HANYA AKU...

HANYA AKU...

Sunday 24 June 2012

nafas baru...


Hah...skrg nie rase lbh tenang tuk lalui hari2 mendatang...Allah Maha Mengetahui...Ketenangan, keceriaan dan kegembiraan dalam diri...Alhamdulillah....Syukur kepadaMU YA ALLAH...

Bukan dengan sengaja tidak cukup prihatin
Ku harap kau bersabar dan rasa lebih yakin
Maafkan seandainya ku masih amatur cinta

Luangkan diri ini lebih masa
Melengkapkan kekurangan yang ku ada
Temankan di kala ku memerlukan bimbingan
Sehingga diriku menjadi pencinta terbaik

Saturday 23 June 2012

Walimatulurus...

Undangan kawen kawan baik UPSI aku dah sampai...wlupn invite guna FB tp aku ttp teme...Tahniah2...Hepy utk dia...kabahagian yg dia cari, kebahagiaan juga yg dia dapat...Sepanjang aku kenal dia, byk sgt halangan yg dtg...semua dia lalui dgn pelbagai halangan...Halangan nk bina masjid nie pn, sangat2 byk halangannya...Sampai nk final pn, masalah nk merealisasikan walimatulurus nie dtg dgn begitu dasyat...Allah Maha Mengetahui dan Allah Maha Besar...sebesar mana pun dugaan, pasti ada jalan yg Allah akan tunjukkan...Qunfayaqun...Janji Allah tu jelas...Dah tertulis Luh Mahfuznya jodohnya,rezekinya,hidup dan matinya...dah tertulis...Dan Allah sedang menunaikan janjiNya...Alhamdulillah, dipermudahkan....Allahhuakbar...Allahhuakbar...Allahhuakbar....Tahniah sahabatku Nurul Balkis...


17 Syaaban tu mmg dia suka...sama dgn tarikh lahirnya 17 Jun....


Ermm...tak tahu sebenarnya tempat nie kat ne sbb nie umah abang dia...Bkn kg dia...hehehe...xpe2...akan aku cuba mencarinya...

BALKIS & HAFIS

NURUL BALKIS & MOHD HAFIS

Saturday 16 June 2012

gembira dalam kesedihan...

Malam ini malam terakhir aku lihat dia tidur sbg roomateku...lepas ini tak de lg dia sbg roomateku...dia akn tidur bersama suaminya pula...lena sungguh dia tido, bersiap sedia untuk exam terakhir esk...1 sem menjadi roomatenya, mcm2 perkara berlaku...aku mengambil keputusan mengikut dia kesini dulu krn aku nk susah senang bersamanya...aku x nk tgk dia susah utk ke kuliah atau kemana shj...cukuplah bakti yg mampu aku beri padanya sehingga ke hari ini...selepas ini, ada org lain yg lebih bertanggungjawab terhadapnya...

1 sem bersamanya, mintalah apa sahaja..pasti dia akn masakkannya...asalkan aku yg sediakan bahan2nya...cekap dia memasak...kenyang aku kat sini...takde lagi mkn lauk yg sama seperti duduk kat kolej dulu...duduk dgnnya, menu sentiasa berubah...

Dimaki, diherdik, dimarah adalah benda yg pernah aku rasa bersamanya...bila emosi menguasai diri, maka kenalah aku pada perkara2 tu...tp, aku tahu dia dalam keadaan marah..biarpun hati akan tercalar dgn kata2nya, tetapi kemaafan ttp ada utknya...tipulah klu xde kata2nya yg melekat pd hati...lumrah kehidupan manusia...

1 sem bersamanya, segala rencah perjalanan keluarga kami kongsikan...ada yg seronok dan ada yg tidak...dia yg ada, maka dgn dia jugalah aku kongsikan segalanya...dpt kenal mak ngah dia, mak dak dia, tok aji dia...sepupu2 dia...huh...seronok...paling seronok bila dia dapat keluarga dia semula...bahagia...anugerah yg tidak ternilai...

Apa yg boleh aku katakan, hanyalah ucapan terima kasih yg tidak terhingga kerana sudi terima aku utk tinggal bersama2 dia...meskipun hanya 1 semester, ttp ianya cukup bermakna buat aku...

