HANYA AKU...

HANYA AKU...

Thursday 22 August 2013

Berendam sampai kembang....

Aku nk tulis entry nie semalam. Tetapi aku terlalu penat setelah seharian berjimba dgn bff aku, Azie...Kami berjimba di Melaka Wonderland Theme Park & Resort...Idea tercetus tuk ke sana dah lama dirancang kami. Sebelum aku final sem 5 lg, Azie dah tanya bila aku cuti sem. Kami sampai disana sekitar jam 11.30 pagi di sambut oleh maskot2 Melaka Wonderland. Aku sukalah dapat jumpa maskot2 tu, tp azie takut dengan maskot2 tu...Hehehe...Aku ckp kat dia, "ni maskot je la...bkn mkn org pun..tu pun takut..." Jadi, apabila dia melintasi maskot2 tersebut, laju giler dia jalan. Hehehe...






Aku send gambar nie kat bff aku, dia kata aku nampak macam bulat jer..Memang pun, ni lah hasil cuti 2 bulan duk umah...Hehehe...

Lepas bayar bayaran masuk dan di pakaikan tag kat tangan, kami naiklah keretapi tuk ke dentinasi menukar pakaian dan simpanan barang-barang di loker. 





Nasib kami baik sebab barang-barang makanan yang kami seludup x diperiksa. Mungkin sebab kami datang hari biasa dan bukan hujung minggu. Dengan hanya mencapai rm 10 untuk disimpan didalam poket, kami simpan semua barang-barang termasuk handphone ke dalam loker.  Destinasi pertama, kami turun untuk basahkan badan dikawasan kanak-kanak...Hehehe...



Untuk bermain permainan yang lain, kami perlu menyewa pelampung. Jadi, kami pun ke kaunter menyewa pelampung. Yang tinggal hanya pelampung jenis double dengan harga sewaan rm 20. Tetapi yang ada dalam poket aku hanya rm 10. Azie langsung tak bawa duit sebab seluarnya tiada poket.  Rupa-rupanya yang menjaga kaunter adalah pelajar upsi yang aku kenal. Orang Mersing yang part time di Melaka Wonderland. Aku juga pernah berkerjasama dengannya untuk menjayakan 1 event. Jadi, kami pinjam duitnya dahulu. Bila dah dapat pelampung, masanya untuk bermain permainan yang lebih dasyat...Yezzzza.....

Semua permainan kat situ bermula dari ketinggian yang tinggi. Azie memang seorang yang penakut. Semuanya dia takut untuk cuba. Rugilah kalau bayar mahal-mahal tak main kan, jadi gunalah skill memujuk aku untuk ajak dia main sekali. Menjerit2 dia bila kami nak turun gelongsor. Pas turun mesti dia ckp, "tak nak org main lg beb"...Hahaha...Dia rasa gayat dan takut sebab dia risau kalau dia tercampak dari gelongsor tu...Hehehe...Mestilah permainan yang ada menggunakan ciri-ciri keselamatan kan...




Permainan nie aku main sorang-sorang jer beberapa kali sebab azie mmg takut giler2 nak mencuba...Syok habis aku rasa...Dia tunggu kat bawah jer, tunggu aku turun. 

Ini permaian yang paling aku suka dan pada ketinggian paling tinggi. 2 kali dapat main setelah bersusah payah aku ajak azie main. Yang bestnya kita akan berpusing di kawasan bulatan besar tu selama 3 pusingan sebelum tercampak laju ke bawah. Dapat 2 kali jer main sebab kali kedua lepas turun ke bawah jer, azie dah pening kepala nak muntah. Dia mabuk katanya. Aku bising kat dia sebab sebelum berenang dia x amik breakfast dulu dan malam sebelumnya juga dia tak menjamah apa-apa makanan berat. Jadi, memang tak sesuai berendam lama-lama dengan perut kosong. 



Selepas puas main semua perminan yang ada, azie ajak aku turun ke kawasan ombak buatan. Agak kuat jugalah ombak tu sampai aku yang berat nie pun mampu bergerak apabila ditolak oleh ombak. Makin lama makin dalam. Azie boleh tarik aku sampai ke kawasan 5 kaki. Kat kawasan tu kaki aku dah x jejak lantai dah...Takut gak aku sebab aku kan tak pandai berenang. Dia steady jer tuk ke kawasan dalam. Malah makin dalam pun dia boleh. Aku mintak dia bawak aku ke kawasan yang aku boleh jejakkan kaki....Heheheh...Kat sini giliran dia pulak gelakkan aku. Hehehe...

