HANYA AKU...

HANYA AKU...

Monday 29 December 2014

Lihatlah Dengan Mata Hati...

Dalam dunia nie, pasti kita akan jumpa orang yang memandang pada gelaran atau pangkat. Melihat luaran tanpa mengetahui siapa mereka di sebaliknya. Apa yang bakal aku cerita nie takde kena mengena dengan apa yang baru aku melalut nie. Hehehehe…Saje nak buat penyedap ayat. Ceewahhh…Kali nie aku nak bercerita pengalaman ketika aku bekerja di pasar dulu. Pasar sayur. Pasar mana yang tidak mempunyai bau yang tak menyenangkan kan. Hakikatnya pasar ada baunya tersendiri. Mula-mula baru bekerja dulu mmg kerap sangat diri nie nak meludah, tapi lama-kelamaan, hidung aku dah lali dengan bau pasar. Kat pasarlah aku dapat lihat pelbagai jenis manusia. Mengenali dan menyelami kehidupan orang lain. Belajar berkomunikasi dengan pelbagai lapisan masyarakat. Kat pasar kita belajar aku mengenali hati budi manusia.

Setiap pagi akan ada seorang pak cik yang akan memberi makan ikan segar kat semua kucing yang ada kat pasar tu. Lingkungan usia pak cik nie mungkin dah 75++. Kurus dan rendah sahaja. Nampak dah tulang selangka pak cik nie sebab dia pakai baju jarang dia butangkan. Setiap pagi seawal 6.30 pagi pak cik akan kayuh basikalnya ke pasar. Bila kucing-kucing nampak dia, semua dah ready tuk terima habuan masing-masing. Pak cik nie akan masuk ke pasar beli ikan-ikan yang sederhana kecil saiznya. Kadang-kadang kembung, kadang-kadang selar. Jadi uncle yang jual ikan pun dah tahu yang pak cik nie akan beli ikan untuk kucing. Jadi lepas timbang uncle ikan akan potong dua semua ikan-ikan tu. Kalau besar akan potong tiga. Lepas tu, pak cik tu akan pergi ke tepi pasar. Kat satu kawasan yang lapang tu telah menunggu puluhan ekor kucing di sana. Memang banyak kucing. Kadang-kadang aku pun tak pasti mana kucing-kucing tu datang sebab bila waktu pagi barulah nampak semua kucing yang ada. Masing-masing akan terima ikan segar dari pak cik tu. Selalu dengar pak cik tu cakap, “jangan berebut, semua dapat”. Ada yang makan di situ dan ada akan bawa ke tempat lain. Bukan setakat di tepi pasar pak cik tu bagi, terus ke tepi jalan utama pak cik akan cari kucing tuk bagi makan. Patut le kucing-kucing kat pasar tu semakin banyak dan tak mahu berhijrah, sebabnya ada yang jaga makan minum mereka. Pernah 1 pagi nie, hujan turun lebat sangat. Pak cik tetap ke pasar dengan basikal usang dia dan baju hujan. Lepas beli ikan dia bagi kucing-kucing makan dalam pasar. Esoknya, pak cik tu kena tegur dengan seseorang nie supaya jangan bagi kucing makan dalam pasar sebab takut kucing buang najis dalam pasar. Ringkas jawapan pak cik tu, “semalam hujan lebat, tak kan aku nak bagi kucing makan dalam hujan”. Aku rasa pak cik nie dah bagi kucing makan mungkin dah beberapa tahun. Itulah rutinya.Tidak pernah tertinggal walau sehari untuk beri si bulus makan. Pernah aku ceritakan pada mak, mak kata murah rezekinya. Kucing juga akan mendoakan kita. Lihat pada usia pak cik tu, dia masih kuat mengayuh basikal ke pasar. Lihat, mungkin kucing-kucing doakan pak cik tu panjang umur dan diberikan kesihatan yang baik supaya pak cik tu boleh beri mereka makan ikan hari-hari tanpa perlu mencuri ikan dalam pasar. Pernah aku jumpa pak cik tu di sebuah kedai untuk ketika aku hendak membeli sarapan pagi. Ramai yang mahu belanja pak cik tu sarapan. Tetapi dia selalu mengelak sebab katanya tak mahu minum air manis banyak sangat. Aku harap, pak cik ni akan terus diberikan kesihatan yang baik supaya kucing-kucing di pasar terjaga makan mereka.

