sangat pun, aku suka mengambil langkah "silent, wat tak tahu, ada aku kesah, lantaklah", yang penting perut aku kenyang. Hahahaha...



Dengan diri sendiri pula, sepanjang berada di TM aku baik-baik aje. Selalu kena hujan bila balik kelas. Ada jugak kadang-kadang sangkut dalam hujan semasa nak ke kelas. Terpaksalah duduk di tepi kedai kosong sehingga hujan teduh dan seterusnya ke kelas. Kawan-kawan rumah selalu jadi orang yang tolong ambilkan tuala mandi bila aku dah basah kuyup. Terima kasih kawan-kawan. Sem ni jugaklah paling kerap aku makan maggie. Selain sebab malas nak jejak tanah, malas nak masak pape, dan berjimat. Maggie jadi teman setia. Kadang-kadang makan berjemaah dengan ahli-ahli rumah sewa. Paling bagus rommate aku sbb dia langsung tak de koleksi maggie macam kami. Bukan tak makan maggie, tp sedia maklum dengan bahayanya mee segera.

Ada 1 peristiwa pada sem ini yang betul2 terkesan dalam diri aku. Allah Maha Mengetahui. Allah Maha Membantu. Ada 1 hari nie, selepas aku selesai edarkan flyers dengan kawan aku di PT untuk 1 program kami yang bakal dimulakan, selesai kerja tersebut di bawah panahan cahaya matahari yang terik, aku ada 1 perkara lain yang perlu diselesaikan di kampus baru. Sesampai aku di kampus baru, tayar motor pun pancit. Aku guna tayar jenis tiubless, jadi paham-pahamlah macam mana jadinya bila pancit. Jadi, aku terpaksa batalkan niat tuk selesaikan 1 tugasan di kampus baru itu. Berpatah balik ke kampus lama. Panahan terik cahaya matahari ketika itu hanya Allah sahaja yang tahu. Tak de siapa pun yang sudi berhenti membantu aku. Maka, tanpa di sangka-sangka ada 2 orang pegawai keselamatan UPSI yang memotong aku. Sedih gak aku sebab mereka adalah staf USPI. Dan selepas mereka, ada seorang lagi pegawai keselamatan UPSI yang lalu. Tapi ketika ini En tu minta aku berhenti. Dia tawarkan diri untuk menukar motor, dalam keadaan kepala yang dah panas, aku setuju. En tu namanya En Idris berdasarkan nama yang disulam pada baju uniformnya. Dia bawakkan motor aku sehingga ke bengkel. Aku rasa terhutang budi dengannya. Terima kasih sangat-sangat kerana membantu. Ketika itu cuaca panas sangat terik. Alhamdulillah, Allah hantar pertolongan dengan tidak disangka untuk membantu aku. 

Result pun dah diketahui. Maka, berakhirlah sem 6 dengan berbekalkan kecekalan dan ketabahan diringi doa dari orang-orang tersayang tanpa putus. Alhamdulillah...Selepas ini bersiap sedia untuk bergelar guru pelatih. Selamat sejahtera cikgu. 

Saturday 1 February 2014

Kalau Memang Milik Kita...

Pukul 11.08 malam, ada panggilan masuk ke no maxis aku.  Pada mulanya malas aku nak angkat. Sebab malas kalau tetiba maki-memaki tercetus. Aku angkat juga hp, dengan arahan "tengok whatsapp". Jadi, aku pun letak telefon aku dan tengok whatsapp di no celcom. Gambar ini yang di kirimkan.

Bila tengok jer gambar nie, rasa menggigil 1 badan. 


Cerita sebenarnya, ialah...

Ini helmet aku yang hilang semasa aku sem 4. Kiranya dah setahun lebihlah hilang. Punca hilang ialah aku letak kat motor dan tak bawa naik ke atas rumah. Bila aku nak ke kuliah, aku tengok dah tak de. Terpaksalah aku tel member aku. Dia datang ambil aku tuk ke kuliah dan bawa aku ke pekan lepas kelas untuk beli helmet baru.  

