HANYA AKU...

HANYA AKU...

Saturday 25 May 2013

Tabahlah sayangku kuning...

Coretan ini khas aku tujukan untuk si comel yg aku panggil kuning.  Aku bukanlah seorang yg taksub pada kucing, tetapi cukup sekadar aku tahu menghargai dan menyayangi haiwan berbulu ini.  Kuning aku ambil dari jagaan kawan2 aku semalam.  Walaupun kuning bkn pilihan yg aku mahukan, tetapi krn  kuning ini buat aku fikir 1 malam samada aku harus mengambil dan menjaganya atau tidak dari msj terakhir yang aku terima dari kawan baikku itu.  Aku sudah sedia maklum tentang kesihatan kuning sejak dia dibawah jagaan kawan aku lagi.  Bukan aku mahu salahkan mereka sebab terus biarkan kuning terus menanggung kesakitan, tetapi mereka tidak ada byk masa untuk membawa kuning ke klinik.  Mula aku ambil kuning, aku dah dapat rasakan ketegangan perutnya lain dari kucing biasa. Terlalu tegang.  Aku teruskan perjalanan bersama kuning ke Melaka.  Walaupun pada awalnya dia bising, lama ke lamaan dia diam dan terus tidur. 




Sewaktu dalam perjalanan...berhenti di RNR...


Travel hampir 4 jam bersama si comel ini juga...


Sesampai aku kat kg, aku tgk rumah mak ada tetamu.  Jadi aku tak terus keluarkan kuning dari sanggar sehingga menjelang magrib barulah aku keluarkannya.  Ketika itu aku rasa nak nagis bila aku tgk sendiri cara kuning berjalan.  Sblm nie aku hanya dengar dr penjaga sebelumnya sahaja.  Bila kuning cuba untuk naik anak tangga pertama rumah aku, dia jatuh dan tidak boleh bangun dengan sendiri kecuali dengan bantuan.  Ana yang ada sama dengan aku ketika itu hanya mampu menahan rasa sebak melihat dia cuba bangun. 
Selepas itu aku pindahkan dia ke sangkar besar dan aku beri dia makan malam.  Aku cadang untuk kuarantinkan dia dulu sebelum dia jumpa doktor.  Menjelang tengah malam, dia mula bising.  Mak tak bagi aku keluarkan sebab takut dia bergaduh dengan kucing liar luar rumah.  Tetapi aku tak sampai hati dengar dia terus bising.  Aku keluarkan dia dan letak dia dibahagian dapur rumah.  Selesa kalau dia nak tidur dan minum.  Aku bgth mak yang dia jenis kucing OKU sbb mak tak tgk lagi cara dia jalan sebab kami ada tetamu yg bermalam dirumah.  Esoknya mak bangun kul 5 pagi.  Mak panggil aku bangun sama tuk mencari kuning sbb mak tak jumpa kuning tidur dimana.  Lepas aku bangun, barulah kuning keluar dari tepi baldi.  Dia tidur bawah baldi yang disendengkan ke dinding.  Ketika itu mak tengok kuning, mak kata susah nak jaga dia dalam keadaan mcm tu.  Apa yg aku boleh yakinkan kat mak ketika itu, kita cuba ubati dia kalau umur dia tak panjang, kita redha.  Mak akui apa yang aku mahu. Cuma mak minta aku hantar kucing tu ke rumah anak buah aku sebab anak buah aku tu lebih teliti menjaga kucing lebih2 kucing yang sakit. 


Baru sampai rumah nenek

Selepas subuh, aku tidur semula.  Dan aku terjaga bila mimi bergaduh dengan kucing liar tu.  Dan x berapa lama selepas itu, kuning pula menjadi mangsa.  Ana lebih dulu selamatkan kuning dan terus kurung kuning dalam sangkar.  Naseb tak de kecederaan yang serius. Habis najis bertaburan sana sini.  Mak yang bersihkan. 

Siangnya en <3 aku sukarela nak tolong bawak aku gi klinik haiwan.  Klinik swasta sbb klinik gov tutup sabtu dan ahad.  Pukul 11.45 kami pergi dalam pukul 12.10 kami sampai.  Tetapi urusan dengan doctor berakhir selepas azan zohor.  Macam2 pemeriksaan yg dr buat. Nseb baik tak kena tahan wad.  Kalau kena tahan lagi payah.  1 kali disuntik dan 2 jenis ubat diberi secara makan.  Kuning mengalami kekurangan darah dan masalah pada otot dan sarap.  Selain itu, dia juga mengalami cacing dalam perut.  Selepas terima ubat, kuning dah nampak sikit perubahan.  Dia tidak jatuh lagi ketika berjalan.  Ubat cacing aku kena bg sendiri kat rumah sbb perlu bg ubat yang terdahulu pulihkan badannya dulu.  Dengan berat 1.14 kg kuning kena kuat utk teruskan hidup.  Aku tak boleh nak awasi dia terus sebab aku perlu balik ke TM.  Aku akan ajar anak buah aku cara beri makan ubat pada kuning.  Kuning akan baik jika diawasi dengan betul.  Kuning bukak OKU Cuma kesakitan yang tak diubati dari awal menyebabkan dia menderita sehingga kini. 

In Shaa Allah, kuning akn pulih dan membesar seperti kucing yang lain juga.  Mimi blh terima kuning.  Tetapi kuning perlu berjaga-jaga dari kucing liar luar yang jahat.



Ubat yang diperolehi...


Selepas makan ubat cacing...Tidur dan rehat...