HANYA AKU...

HANYA AKU...

Saturday 5 April 2014

Tinta Praktikum Part 11

Minggu ni aku agak sibuk...Byk perkara yang perlu aku selesaikan sebelum kena observe oleh pensyarah untuk kali kedua. Observe untuk amali memasak. Bilik memasak perlu dibersihkan dengan kotoran yang sangat tebal. Dah bertahun-tahun bilik masak tiada bekalan air sebab tekanan air yang rendah. Bayangkan berapa tebal habuk yang perlu dibersihkan. Tak pe la...Aku akan bersihkan juga sehingga siap. Tiada istilah cuti minggu ini. Kenalah berangkut air untuk basuh semua peralatan dan  basuh bilik tu...Sedihhh...Tapi kena buat juga dengan tulang empat kerat ni...Letih mmg letih...Minggu depan mula jadual baru, aduhh letih aku tgk jadual baru... Ermmm..

Aku ada perkara menarik dan kenangan terindah untuk di kongsi. Semalam di waktu mengajar kelas terakhir dan masa terakhir, tiba2 anak murid aku menyanyi lagu hepy besday versi BI dan BM dalam kelas. Puas aku bagi isyarat diam, tp mereka nyanyi jugak sampai habis. Malunya aku cikgu kelas sebelah yg dengar. Siap mention nama aku lagi...Tapi terharu sangat sebab anak2 murid aku ingat tarikh lahir aku. Terus stop mengajar dan mereka ajak aku ke Secret Recipes hari ini. Tetapi aku menolak sebab tak sampai hati bila mereka kata hanya minum air sahaja nanti. Mereka bukan dari keluarga yang senang. Jadi setelah didesak, aku bersetuju. Tetapi lokasinya KFC. Mereka setuju. Kul 3 di KFC. Mereka suruh aku ambil di asrama, tetapi apakan daya aku hanya ada motor sahaja. Jadi mereka akan berjalan kaki dari asrama. Siap cakap mcm ni lagi , "cikgu jangan bimbang, bayar masing2 ikut kemampuan"...Terharunya aku. Sanggup jalan kaki dari asrama ke pekan. 

Pagi tadi aku ke sekolah untuk mengemas bilik masakan untuk fasa kedua. Esok pagi dan mungkin berlanjutan ke petang untuk selesaikan semuanya. Aku berhenti mengemas tadi pukul 12.45 sebab teringatkan janji temu dengan mereka. Sampai rumah dalam keadaan keletihan dan mengantuk. Terus aku tertidur. Terjaga pukul 1.45 petang. Berat sangat kepala dan rasa ngantuk lagi. Tetapi demi janji aku pada mereka, aku gagahkan diri mandi, solat dan bersiap. 

Aku dan pelajar lelaki dah sampai dulu. Selepas tu, hujan turun dengan lebat sekali. Risau juga aku dengan mereka. Dalam keadaan hujan itu aku nampak mereka melintas jalan menuju ke KFC. Dalam hati aku terharu sebab mereka sanggup bersusah payah demi meraikan hari jadi aku. Sampai sahaja mereka dalam KFC, ayat pertama "cikgu, kami basah dan sejuk". Tak dinafikan memang semuanya kuyup. Mereka duduk dan lantas cakap, "cikgu, lapar...kami tak makan tengah hari tadi". Aku turun dengan pelajar lelaki untuk order. Aku belanja mereka. Tak pe la, bersedekah untuk anak2 murid. Sangat berselera semuanya. Suka aku tengok mereka makan. Semua yang dipesan, habis semuanya. 

Hujan masih belum berhenti, baju mereka pun belum kering...Tetapi mereka nak minta diri sebab nak singgah beli keperluan yang dah berkurangan dan risau kalau lewat sampai asrama. Malam ini mereka mahu ke masjid sebab ada program selawat beramai-ramai. Sempatlah kami ambil gambar sekejap.

Ya Allah, Kau rahmatilah usaha aku mengajar dan anak-anak muridku menuntut ilmuMu ini. Jadikan mereka insan yang sentiasa mengingatiMu dan berikah kejayaan buat mereka.. Amiin...

Cikgu terharu dan sangat-sangat terima kasih pada kamu semua. Terima kasih kerana ingat tarikh lahir cikgu dan meraikan cikgu. Terima kasih dengan doa-doa kamu semua. Cikgu sayang kamu semua...









Dulu 10 orang, pindah seorang jadi 9...Hari ini ada 8 orang sahaja kerana Nailah balik sebab ada kenduri.

Tuesday 1 April 2014

Terima Kasih Kerana Memberikan Kenangan Ini

Hari ini 1 April. Biasanya apabila datangnya tarikh ini, akan ada yang mengenakan sesiapa dalam erti kata yang lain ialag April Fool...Alhamdulillah, pemahaman barat ini semakin dibuang oleh orang-orang Islam. 

Masih segar dalam ingatan aku di kenakan pada tarikh ini oleh seorang kawan baik. Ketika itu bilik kuliah di Taman Bernam masih beroperasi lagi. Terima kasih kerana mengenakan aku ketika itu. Sekarang ianya adalah kenangan yang manis buat aku. Nak tahu apa ceritanya, 


Der, andai kau membaca blog aku nie, terima kasih kerana mengenakan aku ketika itu walaupun aku sentap. Apabila datangnya tarikh ini, pasti kau yang aku ingat. Terima kasih kerana sudi bersusah dengan aku. Janganlah kau terus membisu dan membunuh segala kenangan yang ada dan bakal di lakar. Terima kasih untuk segalanya...