HANYA AKU...

HANYA AKU...

Monday 6 October 2014

Balik Raya Ler Kita...

Selamat Hari Raya Aidiladha kepada pembaca blog aku nie..Masih dalam mood raya haji aku dah melangkah balik ke TM...Bak kata admin UAD, "Berat beg yang dipikul..berat laki kaki nak melangkah keluar dari rumah...Berat lagi otak memikirkan assingment berlambak.." Jadilah dapat balik sekejap daripada kawan-kawan yang tak balik langsung sebab cuti yang singkat.  

Aku balik ke kampung hari Khamis jam 2.15 petang. Actually aku dah beli tiket balik ke kampung awal-awal lagi. Cadangnya nak balik Jumaat petang sebab nak jumpa lecture tesis dulu. Dek kerana banyak benda tak siap lagi. Maka, aku pun berkira-kira nak balik Khamis atau Jumaat. Atas pagar aku menemui jalan keluar bila pada hari Rabu abang aku telefon yang dia nak ke KL ada urusan dan jika aku balik Khamis dia akan ke TM untuk ambil aku.  Ini sudah bagus, aku tak perlu bersusah payah ke pekan---Pudu---TBS---Muar. Jadi aku setuju dia ambil aku dan burnkan sahaja tiket Jumaat tu. Aku habis kelas hari Khamis pukul 1.20 petang. Terlajak lagi lecture aku kali nie. Topik best lak tu, tu yang tak kisah walaupun masa dah lebih. Aku ingat dia lambat lagi nak ambil aku. Sebab aku bagitahu aku habis kelas pukul 2 petang. Tut2 pukul 2 dia mesej, "cepat turun, aku dah panas"...Terkocoh-kacah aku simpan laptop. Cepat pulak datangnya. Sampai bawah, aku ajak dia makan dulu tapi dia kata lauk tak sedap. Makan di RnR. Suka hati kau lah bang, aku dah makan. Hehehehe..Jadi, akulah yang drive kereta balik ke Melaka.

Borak punya borak pasal isu harga minyak, tut2 aku tengok dia dah tidur. Aku layan radio ajelah. Sampai RnR Dengkil aku berhenti. Baru abang aku terjaga dan aku ajak dia makan. Kesian lak dia tak makan. Lepas makan, dia solat sekejap pastu kami terus balik. Mujur tak jem kat Seremban. Kalau tak, ngantuk nanti. 

Sampai Merlimau, aku singgah beli cendawan dan pisang goreng. Boleh santai minum petang dengan mak dan family. Baru rare. Ramai kanak-kanak sedang main kat halaman rumah mak. Ajak diaorang makan sekali. Jadilah pendengar cerita budak-budak sekejap. Sorang cerita nak pergi camping, sorang cete pengalaman pergi taman buaya, sorang cerita mandi kolam, dan cerita yang macam-macam. 

Malamnya bos pasar roger ajak kerja hari mantai. Mulanya macam malas nak kerja, tapi bak kata mak kalau duk rumah mana nak dapat duit. Buat taik mata je nanti. Jadi aku bgth lah kat bos esok aku datang keje. 

Oleh kerana raya haji jatuh hari Ahad, jadi orang dah mula membeli keperluan memasak 2 hari sebelum raya. Orang panggil hari mantai. Oleh kerana aku bekerja disempadan Johor, dan Johor cuti pada hari Jumaat jadi orang pun agak ramai jugaklah yang datang ke pasar. Dapatlah jumpa kawan-kawan lama tapi tak dapat berborak panjang sebab masing-masing sibuk dengan kedai masing-masing. 

Sebelum balik Melaka lagi tapak kaki dah sakit. Bila bangun tidur, nak mula pijak lantai dah sakit. Bila berkerja berdiri, dia punya sakit Allah sahaja lah yang tahu. Tepat pukul 11, bos dah suruh aku balik tapi masatu kedai tak tutup lagi. Aku sempat pesan bos, bungkus barang-barang "hot item" tuk hari kemuncak mantai. Pada awalnya bos aku kata tak payah buat, tapi aku mintak bos aku buat jugak sebab pengalaman berkerja hari mantai raya puasa dulu memang memenatkan sampai aku kena marah dengan customer. Tak pe, tu semua pengalaman. Janji aku dapat gaji. Sempat bos pesan, "esok datang awal". Hehehe...

Balik rumah, bawak mak pergi Merlimau pulak berlanja barang dapur raya. Balik tu, merayu-rayu kat abang aku suruh urutkan kaki. Dah tak tahan nak memijak. Abang aku balik sembahyang Jumaat, dia urutkan. Gigit bantallah aku tahan sakit. Lega lepas dah urut. Hilang sakit. Terima kasih abang sayang. Membebel-bebellah dia sebab dia dah lambat nak pergi kerja, nak kena urut aku dulu. Hehehehe...

...................................................................................................................................................................