Kucing-kucing di pasar selalunya datang dari hasil orang yang “membuang” kucing ke pasar. Mungkin mentaliti manusia akan bersangka jika dibuang di pasar akan mudah untuk kucing-kucing tersebut dapat makanan. Pernah suatu pagi ketika aku datang ke pasar, aku lihat ada 4 ekor anak kucing yang cantik-cantik bulunya. Bersih. Barangkali ada yang membuangnya malamnya. Aku biarkan saja adik-beradik kucing tu bermain dekat bangku tempat aku berniaga. Bos pun tak bising, jadi aku pun tak alihkan mereka semua. Lagipun dia tak mengganggu laluan orang ramai. Pernah aje berlaku anak kucing mati di pijak dek kerana pelanggan pasar tak perasankan kucing di lantai. Menjerit kuat kucing tersebut tak berapa lama mati keras di lantai. Ishhh…Aku cukup tak berkenan orang jalan tak mahu tengok keadaan sekitar. Pada hari yang sama kehadiran 4 beradik kucing tersebut, ada sepasang adik-beradik yang datang membeli sayur di kedai aku. Tak lama selepas adik-beradik tu beredar, dia datang sekali lagi untuk bermain-main dengan kucing. Jadi si kakak berkatalah pada bos aku, “boleh saya ambil kucing ni?". Bos aku pun jawab, “ambillah…abg bg free je..baru sampai ni. Semalam tak de”…hahaha…jadi si kakak ambil semua ank kucing tu dan bawa ke motor. Di motor si adik dah sedia dengan kotaknya. Rasanya ketika beli sayur tadi mereka dah usha kucing-kucing tu. Balik rumah hantar sayur dan ambil kotak. Sekarang 4 ekor anak kucing dah ada tuan barunya. Percayalah, ada rezeki yang Allah kirimkan bila kita membela makluk lain.

Kisah yang lain pula bila ada seekor ibu kucing yang telah sarat mengandung datang ke pasar. Hari-hari pasti ada yang berhenti di suatu sudut tempat ibu itu berehat dan berbual-bual dengannya. Biasanya, orang-orang yang datang ke pasar adalah regular customer. Jadi, dia akan buat perkara yang sama bila ke pasar. Jadi, orang yang sama juga akan tanya khabar ibu kucing tersebut sampailah kucing tu selamat lahirkan anak. Bila ibu kucing tu dah melahirkan, memang garanglah dia. Tak bagi orang sentuh anak-anak dia. Aku nak rapat pun selalu dia marah. Tapi kalau dengan anak buah aku, dia OK je. Jadi, anak buah aku selalu betulkan tempat tinggal dia. Tukarkan kotak baru. Letakkan pada kawasan yang tidak kena air dan tidak terlalu sejuk. Sampai anaknya dah cerdik dia tetap menjadi penghuni pasar yang setia. Kiranya pak cik dan mak cik yang selalu singgah jengguk kucing tu dah ada cucu lah…Hehehehe…Cucu kucing.

Tak mustahil kalau kita sayangkan binatang, sampai mati binatang tu akan kasih pada kita. Macam cerita dalam FB tu, sampai tuannya dah ke liang lahad si bulus masih setia menanti di pusara. Mak aku tak de akaun FB, aku tunjukkan cerita itu pada mak aku, terharu mak aku. Peluk cium dia dengan mimi. Kucing kesayangan bila ketiadaan aku.

Aku sangat-sangat respect pada mana-mana hamba Allah yang selamatkan binatang-binatang ketika musim banjir. Mereka juga mahu hidup seperti manusia. Mereka juga perlu diselamatkan. Semoga Allah sahaja membalas segala-galanya usaha mereka itu. Setiap amalan kita walaupun kecil Allah akan hisab.




Sunday 28 December 2014

Sudah Hampir Ke Penghujungnya...

26 Disember 2014...Genap 4 tahun aku menjadi mahasiswi UPSI. Macam tak percaya pulak. Cepat masa berlalu dan sudah hampir ke penghujungnya. Alhamdulillah....Alhamdulillah....Alhamdulillah...
Beberapa hari lagi yang masih berbaki untuk aku menetap di Tg Malim ini. Bumi limpahan ilmu yang sangat luas. Banyak sangat kenangan. Baik manis mahupun pahit. Kalau nak diceritakan, pastinya panjang sirinya. Hehehehe...Tetiba rasa sayu lak nak tinggalkan TM nie. Tinggalkan segala yang pernah berjuang bersama aku. Kembali kepangkuan keluarga semuanya. Pejam mata dan ingatkan kembali zaman berliku meniti perjalanan sebagai pelajar membuatkan diri rasa teramat bersyukur. Ya Allah, telah banyak kesusahan dan kesukaran yang telah Engkau keluarkan sedikit demi sedikit dan akhirnya rasa kepuasan yang tinggal sebagai saksi senyuman yang terukir.

Masih ada amanah dan tanggungjawab yang masih belum dilaksanakan. Menunggu pengesahan FYP untuk dijilid dan perlu untuk melakukan sebaik mungkin untuk 3 paper yang perlu dijawab untuk semester ini. Walaupun aku diantara yang telah bersedia untuk membayar segala hutang belajar yang jumlahnya puluhan ribu, itu sama sekali tidak pernah aku kesalkan. Hutang perlu dibayar. Allah dah set from the top segala-galanya tentang kehidupan kita. 

Banyak yang aku mahu ceritakan tetapi segalanya perlukan masa untuk aku coretkan. Tak sabar nak habiskan belajar. Nak balik kampung jaga mak yang semakin tidak sihat. Nak bekerja dan lalui kehidupan bukan sebagai seorang pelajar lagi. Jadi, sekarang perlu study tuk final. In Shaa Allah, semester ini akan dihabiskan dengan baik. "Graduate on time tanpa hasad". Amiin...