HANYA AKU...

HANYA AKU...

Thursday 25 April 2013

Aku sudah mula memikirkannya part 2....

Mereka sedang berperang dengan perasaan dan semangat masing2 utk memastikan thesis mereka dijilid dgn baik diminggu ke 10...Dalam peperangan itu, tidak semuanya kuat untuk berhadapan dengan tenang...Ada yg menangis, ada menjadi pendiam secara tiba2, ada yg melanggar fitrah hariannya sebagai manusia dan sebagainya...

Aku igt lg pada 1 ketika aku balik kuo, aku sengaja utk memilih menumpang tidur di rumah salah seorang dari mereka krn aku lihat dia x seceria selalu.  Ternyata tekaan aku tepat.  Di waktu dia berusaha untuk menyiapkan thesisnya, dengan tiba2 dia akan berhenti dan menangis.  Keyakinan dia utk meneruskan menyipakan thesis semakin pudar.  Tajuknya pernah direject beberapa kali.  Diwaktu org lain berjumpa dengan pensyarah penasihat thesis masing2 beberapa kali, dia tidak dapat berjumpa pensyarah penilainya.  Sentiasa ada sahaja kekangannya...Pensyarah bercuti, pensyarah sakit dan sebagainya.  Diwaktu org lain terus membuat pembetulan atas kesilapan masing-masing, dia terus meneruskan usahanya tanpa tahu apa yg dilakukan betul atau tidak...Akhirnya airmata menjadi peneman paling setia dirinya.  Ketika tu aku rasa terpanggil untuk hiburkan hatinya.  Apa yg mampu aku lakukan adalah nasihat dan yakinkan dia apa yg dia buat adalah betul.  Dia tidak perlu menunggu sehingga pensyarah penasihat dia ada, tetapi meneruskan usahanya ke bab seterusnya supaya dia tidak tertinggal utk bersaing dengan kawan2 lain.  Ternyata dia yang aku anggap kuat dari yang lain, dia yg paling rapuh hatinya utk hadapi semua ini.  Sehinggalah pada 1 hari dia kata dia mimpi dia akan meninggal dunia sebelum sempat dia berkonvo.  Seloroh aku padanya, "klu ya pun nak mati cepat, thesis kasi jilid yer..Nnt mak ayah boleh naik pentas tuk amik scrool ko..."..Aku tahu dia boleh buat...Tajuknya tidaklah terlalu sukar cuma dia kekurangan rujukan dan bahan.  Aku berusaha menahan mata utk menemani dia memasukkan segala data soal selidiknya.  Tetapi aku x blh nak bertahan lama sebab mata dah mengantuk.  Rupanya dia tak tidur langsung malam tu. Esoknya, selepas subuh dia tidur dan bangun seawal 8.30 pagi tuk menersuskan kerja2nya...Sehingga ke zohor, aku dah makan biskut dan air beberapa kali dengan yang lain, dia masih tidak menjamah apa2 walaupun air kosong.  Malam sebelumnya juga tidak makan apa2.  Selera makannya hilang kerana risaukan semua tugasannya.  Bkn thesis sahaja yang dia risaukan, seminar refleksi kesinambungan dari latihan mengajar juga perlu dihantar pada minggu yang sama menghantar thesis.  Dia juga telah mengulang 1 subjek yg semua org mengatakannya subjek "killer" kerana pensyarah yang terlalu tegas.  Pensyarah itu pernah menggagalkan pelajar yang sama sebanyak 3 kali..Dia risau jika dia juga akan mengalami nasib yg sama.  

Apa yg boleh aku lakukan padanya ada sentiasa ada bersama dia...Menyekat air matanya dari keluar kerana terlalu kerap dia menangis. Aku juga pernah memaksa dia tidur supaya dia boleh rehatkan otaknya.  Ternyata, dia hanya mampu pejamkan mata tanpa gangguan x sampai 15 minit dan kemudian dia bangun menyatakan kerjanya masih banyak.  Tp aku tak boleh lama dengannya.  Aku juga harus balik ke rumah aku untuk menyiapkan tugasan aku dan meneruskan rutin harian aku ke kuliah.  