Hujan turun punyalah lebat di hari Sabtu iaitu hari mantai. Awal-awal abang aku dah pesan supaya jangan bawak kereta sebab dia nak pergi kerja awal. Nak tak nak, aku kena naik motor tumpang anak buah. 6.30 paling lewat sepatutnya kami kena sampai pasar. Tapi 6.45 hujan teduh sikit, kami redah je ke pasar. Dalam 10 minit jarak rumah ke pasar. Sejuk sampai tulang aku rasa. Mujur orang belum ramai. Mungkin sebab hujan. Abg Omar dah mula mesin kelapa. Abg Omar mmg bos aku import khas bila hari kemuncak mantai. Kejenya mesin kelapa sahaja. Belah dan timbang akan dibuat oleh orang lain. Untuk kedai bos aku aje ada 7 orang pekerja termasuk bos aku. Lega bila Faiz ada datang kerja. Faiz ni anak buah bos aku. Baru tingkatan 4. Dia selalu ada kat kaunter utama dengan aku. Cekap bab-bab kira. Bos bukak 2 kaunter. 1 lagi kaunter di jaga oleh anak buah aku dan isteri bos. Bos aku uruskan barang-barang yang orang order dan kedai-kedai runcit persendirian order. Muiz, anak buah bos aku jugak, form 3 akan jadi runner top up barang yang kurang, tolong belah kelapa dan wat pembungkusan yang kurang. So, semua dah ada part masing-masing. Kedatangan pelanggan macam arus air, kadang-kadang bile kena serbu tak menang tangan. Yang pastinya kemuncak hari mantai ni memang tak sempat nak duduk. Semua kedai sibuk. 

Kerja bertemu orang nie memang seronok. Yang buat aku rasa seronok sebab aku dapat pegang duit banyak walaupun bukan duit aku, duit bos. Heheheh....Hari mantai, drawer penuh dengan duit nilai besar semuanya. Orang-orang beli dengan kuantiti yang banyak. Dalam kepala memang dah hafal harga. Maka lagi cepatlah tangan aku menimbang dan mengira harga barang. Bayangkan kalau seorang customer guna lebih dari 2 bakul, kenalah cekap nak susun barang dalam plastik. Keje kena pantas. Bila raya, barang hot item macam tempe, tahu putih, halia, serai,kacang panjang, kelapa parut, kerisik, taugeh, mee kuning dan lain2 kena sediakan banyak. Bila duduk dengan komuniti jawa, tempe memang laju beserta kacang panjang. Bos aku 2 kali keluar ambil bekalan. Tempe 500++ habis sebelum pukul 10. Tahu putih bertong-tong habis. Bos kata dalam 400++ keping. Kelapa 120++ biji pun langsai. Orang-orang yang datang tak sempat nk bercakap panjang. Cukup sekadar, "terima kasih, saya jual"...Tut2 ada seseorang yang telah mengur dengan "hai"...Sampai orang penting depan mata pun aku tak perasan. Sibuk sangat. Bakal mak mertua rupanya. "Pantang cuti, buat part-time"...Hehehe...Rasa tak sedap pulak bila tak salam bakal mak mertua, tinggalkan kaunter sekejap pi salam. Tapi tak sempat borak lama. Orang tengah ramai. Pesanan ringkas, "esok datang rumah, ada buah tangan nak bagi"...

Bila barang habis, badan penat pun tak rasa. Tebal jer duit aku pegang. Bos lak senyum sampai telinga barang habis. Bos suruh balik pukul 12. Bos kemas dengan anak-anak buah dia. Bos pun hulur duit gaji. Aku senyum pastu terus balik. Betul cakap mak, duk umah mana nak dapat duit. 

Sampai rumah, mak tengah isi beras dalam ketupat. Okey, tiba masa tuk tolong mak pulak. Raya tahun nie tak de anak-anak jauh yang balik kecuali kak lang yang akan balik di hari raya lepas solat aidiladha. 

Solat Aidiladha tahun ni hanya aku, mak dan abang sahaja. Yang lain tak de yg balik. Usai solat, mak kata cuaca tak berapa elok. Macam nak hujan. Tak perlulah singgah kubur. Kami terus ke rumah pak long sebab dengar pak long tak sihat. Nampak keuzuran pak long. Borak-borak kejap dan makan sekejap, mak dah ajak balik sebab takut kalau-kalau ada yang datang beraya.  Ada jugak yang datang. Anak-anak yang dekat, anak-nak jiran dan saudara mak dari negeri 9.

Oleh kerana tak datang beraya ke rumah bakal mertua, aku kena jugak singgah sekejap sebelum balik TM. Bakal mertua dah sediakan buah tangan untuk bawak balik TM. 

Bila nama hari perayaan, jalan raya memang sesak dengan kereta. Jem dari simpang ampat ke senawang. Tak pe, aku tak mengejar masa. Bawalah dengan selamat aku mau zzzzz...Sedaplah aku layan mata. Sampai pudu, bas tak mahu masuk sebab jem dengan bas-bas lain. Aduh, kena jalan kaki masuk pudu nampaknya. Tiket SKS KL ada pukul 6 petang sahaja, aku pindah ke kaunter KL-TM, nasib baik ada pukul 2.30. Jadi takdelah lama sangat aku tunggu. Setengah jam je. Sampai TM terus ambil teksi untuk ke rumah sewa. Kawan-kawan sampai malam sebab mereka sedang berperang dengan jem yang teruk. 

Mood raya yang masih ada....