Selepas dah berjam-jam kami habiskan masa tuk berendam dan sekali sekala makan makanan ringan yang dibawa, jadi kami pun perlu menukar pakaian sebab ada destinasi lain yang perlu dituju. 



Sebelum menukar pakaian


Peganglah sebelum nak dipulangkan....


Muka lagend hati kapas...Hehehe...


Sebelum bergerak ke destinasi lain

Seterusnya kami ke dataran pahlawan tuk cuci mata tengok hp dan sementara tunggu BB aku diformat, kami menyantaikan diri di McD...Sepatutnya kami nak singgah beraya kat umah cikgu kitaorg, selepas tel cikgu tu, rupanya dia ke jabatan kerana ada program disana. Kami sampai kat umah masing-masing sekitar 8.30 malam selepas kepenatan seharian bersama. 

Agak2 bila aku nak sampai tambun yerk...Dah 3 tahun aku kat perak, tak jelajah mana-mana pun dalam perak...Huhuhu....

Sunday 18 August 2013

Buah hati pengarang jantungku....

Sepanjang cuti semester nie, masa aku banyak dihabiskan dengan memerap kat rumah sahaja. Rehat habis-habisan. Kebanyakkan masa aku habiskan dengan bermain dengan si bulus penyeri rumah kami. Aksi-aksi si bulus menjadi hiburan tuk aku ambil gambarnya....Aku suka sangat ambil gambar si bulus kuning dan mimi ketika merka tidur....Hehehe....


1...2...3...nk zzz.....


Asyraf main dengan kuning. Si kuning ni pulak elok sangat duduk atas riba si asyraf nie...Asyraf ckp, "meow tut eh..."


Kat mana aku tidur, kat situ si kuning nak tidur jugak...


Bila aku keluar naik kereta pada jarak yg dekat, aku akan bawak si kuning bersama.  Dia akan duduk diam-diam atas riba waktu aku memandu...


Tempat paling si kuning suka, atas riba...


Bantal untuk kuning yang nenek bagi tuk dia...Hehehe...


Gambar atas...Waktu kami sekeluarga nak bersahur. Kuning pun bangun sama. Morning semua...
Gambar bawah...Selepas kami balik berterawih. Kuning macam gi terawih bersama, letih jugak...




Tidur dengan pelbagai aksi...


Malam raya aidilfitri...


Tabiat si kuning, suka keluarkan sedikit lidahnya...Kalau cuit, dia masukkan semula...Hehehe...



Kalau dah nagantuk, kat mana pun blh zzz...

Aksi-aksi mimi yang lebih ganas...






Tidur dalam kotak, konon-konon kecik la badan dia...






Nampak macam mesra jer mereka berdua, hakikatnya bunyi macam nak gaduh. Sajer aku rapatkan mereka. Dah berbulan tinggal sebumbung, tp masih tak boleh nak berjumpa...



Aku nak balik ke TM x lama jer lagi, tak tahulah macam mana nak berjauhan dengan kuning. Setiap hari aku main-main dengan dia, bg dia makan, kendong kesana-kemari, bawak naik motor pusing-pusing kampung, tidur pun dengan dia jugak....Huarrrghhhh....

Saturday 10 August 2013

Hidupku...Keluargaku...Duniaku...

Selamat hari raya aidilfitri aku ucapkan kepada semua yang membaca blog ini. Setiap orang mempunyai cara perjalanan dan aturan keluarga tersendiri apabila hadirnya aidilfitri.  Begitu juga aku dan keluargaku. Aku mahu bercerita tentang perjalanan aku dan keluarga menjelang adilfitri tahun ini.