Aku ingat lagi, aku ada test ternak esoknya tetapi lepas magrib aku dapat call dari salah seorang dari mereka.  "Cik mas, jom kuar makan. Kami dtg ke tempat cik mas"...Ketika itu, aku mahu memberikan alasan yang aku ada test esoknya.  Lagipun aku memang dah makan ketika itu.  Belum sempat aku berkata, "Cik mas, jom la...Hiburkan si dia sbb dia x makan pape sejak siang tadi.."Aku tahu, aku perlu korbankan masa aku untuk mereka kerana mereka selalu berkorban masa tuk aku.  Jadi aku bersetuju.  Aku ingatkan hanya mereka sahaja malam tu, rupanya ramai yg ada. Kawan2 dari jiran2 bilik dan rumah juga diajak bersama,  Aku sengaja ambil kerusi tuk duduk sebelah kawan aku tadi agar aku dapat berbual dan bertanya tentang dirinya.  Ternya dia belum ok lagi..Dia hanya mampu makan 2 sudu nasi goreng sahaja dan kemudian mengatakan kenyang...Ermmm...aku sengaja bahagikan nasi tu kepada 2 bahagian dalam pinggan, aku kata padanya yang dia makan separuh dan aku tolong makan separuh sbb tak elok membazir.  Pada awalnya memang dia enggan, akhirnya dia setuju...Berjaya dia habiskan separuh.  Bila dia kata turn aku makan, aku hanya mampu senyum dan katakan padanya yang aku dah makan.  Aku sengaja kata macam tu pada dia sbb aku nak dia  makan setelah beberapa hari tak makan.  Ketika org lain rancak berborak, dia lebih selesa untuk menjadi pendengar sahaja.  Menjadi pendiam secara mendadak...

2 hari selepas itu, aku cuba telefon dia utk tanya khabar dan berborak dengannya...Tp tak dapat.  Aku tahu yang dia sendiri tak hiraukan dimana handphoneya sejak dia mula sibuk.    Dan aku dpatkan kawannya..."Cik mas, dia balik kg pagi td"..."Knp?"..."Dia nak jumpa mak ayahnya"..."Jiwa dia x ok lg..."...Alhamdulillah, aku rasa itu yang terbaik utknya...Mungkin disitu dia kan temui ketenangan..Malamnya dia telefon aku, aku tye mcm mn rasa..."Lega sikit dah cik mas, tp balik tak lama 2 malam jer..." Dia balik tanpa bawa sebarang kerja, hanya untuk tenangkan hati semata-mata...Alhamdulillah, sekarang dia semakin bersemangat, cuma kadang2 dia akan murung...Apabila dia murung, org2 lain perlu peka untuk merangsang dia menjadi ceria... :-)



Aku akan sambung cerita tentang mereka pada entry seterusnya yer....


Tuesday 23 April 2013

Aku sudah mula memikirkannya...

2 bulan perpisahan akan terjadi antara kami...sekali lagi ianya akan berlaku dalam hidup aku...Aku sudah mula untuk memikirkan tentang itu...Kehilangan "mereka" sekaligus...Kuatkah aku...Mampukah aku menahan air mata lagi..Mereka lain dari kawan2 aku yang lain...Mereka ada keistimewaan tersendiri...Mengenali mereka mengajar aku erti berkongsi, erti berjimat, erti mendalamai kesusahan org lain dan erti memahami sikap antara satu sama lain.  Satu masalah antara kita, seolah masalah semua.  Ya Allah, cekalkah aku kehilangan mereka...Org yang sentiasa menghiburkan hati aku tak kira bila masa sekalipun aku perlukan meskipun bebanan masalah yg aku tanggung terus membenamkan aku dalam masalah.  Mereka adalah tempat tuk aku legakan segala yang aku rasa.  

Dulu, sewaktu mereka nak pergi praktikum dan dalam masa yang sama kawan baik aku nak kawen, aku rase macam hilang segalanya kat upsi nie...Terasa kekuatan aku tersangat teruji ketika tu...Sangat berat tuk aku hadapai...Alhamdulillah, aku berikan aku cinta ketika itu...Lega gundah dihati meskipun kami berjarak jauh.

