HANYA AKU...

HANYA AKU...

Wednesday 30 May 2012

Tabahlah wahai hati...


Meniti hari2 mendatang yg sudah dijangka apa yg berlaku amat memeritkan hati disamping senyuman yang terukir… sbg manusia, aku serahkan segalanya kepada Allah utk tentukan apa yg ada dihati ini.  Allah tak uji kalau Dia tak sayang…Apabila dia menguji bermakna dia menyayangi aku sbg hambaNya…

“YA ALLAH, hanya Kau yg mengetahui apa yg tersirat di hati ini…Kau permudahkan segala2Nya…hanya kepada Kau aku serahkan segalanya…Bantulah hambaMu ini…Amin…”


Sunday 20 May 2012

Diriku, Belajarlah Untuk Redha...


Diri ini sedang belajar untuk menjadi seorang yang redha menerima dugaan dalam kehidupan.  Sedang belajar mengira detik untuk merelakan satu perjalanan kehidupan.  Bersandarkan kekuatan, aku kumpul semua semangat dan kesabaran untuk aku harungi hari2 mendatang. Betulkan niat dan susun langkah yang jitu demi masa depan yang diinginkan.  Panjatkan doa pada Pencipta supaya diri sedar yg diri ini tidak keseorangan melalui hari2 mendatang…Ya Allah, hanya Kau mengetahui apa yg tersirat dihati ini…

Sunday 13 May 2012

hati kaca vs hati tisu...


Terkilannya rasa hati ini…semakin jauh dengan apa yg ada sebelum nie..telan saja apa yg berlaku…mohon kesabaran dan kekuatan utk melalui kehidupan hari ini dan seterusnya…berlari ke arah sesuatu atau berlari meninggalkan sesuatu…aku rasa berlari meninggalkan sesuatu…sedang menghitung hari kehilangan orang2 yg disayang…Ya Allah, kuatkan lah hati ini menerima semua ini…


:-(


Buat benda tu sama2 tp ungkit jg akhirnya….longlai aku dibuatnya…Smg Allah membalas budi baiknya…jika aku berduit,pasti aku byr setiap titk peluhnya…tp aku sendiri tak mampu nk lakukan….kuat mas,kuat…hati tgh tahan sebak dan rase kecewa…Ya Allah,rawatlah hati ini segera…janganlah kau ungkit lg apa yg tlh kau lakukan krn aku akan rasa terus bersalah…InsyaAllah, jika ada kesempatan…aku akan balas segala baik budi kamu…


fesyen show...!!!



Pas beban camping dah habis, kali nie nk pk pasal semua tugas2 berkaitan dgn protokol…pegang protokol pulak…berat tugasan nie…kelancaran majlis bergantung pada pengurusan aku…Ya Allah, permudahkan semua urusan aku mengurusan fashion show nie…bak kata lec aku, gagal fashion show gagal subjek nie….huh…dengar pun ngeri…terima kasih kat kawan baik aku paey sbb sudi jadi model yg memperagakan pakaian rekaan aku nnt…harap semuanya berjalan dengan lancar…


lbh kurang mcm nie la baju yg paey peragakan nnt...

penatnye...


Baru2 nie aku terlibat dgn camping dan pegang la jawatan MT AJK MAKANAN…fuhhh…lbh kurang 160 org peserta utk disediakan makanan…kekuatan ahli penyediaan makanan pd awalnya 8 org telah menjadi 7 org krn sorang ahli aku x pat gi pagi hr bertolak…dgn kekurangan tenaga kerja, kami cuba buat yang terbaik…terima kasih yg tidak terhingga kat semua kawan2 aku yg menolong…waktu solat n waktu mandi tak teratur…penat sgt2…walaupun aku x masak, lbh pd bahagian penyediaan dan pengurusan, tp penat juga tau…dr sebesar2 pkr ke sekecil2 pkr aku nk kena pandang…bila balik kem, apa lg…claim tido la…buang segala kepenatan dalam badan…sampai baju kotor aku hntr dobi..tahu2 siap basuh dan siap lipat…hehehe


aku punye penat, lg penat dr kucing nie...

disini titik akhirnya...




Ketika aku menaip cerita ini, ketika ini azan magrib sedang berkumandang memanggil seluruh umatNya menunaikan solat.  Tanggungjawab kita sesama Allah perlu dilaksanakan tidak kira apa jua halangan.  Tetapi, tanggungjawab kita sesama manusia bagaimana?.. Hari ini, bertarikh 25 April aku telah terima apa yang selama ini aku takutkan berlaku.  Sekiranya ia berlaku, maka berakhirlah satu perjalanan seturusnya mematikan sekeping hati yang suci.  Hari ini terlerai segala yang terpendam.  Kata-kata dihamburkan sebagai mengingatkan yang semuanya telah berakhir.  Kata telah terlafaz.  Dengan nama Allah, aku menerimanya sebagai sesuatu yang menguji ketabahan dan kesabaran.  Apa yg tinggal??? Yang tinggal hanyalah setianya Allah sebagai peneman perjalanan kehidupan seterusnya sehingga nyawa diambil dari jasad.  Dan ketika ini bagi diriku, aku perlu menyusun langkah perjalanan hidup untuk hari2 mendatang.  Menyerahkan diri segalanya kepada Allah semoga Allah aturkan dengan sebaik mungkin perjalanan aku utk seterusnya dan semoga ketabahan dan kesabaran mengiringi langkahku selepas ini…

:::saat marah,diam adalah terapi terbaik, khuatir kata-kata yang dilemparkan kelak memakan diri:::


Saturday 12 May 2012

tebalnya habuk...




Knp aku tetibe bersin nie…???Hah…tentulah sbb blog ni dah berhabuk tebal…terlalu sibuk dgn tugasan membuatkan aku xde masa nk update blog nie…tp, aku dah sediakan beberapa entry utk di upload…tunggu k…hehehe