HANYA AKU...

HANYA AKU...

Sunday 13 May 2012

disini titik akhirnya...




Ketika aku menaip cerita ini, ketika ini azan magrib sedang berkumandang memanggil seluruh umatNya menunaikan solat.  Tanggungjawab kita sesama Allah perlu dilaksanakan tidak kira apa jua halangan.  Tetapi, tanggungjawab kita sesama manusia bagaimana?.. Hari ini, bertarikh 25 April aku telah terima apa yang selama ini aku takutkan berlaku.  Sekiranya ia berlaku, maka berakhirlah satu perjalanan seturusnya mematikan sekeping hati yang suci.  Hari ini terlerai segala yang terpendam.  Kata-kata dihamburkan sebagai mengingatkan yang semuanya telah berakhir.  Kata telah terlafaz.  Dengan nama Allah, aku menerimanya sebagai sesuatu yang menguji ketabahan dan kesabaran.  Apa yg tinggal??? Yang tinggal hanyalah setianya Allah sebagai peneman perjalanan kehidupan seterusnya sehingga nyawa diambil dari jasad.  Dan ketika ini bagi diriku, aku perlu menyusun langkah perjalanan hidup untuk hari2 mendatang.  Menyerahkan diri segalanya kepada Allah semoga Allah aturkan dengan sebaik mungkin perjalanan aku utk seterusnya dan semoga ketabahan dan kesabaran mengiringi langkahku selepas ini…

:::saat marah,diam adalah terapi terbaik, khuatir kata-kata yang dilemparkan kelak memakan diri:::


No comments:

Post a Comment