Kali ini akan berlaku lagi...Mereka akan menamatkan semester 8 dengan jayanya...Aku akan kehilangan mereka...Mereka tidak lagi bersama untuk menghiburkan aku...Hilang tempat aku mengadu...Siapa lagi tempat aku nk melepaskan segala rasa dihati...Ya Allah...aku rela perpisahan itu berlaku..Tetapi aku tahu ianya akan berlaku...

Ketika dan saat mereka sibuk menyiapkan thesis masing2, mereka sangat2 perlukan aku tuk berikan semangat buat mereka.  Hampir setiap minggu aku akan pergi melawat mereka.  Kadang kala lebih dari sekali.  Ada yang dah menangis beberapa dalam proses meyiapkan thesis.  Yg mampu utk aku lakukan ialah memberikan kata2 semangat pada mereka.  Sentiasa mereka tidak cukup rehat dan tidur.  Kadang kala mmg x tidur malam langsung.  Dan bagi aku, aku suka bila ada bersama mereka membuat thesis.  Byk kerja2 tertangguh aku dapat disiapkan bersam mereka...Sama2 rajin...Syukur....Saling ingat mengingatkan...

Cukuplah setakat ini dulu aku bercerita tentang mereka...Aku akan cerita lg tentang mereka dan thesis mereka dalam entry akan datang...Selamat menyiapkan thesis yer kawan2 ku...Percaya atau tidak, minggu 10 nnt thesis kalian siap dijilid utk dihantar kepada panel penilai...Good luck...  

Monday 15 April 2013

Selamat Hari Lahir Ayah~~~

Hari ini, aku tahu darah yang mengalir dalam tubuh badan aku adalah sebahagiannya milik ayah, tulang yang membentuk diri ini juga sebahagiannya milik ayah...nadi yang berdenyut juga ada mewarisi ayah...Ayah yang sangat2 aku sayang walaupun aku tak pernah sekali pun memanggil namanya...Tetapi, aku sangat2 berbangga kerana menjadi anaknya...Sangat berbangga...Seorang ayah yang cukup tabah dan baik...Bertanggungjawab pada isteri dan anaknya kerana tidak mahu kami hidup dalam kesusahan...Mengorbankan masanya demi rezeki yang halal...Sanggup menumpang lori utk balik ke kg melihat anak dan isteri dan menumpang lori itu semula keesokkan harinya...Demi tanggungjawab, demi nafkah kepada keluarga...Tidak pernah merotan mahupun memarahi anak-anaknya...Dan anak-anak sangat hormat padanya...Dimana aku tahu semua ini???Arwah mak lang...Org yg selalu bercerita siapa ayah aku dimatanya...Dari situ aku tahu ayah aku seorang ayah yang cukup hebat...

Meskipun ayah pergi terlalu awal sebelum aku sempat merasa kasih sayangnya, aku tahu Allah ambil hambaNya yang Dia sayang...Aku tak pernah lupakan ayah...Doa dari seorang anak adalah penghubung antara 2 dunia yang berbeza...Saya akan sentiasa hantar hadiah untuk ayah.  Setiap hari selagi nyawa saya Allah pinjamkan...Saya rindu nak kunjungi pusara ayah, saya rindu nak basuh pusara ayah, saya rindu nak cat pusara ayah, saya rindu nak bercakap dengan ayah setiapa kali saya datang menziarahi pusara ayah, saya rindu nak cakap "ayah, saya balik dulu" setiap kali saya nak balik dari mengunjungi pusara ayah...Saya akan bgth ayah, "ayah, anak ayah akan jadi cikgu 1 hari nanti"...Saya nak ayah bangga ada anak macam saya...Saya janji tuk jaga mak utk ayah..Cinta hati mak sepanjang hayat adalah ayah.  Mak tak pernah bagitahu apa yang ayah pesan pada mak sebelum ayah pergi dulu.  Mak org terakhir yang ada dengan ayah..Setiap hari mak ingat ayah...Cinta mati seumur hidupnya...Mak temui bahagia bila mak dengan ayah...