7 Ogos 2013

- Seawal 5 haribulan lagi mak aku dah ke pasar besar muar untuk mencari bahan-bahan memasak untuk hari raya.  Telah menjadi kebiasaan keluarga aku membeli-belah awal kerana mengelakkan kesesakkan manusia di pasar. Mak kata susah nak dapat tulang kaki lembu dan perut lembu sekarang. Tak lengkap raya bagi keluarga aku jika tidak dapat menikmati hidangan sup tulang dan lembu masak asam. Ditakdirkan Allah, selepas terawih terakhir aku pun online la FB. Dan terbacalah post kawan sekolah menengah ada memotong lembu untuk dijual.  Jadi aku PM la dia bertanya bepihal harga. Selepas dia meninggalkan no hp, maka aku pun berSMS dengannya. Alhamdulillah bila dia kata "ada" cuma dia nak tahu jumlah yang aku perlukan berapa. Oleh kerana mak dah tidur, maka aku berjanji untuk memberitahunya semasa sahur nanti.  Jadi semasa sahur, aku suarakan kepada mak, dan aku pun menghubungi kawan aku itu.  Jadi, dia menyuruh aku mengambil apa yg aku mahu tu seawal yang boleh sebelum ada pembeli lain yang berkenan. Seawal 6.30 pagi aku dah keluar rumah bersama mak ke kedainya. Selepas itu, singgah di kedai runcit untuk membeli kulit popia utk membuat popia.

- Sesampai dirumah, bersiap sedia untuk menerima arahan dari mak aku. Sebelum itu, aku mengeluarkan barang2 yang nak digunakan dari dalam stor. Arahan pertama untuk aku, mengupas bawang yang telah dikeluarkan oleh mak mengikut jenis masakan. Asingkan yang mana perlu dikisar dan yang mana untuk dimayang halus sambil itu aku perlu memcelur perut lembu untuk mengenyalkannya. Kak tam pula perlu membasuh beras dan memasukkan beras ke dalam ketupat. Selepas perut yang dicelur sejuk, aku perlu mengejutkan abang aku bangun tidur dan kerja-kerja memotong perut lembu dan daging lembu ditugaskan kepadanya. Arahan seterusnya untuk aku adalah menyalakan dapur kayu untuk merebus ketupat dan merebus tulang kaki. Memastikan api untuk ketupat dan sup dibawah tanggungjawab aku sehingga 2 makanan tersebut selesai dimasak.

- Selepas zohor, aku perlu menyediakan bahan-bahan membuat popia untuk 100 keping popia yang hendak dihidangkan oleh pasukan takbir malam nanti. Selepas itu, aku perlu ke sungai rambai mengambil tempahan kuih raya dan membeli roti untuk dihidangkan malam nanti.

- Selepas asar, sekitar pukul 5 aku memulakan menggulung popia dengan dibantu oleh 2 org anak buah aku. Seorang membantu mengopek kulit popia dan seorang lagi meletakkan bahan-bahan diatas kulit popia dan aku menggulung popia. Seterusnya, kakak aku akan menggoreng popia tersebut.

- Telah menjadi tradisi keluarga aku, hidangan hari raya dimasak awal dan juadah berbuka hari terakhir berpuasa adalah menu hari raya untuk hari keesokannya.  Senario ini berbeza dengan keluarga orang lain kerana kebanyakkan keluarga memasak hidangan hari raya di awal pagi menjelang aidilfitri. Ketika ini kami dah zzz da...Hehehe...

- Selepas solat magrib, melayan anak-anak buah bermain bungapi dan seterusnya menyediakan cawan minuman untuk pasukan takbir raya. Menunggu pasukan takbir datang ke rumah. Pasukan takbir sampai ke rumah aku pada pukul 11.30 malam. Syahdu mendengar takbir raya. Untuk tahun ke 25 ku beraya tanpa ayah...

- Selepas mengemas semuanya, sekitar 1.30 pagi aku mencari si sayang kuning untuk di ajak tidur bersama.

8 Ogos 2013

- Keenakkan tido akibat keletihan menyediakan juadah raya tidak dapat diteruskan apabila terdengar suara mak memanggil-manggil semua nama anaknya satu persatu untuk bangun menunaikan solat subuh dan mandi sunat aidilfitri. Memang liatlah nak bangun ketika ini. Sebelum mak memangilkan untuk sesi seterusnya, seorang demi seorang ke bilik air membersihkan diri.

- Seperti biasa, sediakan sarapan untuk semua. Setting lauk-pauk raya dan isi kuih raya ke dalam bekas. Mak akan bersarapan dulu sebelum menunaikan solat sunat aidilfitri. Tugas penting aku ialah memasukkan lauk ke dalam mangkuk tingkat dan menyediakan 2 cerek air untuk mak bawa ke surau selepas sembahyang raya. Surau akan adakan kenduri selepas solat. Jadi setiap keluarga akan membawa makanan masing-masing untuk dinikmati bersama.