Dulu, masa mula2 aku daftar kat sini...aku selesa dgn dia...dan aku beranggapan yg dia satu2nya kawan yg akan melangkah dgn aku sehingga 4 thn kami disini...tp, langkah aku kembali sepi apabila dia akan mendirikan rumahtangga...aku perlu berdikari sendiri...dia ada tanggungjawbnya sendiri...dia ada bgth aku yg tidak akan ada apa2 perubahan antara kami.  yg bezanya, cuma kami x tinggal bersama lg...ntah la...aku x letak apa2 harapan sbb semuanya belum berlaku...sekiranya dia x abaikan aku, syukur Alhamdulillah...jika dia semakin jauh dari aku, aku redha dengan ketentuan itu...jd, xde apa2 target atau harapan yg aku letakkan...cuma aku berani utk agak, yg dia akn berubah...mesra kami mgkin x mcm skrg...yela kn, dia kn dah ada suami dan tinggal bersama suami...aku nie, seorang diri...

Akhir sekali, inilah malam terakhir aku menatap seorang kawan baik yg aku anggap adik aku tido utk sekian kalinya dan tiada lg seperti mlm ini selepas ini...malam esok, aku akan tido bersendirian sementara menanti hari isnin sbg hari kepulangan aku ke kg...

Selamat Pengantin Baru JOJO...Selamat Pengantin Baru ADIK... <3 


Thursday 14 June 2012

BELAJAR UNTUK REDHA...


Terima kasih Ya Allah kerana mengkurniakan mereka sbg teman dan rencah perjalanan kehidupan aku disini.  Aku sangat2 bersyukur mengenali mereka.  Mereka lain dari yang lain kawan yg pernah aku ada.  Berada diantara mereka, membuatkan aku lupa masalah yang ditanggung.  Dan malam ini, aku terpaksa merelakan pemergian mereka.  Mereka akan berpraktikum tak lama lagi.  Dan selepas dia, aku akan merelakan pula teman baikku disini untuk pergi meninggalkan aku.  Aku redha dengan ketentuan ini.  Jika ini yg Allah tuliskan untuk aku, aku terima dengan hati yang terbuka.  Siapa aku untuk menolak semua ini.  Ya Allah, jgn kau biarkan hati ini sunyi.  Isilah kesunyian hati ini dengan sesuatu.  Tabahkan aku dan paling penting sekali, redhakan aku dengan takdirMU ini Ya Allah…

Apa agaknya yang akan berlaku pada aku selepas ini.  Belajar melalui liku-liku kehidupan sebagai mahasiswa secara berdikari.  Tabahkan aku Ya Allah dan aturkan kehidupan aku sebaiknya.  Hanya Kau mengetahui segalanya.  Hati ini sedih, sangat sedih.  Tapi aku tahu aku kena tabah untuk hadap semua ini.  Aku tahu Allah tak uji kalau Dia tak sayang.  Jadi, Dia sedang menguji aku…InsyaAllah, aku akan lalui sebaik mungkin….KU SERAHKAN SEGALANYA PADAMU MAHA PENCIPTA….Amin…

Sunday 10 June 2012

AKU POHON KEKUATAN YA ALLAH...


Ya Allah Redhakan aku dgn takdirMu…Cekalkan aku dgn ujianMu…Tabahkan aku dengan ujian Mu…Sabarkan aku dengan ujianMu dan sabarkan aku dengan ujianMu dan ikhlaskan aku dengan semua ini Ya Allah… Amat berat untuk aku terima semua ini berseorang tanpa kekuatan dan ketabahan dariMu YA ALLAH…Sahabat baikku ingin mendirikan rumahtangga.  Hilanglah teman suka duka aku di sini. Dia akn keluar dari rumah ini dan tinggal bersama suaminya…Tinggallah aku seorang diri…Sunyi sendiri…Ya Allah, isilah kekosongan hati ini.  Cekalkan aku Ya Allah…Hiburkan hati aku Ya Allah….Jgn KAU biarkan aku keseorangan….YA ALLAH, sekiranya pernikahan sahabat aku itu adalah seperti yang telah kau telah tuliskan di LUL MAHFUZ untuknya, Kau permudahkanlah segala urusannya...Sekiranya tidak, Kau tunjukkan apa yang harus dia lakukan…Sekiranya masih ada kesempatan untuk aku meniti kehidupan bersamanya, Kau berilah kesempatan itu kepadaku, tetapi jika tidak jangan kau biarkan aku keseorangan…Kau lebih mengetahui apa yang tersurat dan tersirat dalam kehidupan ini…Amin…