Terima kasih Ya Allah kerana mengkurniakan mereka sbg teman
dan rencah perjalanan kehidupan aku disini.
Aku sangat2 bersyukur mengenali mereka.
Mereka lain dari yang lain kawan yg pernah aku ada. Berada diantara mereka, membuatkan aku lupa masalah
yang ditanggung. Dan malam ini, aku
terpaksa merelakan pemergian mereka. Mereka
akan berpraktikum tak lama lagi. Dan selepas
dia, aku akan merelakan pula teman baikku disini untuk pergi meninggalkan
aku. Aku redha dengan ketentuan ini. Jika ini yg Allah tuliskan untuk aku, aku
terima dengan hati yang terbuka. Siapa aku
untuk menolak semua ini. Ya Allah, jgn
kau biarkan hati ini sunyi. Isilah kesunyian
hati ini dengan sesuatu. Tabahkan aku
dan paling penting sekali, redhakan aku dengan takdirMU ini Ya Allah…
Apa agaknya yang akan berlaku pada aku selepas ini. Belajar melalui liku-liku kehidupan sebagai
mahasiswa secara berdikari. Tabahkan aku
Ya Allah dan aturkan kehidupan aku sebaiknya.
Hanya Kau mengetahui segalanya.
Hati ini sedih, sangat sedih.
Tapi aku tahu aku kena tabah untuk hadap semua ini. Aku tahu Allah tak uji kalau Dia tak
sayang. Jadi, Dia sedang menguji aku…InsyaAllah,
aku akan lalui sebaik mungkin….KU SERAHKAN SEGALANYA PADAMU MAHA PENCIPTA….Amin…
No comments:
Post a Comment