- Sesi bermaafan-maafan bermula. Selepas itu, adik-beradik lain akan berkonvoi ke rumah adik-beradik arwah ayah dan yang tinggal kat rumah hanya aku dan mak sahaja.  Mak akan melayan tetamu manakala aku akan sediakan minuman untuk tetamu.  Ketika ini memang penat yang teramat sangat. Keluarga sebelah arwah ayah besar, jadi sesi kunjung mengunjungi memang tidak putus-putus.  Singki tak sempat kering dah basah kembali. Kaki aku sampai injured.

- 5.00 petang, kami bersiap untuk beraya ke rumah abg teh. Berkonvoi la kami sebanyak 12 kereta ke rumahnya. Prinsip abg teh, siapa yang nak duit raya perlu beraya ke rumahnya. Abg teh memang buat open house di hari raya pertama sebelah petang. Mak dan abang tak pergi sebab mak khuatir ada tetamu yang datang. Tugas aku diambil alih oleh abang aku seketika.  Pas makan duduk tepi sungai bersama moon sambil menjadi pemerhati kepada anak buah dan cucu aku supaya mereka tidak bermain sehingga ke jalan raya.

- Selepas balik dari rumah abg teh, perlu mandi dan solat magrib secepat mungkin kerana semua akan balik kampung nenek. Arahan dari mak, 8.30 malam perlu bergerak balik kampung berhari raya.

- Alhamdulillah, nenek masih sihat dan telah berusia 91 tahun. Malam ini, kesemua rumah adik-beradik sebelah mak perlu beraya. Nasib baik rumah mereka dekat-dekat, jadi tidak menjadi masalah untuk kami habiskan 6 buah rumah dalam 1 malam.

- Habis beraya untuk malam ini. Mencari si kuning untuk ajak tido bersama. Kuning dikuaratin seharian kerana tidak mahu berlaku kecederaan padanya kerana aliran keluar dan masuk kenderaan di halaman rumah adalah kerap.

9 Ogos 2013

-Telah masuk raya kedua.  Akibat tidak tahan dengan kesakitan tapak kaki, minta abang aku urutkan. Memang sakitlah dia urut tetapi kena tahan sakit sikit. Lega sedikit kesakitan. Hari ini tidak beraya kemana-mana hanya duduk rumah menunggu kunjungan orang lain. Hehehe...

Inilah sedikit sebanyak perjalanan aidilfitri bagi diri aku dan keluarga...Dapatan duit raya agak memberansangkan tahun ini. Senyum sampai telinga aku.Hehehe...Dapatlah untuk aku gunakan sebagai persiapan sebelum mulanya semester baru. Alhamdulillah... Selagi masih bergelar "pelajar", duit raya masih dpt lg. Bila dah berkerja nnt, tak dapat da...huhuhu....

Sunday 4 August 2013

Ramadan Semakin Pergi...

Malam ini telah masuk malam ke 27 Ramadan...Bermakna beberapa hari lagi akan munculnya Syawal...Adakah ini Ramadan terakhir utk aku?. Ramadan kali ini benar-benar mengajar aku tentang berkatnya bersabar.  Bersabar dengan apa juga dugaan yang datang. Aku harapkan baki beberapa malam lg untuk solat sunat terawih aku dapat laksanakan dengan baik. In Shaa Allah...Malam ini malam 27 Ramadan. Bagi kami masyarakat kampung mengenalinya sebagai malam melikor. Aku tak pasti tempat lain panggil malam apa. Biasanya, setiap orang yang datang untuk solat terawih akan bawa sepiring kuih untuk dimakan bersama selepas selesai solat terawih nanti. Jadi pada ketika ini jemaah akan hidangkan semua kuih yang ada untuk dimakan bersama-sama.  Membawa kuih bukanlah perkara yang wajib, tak bawa pun tak pe. Mak aku rancang untuk membuat kuih buah melaka untuk juadah berbuka kami dan dibawa ke surau malam nanti.