Helmel ini ada sentimental valuenya tersendiri. Ianya pemberian dari mak aku semasa hari jadi aku beberapa tahun lepas.  Selepas aku dapat helmet tu, aku tak gunakannya. Aku simpan. Sayang sangat nak guna. Aku guna helmet lain tuk pergi kelas semasa belajar di Poli dulu. Sehinggalah pada suatu hari, aku tengok iklan di tv1 ada 1 karnival sedang berlangsung kat Melaka dan ada 1 booth yg buat lukisan airbrush pada helmet. Kebetulan tempat tu dekat dengan tempat kerja kakak aku. Jadi, aku suruh kakak aku pergi tempat tu waktu lunch tuk tanya jenis helmet apa yang boleh dilukiskan airbrush sbb helmet aku jenis ARC. 

Selepas akak aku bgth semua jenis helmet, aku pun pergi ke sana. Ramai juga ketika itu. Aku tengok katalog gambar yang ada kat situ, tapi takde 1 design pun yang menarik perhatian aku. Dari rumah lagi aku memang nak buat gambar nemo. Aku suka dengan nemo telah sekian lama. Malah pernah di hadiahkan 1 patung nemo yang besar oleh sahabat baik sendiri. Cerita finding nemo kat tv dah lebih 5 kali aku tengok ceritanya. Suka sangat. 

Aku berbincang dengan orang yang melukis airbrush tuk buat design lain. Selepas berbincang, dia setuju untuk buatkan untuk aku tetapi makan masa yang lama sebab ramai yang menunggu. Bayaran bergantung pada tahap kesukaran melukis. Aku setuju walaupun kena menunggu berjam-jam. 

Bila helmet aku siap. Semasa nak bayar,aku diberitahu yang helmet aku di lukis oleh orang yang pakar airbrush dalam Malaysia. Dan dia sudi melukiskan helmet aku dari orang lain. Siap dia sain sekali pada helmet aku tu. 

Lepas dah lukis nemo pada helmet, lagilah aku sayang nak pakai. Kadang-kadang pakai jugak. Kalau ada sesiapa nak pinjam, jawapan aku "tak boleh".  Mak aku pun tahu yang helmet tu tak boleh orang lain guna. Bila free, aku akan lap kasi berkilat. Aku mula memakai secara konsistan bila aku mula berkhidmat dengan kementerian kesihatan di Hospital Muar. Bila aku dapat masuk UPSI, aku bawanya sekali. Dan aku rasa, aku 1 yg guna helmet tu dan bergambar nemo di TM. Helmet tu pernah jatuh sekali pada jalanraya bila aku pakai helmet tu tak sempurna dan kawan aku yang bawa motor ketika itu. Tercampak atas jalanraya. Sedih betul dengan kecuaian itu. Nak menangis meraung aku rasa. Sampai kawan aku kata, nasib baik helmet yang jatuh ke jalanraya, kalau aku yang jatuh. Lagi malang. Aku sedih sebab helmet tu mak aku hadiahkan dan gambar nemo tu dah bercalar. 

Dan bila member aku beri gambar helmet tu kat aku, aku rasa macam tak percaya.  Tapi aku takut dia salah helmet jer. Manalah tahu ada orang lain guna helmet macam aku juga. Lagipun dia jumpa helmet ni kat kedai makan ketika dia sedang makan dan dia tengok dari jarak jauh. 


Tak lama selepas itu, member aku tu call. Dia kata comfirm milik aku. Jadi nak buat apa. Aku kata, "ambiklah..helmet aku". 

Akhirnya, lepas dia bikin cete sedih...Dia dapat jugak ambil helmet tu semula. Dan bg gambar terkini helmet tu pada aku. Macam tak percaya kan, setelah sekian lama hilang, ditemui semula. Betul kata pepatah, kalau memang hak kita...seberapa lama pun tetap hak kita juga. 


Alhamdulillah...Syukur sebab jumpa intan payung aku semula dan mungkin tak sesempurna dulu. Helmet tu terlalu banyak sentimental valuenya.