Walaupun sekalipun saya tak pernah raikan hari jadi ayah, tapi saya sangat berbangga bila tarikh lahir saya sama bulan dengan ayah...Sedikit sebanyak, sikap ayah mungkin sama dengan saya...Saya bangga jadi anak ayah...Saya bersyukur jadi anak ayah...Saya sayang ayah sangat2 mcm saya sayang mak...Selamat hari lahir ayah....Al-Fatihha...



Luluh hatiku yang sayu
Menatap wajahmu tenang dalam lena
Kasih zahirkan laku
Sedangkan bibirku jauh dari lafaznya

Dan raut tuamu membekas jiwaku
Meredakan rindu mendamaikan kalbu
Tak mungkin kutemu iras sentuhanmu
Biarpun kuredah seluruh dunia
Mencari gantimu

Betapa sukarnya menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanya sekadar
tingkah
Cuma ungkapan kebisuan yang
melindungkan kalimah rahsia

Masih kubiarkan waktu
Melarikan lafaz kasihku padamu

Mengapakah sukar menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanyalah sekadar
tingkah
Cumalah ungkapan bisu kalimah rahsia

Apakah yang hilang andai dilisankan
Bait penghargaan penuh kejujuran
Tak mungkin terlihat cinta yang merona
Jika hanya renungan mata yang bersuara
Bukan tutur kata

Tiada lagi ertinya pengucapan
Andai akhir nafas di hujung helaan
Sebelum mata rapat terpejam
Usah biar kehilangan
Menggantikan lafaz yang tersimpan

Sunday 7 April 2013

Akhirnya "pergi" jua...

Korang igt lagi tak pasal kucing2 aku yg sakit yg pernah aku cete dulu...Kalau yg tak tahu, blh la baca link nie...


2 hari lepas aku balik ke kg utk cuti pertengah semester...Sampai aje rumah, aku terus carik kucing2 aku...Tudung pun tak sempat tanggalkan lagi..Aku jumpa Mimi kat daput tp Putih masih x jmp lg..Pastu aku tanya mak mn peginya Putih...Mak kata dah mati... 

:-(

Mak kata sempat bawak Putih gi klinik hari tu...Tp Dr tak boleh inject sbb Putih dah 2 hari x jamah pape makanan...Jd, Dr suruh bagi makanan dalam tin dan letakkan ubat berbentuk kapsul didalamnya.  Lepas tu, mak terus gi kedai utk belikan makanan dalam tin utk Putih, sampai je rumah, belum sempat nak bagi Putih makan dan bg ubat...Putih dah mati didalam bakulnya...Bakul yg selalu kami letak kucing utk bawa ke klinik...

Akhirnya Putih mati juga dalam keadaan yang sakit.  Sakit yg tidak dapat diketahui sebabnya.  Setiap kali aku tel mak, mak tak pernah bgth yang Putih dah mati.  Bila aku balik kg, baru aku tahu........Huhuhuhu....


Inilah makanan yg diberikan utk Putih..Tp x sempat pun Putih jamah...


Putih dalam kenangan....

Friday 5 April 2013

Meniti Usia...

3.19 pagi 5 April 2013...Bertambah 1 lagi angka usiaku...Alhamdulillah...Masih dipanjangkan usia untuk melalui kehidupan yg masih panjang...Terima kasih yg tidak terhingga kepada mak yg sangat setia bersama aku sehingga ke hari ini...Menjadi mak dan ayah sejak aku berusia kecil lagi.  Syukur tidak terhingga kerana Allah masih memberi aku peluang untuk hidup dengan mak...Ya Allah, panjangkan lagi usia makku kerana masih banyak yang aku mahu lakukan untuk dia.  Membalas jasanya...

Kepada rakan2 yg mengingati hari keputerianku, terima kasih dengan doa kalian.  Semoga kita sama2 diberkati olehNya...


Ratu hati aku sepanjang hayat...Terbaik dihati dunia akhirat selamanya...Tiada pengganti...Sayang mak sangat2....


Tanpa mereka, aku bukan sesiapa dimuka bumi ini....