Bila menjelang hari raya, kesibukkan aku semakin memuncak. Adik-beradik akan mula balik ke kampung bermula Selasa nanti. Aku menanti kepulangan "team kerja keras" utk balik. Kak lang akan ambil tugasan mengemas luar dan dalam, Kak tam akan jadi penyedia bahan masakan dan merangkap tukang masak kedua, aku pulak akan jadi orang yang bertanggungjawab menyediakan peralatan dan bahan memasak, manakala kak enon akan jadi runner bagi semua kerja-kerja yang ada. Bagi kakak-kakak yang lain, mereka dah ada rumah mereka sendiri yang dekat dengan rumah mak, jadi mereka tidak membantu buat persiapan kat umah mak. 2 pelepah daun ketupat yang mak aku dapat tahun nie, maknanya lebih 150 biji perlu dianyam untuk 1 keluarga besar kami. Tahun ini keluarga aku menerima 5 ahli baru dalam keluarga. Kesemuanya pangkat cucu untuk aku. Jadi, jangan lupa tambah angpau yer adik-beradik aku yang lain. Aku masih berstatus pelajar, jadi aku terlepas untuk memberi duit raya dan masih layak mendapat duit raya. Hehehehe....

Selepas raya nanti, banyak perkara yang perlu aku fikirkan dan selesaikan. Yang menghantui fikiran aku sekarang ialah menerima atau menolak perkara penting yang perlu dilaksanakan di TM. Jika aku menerima, bermakna aku perlu balik awal ke TM. Jika aku menolak, aku boleh balik ke TM mengikut jadual cuti yang telah ditetapkan. Tetapi, terlalu banyak yang aku harus fikirkan sebelum menerima dan menolak perkara penting ini. Masih didalam tempoh membuat keputusan. Aku perlu menunaikan hajat beberapa orang yang penting dalam hidup aku sebelum cuti aku berakhir. Kesemua hajat perlu aku laksanakan selepas raya nanti. Masalah bagi aku adalah kesemua hajat yang hendak aku laksanakan bergantung kepada masa mereka. Jika aku balik awak ke TM, pastinya aku tidak dapat melaksanakan kesemua hajat insan-insan yang penting dalam hidup aku. Tetapi, jika aku tidak menerima perkara tersebut, pastinya akan berlaku keterkilanan dalam hidup aku selamanya.  Susah juga untuk membuat keputusan dalam hidup sebenarnya. Tak sanggup aku mengecewakan orang lain dan membiarkan diri aku terkilan. Sangat susah untuk aku membuat keputusan. Aku perlu berfikir lagi...



Akhir sekali, 
Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk sesiapa yang membaca blog aku ini. Aku mohon ampun dan maaf seandainya penulisan blog aku ini telah menyinggung hati mana-mana pihak...


Friday 2 August 2013

Sepi suasana...

Hari ini 2 Ogos bersamaan 24 Ramadan dan bersamaan dengan hari Jumaat terakhir dalam bulan Ramadan sebelum munculnya Syawal tidak lama lagi.  Telah menjadi kebiasaan bagi mak memilih masa sebegini untuk menziarahi pusara arwah ayah sebelum datangnya hari raya. Alhamdulillah, dengan cuaca pagi yang sangat tenang, tidak panas dan redup mengiringi aku, mak, kak long dan moon.  Salam dihulurkan selangkah kami masuk ke tanah perkuburan. Aku dan mak terus ke kubur ayah manakala kak long dan moon ke kubur arwah abg ipar aku. Seperti biasa kami akan tukarkan kain putih terlebih dahulu yang membaluti nisan ayah, mencabut rumput jika ada dan bersihkan keliling puasa terlebih dahulu.  Alhamdulillah, kain putih tahun lepas masih kukuh tiada koyak walaupun setahun berhujan dan berpanas. 

Selepas selesai, mak hulurkan aku senaskah surah yasin. Mak memulakan manakala aku mengikutnya, Hadiah buat arwah ayah dari kami dipagi hari. Selepas selesai doa dibaca oleh mak dan aku aminkan, salam perpisahan diberikan sebelum kami meninggalkan pusara. Mak suruh aku buang kain putih yang lama ke perigi sampah terdekat.  Selepas itu, giliran kak long dan moon pula dipusara ayah. Ketika itu aku ke pusara arwah mak lang. Terasa rindu betul aku dengan mak lang. 

Adik beradik lain akan ke pusara mengikut kelapangan masa masing-masing. Selalunya selepas solat sunat aidilfitri. Doa dihulur kepada arwah-arwah yang telah pergi terdahulu sebelum kami tandan ingatan tulus ikhlas yang tidak berbelah bagi...

Al-Fatihha...